24 December 2011
Kisah Eddy dan Rudy : "SBPA Guide for Dummies". Part 3
Dalam kegelisahan Eddy mencoba Suzy. Dalam kegelisahan Eddy mengepong Suzy kerana bimbang dikebas Rudy. Tiba-tiba perkara menjadi makin terbelit apabila atoknya yang selama ni tidak ambil pot pun dalam apa saja yang Eddy lakukan, yang Eddy rancang dan yang Eddy bimbangkan telah bersuara. Wahhh makin trelling kisah cinta sakti mereka ini.
Kita namakan sahaja Atok Eddy ni sebagai Tok Jangut. Sesuai dengan taraf tok wan yang berjanggut. Atok Eddy ini berandai-andai. Benarkah andaian atok dia ni. SILA BACA
Komen-komen dalam blog berkenaan perlu dibaca bersama dan kita harus membandingkan mana satu hatred, mana satu ihklas dasn mana satu ikut-ikutan.
Aku nampak ada satu maslahatnya sekarang ni. Lampiran C kalau tak dipamer-pamer, dibanner-banner di khalayak umum memang sampai mampos akan jadi bahan pertikaian. Walau baaimanapun, itu adalah hak perogatif JPA nak embargo semua skala gaji. Tapi tak bestkan, tak boleh compare-compare dengan gaji gred lain. Sudah part 3 kisah ini berjalan. Ingat nak behenti setakat part 2 aje. Baik. Apa yang menjadi keharuan dasn kekelian SBPA ini hanyalah pasal gaji. Ada tak disinggung pasal maksimumnya masa kerja, masalah tatakelakuan dan mengelat bagai. Sini kita senaraikan perkara yang tak dibincangkan secara langsung. Haaaa satu lagi CUEPACS menyatakan tak ramai pun yang bermasalah tatakelakuan. Tak sampai 2 persen kalau tak silap. Ni nak habaq bagi, PnP banyak yang soft hearted. Cemuih pening pun, koman koman depa bagi 75 juga markah. Lepas ni tak taulah camana pulak ye.
Woraiit kita tengok list ni pulak : (seperti biasa ini adalah top-up2 dalam perbincangan aku dan kawan-kawan. Cuma bila asuk part 3, kami jemput pelakon undangan memberi pandangan. Inilah jawapan atas undangan. Jawapan based on experience.
1. jgn fikirkan soal gaji. jpa dah janji akan ada review setiap 2 tahun. masa utk depa buat skim ini sgt singkat (refer back to bila belanjawan diumumkan). so give them time.
2. risau kalau terpaksa bodek boss untuk dapat lnpt tinggi. bagi contoh sektor suasta. tiap bulan 10 depa akan kecut perut nak buat appraisal. org yg keja gomen? bulan 12 baru nak buat SKT! sasaran kerja sepanjang tahun tu buat lump sum pd hjg thn. org yg menentang ni mmg x pernah tau kerja suasta tu mcmana.
3. exit policy yang senang. ingat senang ker nak bagi markah lnpt? aku dulu masa mula2 kerja, buat perakuan 2, 1 orangpun tak mencapai 85% pada penilaian aku, average they get 70%. kena panggil dgn boss dan suruh tukar. agaknya korangpun pernah face the problem. tak tido semgg nak menilai orang. pernah korg bagi kurang dr 70%? cuba tgk statistik, brp org atau brp % dr 1.4 juta orang tu pernah dpt kurang 70%? sbpa pun ada kata 70% utk 3 thn berturut2 kan? bodoh baik mati jerlah kalau dah tau dpt 70% then tak improve2. sektor suasta? tak capai target? gaduh ngan boss? out you go, right now!!! ada nak tgg 3 thn berturut2 gaduh ngan boss baru kena buang?
4. satu lagi aku lupa..tanggungjawab p&p nie lagi besar dari pelaksana...memang la kalau ikut keringat tu, pelaksana akan buat keje lagi banyak...tapi kalau silap tatacara, kalau salah prosidur, sapa yang kene? pelaksana akan cepat2 tuding jari ke p&p.. Dalam bisnes pun sama...middleman akan dapat habuan lebih dari petani sebab mengambil risiko penjualan hasil..hasil over stock, hail tak berkualiti...sama la dengan p&p, tanggungjawab besar, risiko tinggi..
5. Tempat aku .. Pelaksana malas2.. Sudahnya.. Aku yang tonggek2 keje.. Aku bagi keje ngan deadline.. Tros sesak napas... Mmg aku sokong sbpa ni... Orng yng nk sesak napas ni senang aku tunjuk jln keluar yang lurus lagi benar....
Kalau nak baca kena berlapang dada. Rasa tidak adil dengan tulisan atok Eddy tu yang hanya nampak bab gaji. Tidak adil menyerang skim-skim tertentu seperti beberapa komen dalam blog berkenaan, walhal ada skim lain yang dimanjakan sejak 24 tahun yang lalu. Mintak apa dapat punya. Harapan aku, jangan termakan artikel yang nampak cuba memecah belahkan PA supaya berpaling dari Perdana Menteri. Kita berterima kasih kerana PM, KPPA dan CUEPACS berbincang seperti keluarga dalam menangani hal ini. Errr.. ada aku missed sapa-sapa tak lagi? Tak de dah kot hahahahaha
JANGAN LUPA PILIHAN UMOR 60 TAHUN TETAP DEADLINE PADA 30 DISEMBER 2011. JANGAN DOK BUAT MANGKAQ TAK MAU SIGN APA-APA HAHAHAHAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Anonymous, December 23, 2011 11:18 PM
Anonymous, December 23, 2011 11:18 PM
Ada satu kisah, seorang ditawarkan kenaikan pangkat. Tapi apa dia bilang sama aku. " Gaji beza 25 ringgit... keje lagi pening kepale."
amacaaammm?
Post a Comment