27 December 2011

wajah-wajah sideline tapi famous pada 2011 menurut kacamata Dokter Wali


MR.CAVEMAN

Beliau merupakan seorang manusia biasa dan berbangsa Melayu. Memiliki akaun FB menggunakan gambar ini. Bijak dalam memberi pendapat dan bijak juga mengelirukan pembaca dengan idea aristotle beliau. Mungkin seorang penggemar photografy dan memiliki sifat penyayang yang tinggi terhadap alam sekitar dan batu bata. Beliau dikhuatiri seorang peminat hindustan walaupun dapat dipastikan bahawa beliau belum menonton RA.One.




MISMAH
Puan Mismah menjadi terkenal akibat daripada status segera IC beliau yang bertukar dari merah ke biru secara pling! pling! heboh disekitar Julai hingga Ogos 2011 dan dihebat tersebar dalam media internet. Mismah terus terusan menjadi celebriti melibihi Maya Karin apabila Bapak Menteri mengunjungi beliau dan haruslah tv segala jenis akan datang bersama. Selanjutnya ke sini --------->




TITUS BONAI
Selepas perlawanan akhir Sukan SEA 2011, hanya beliau seorang sahaja yang bersalaman dengan pemain Harimau Malaya. True sportmanship. Lahir 4 Mac 1989 di Jayapura, Papua, Indonesia. Sekarang bermain dengan kelab Persipura Jayapura. Antara pemain yang memeningkan kepala pihak lawan semasa Sukan SEA 2011 yang lalu.




ADAM ADLI
Merupakan seorang mahasiswa dari negara Malaysia. Tiba-tiba terkenal kerana tindakan menurunkan bendera presiden UMNO di PWTC pertengahan Disember 2011. Beliau secara cemerlang telah menjadi poser satu Malaysia dan satu dunia melalui media siber. Ramai juga menyokong dan ramai juga ingin meludah beliau. Adam Adli merupakan ikon sementara bagi mahasiswa peduli di negara ini. Mungkin Adam Adli tidak sehebat Sondang Hutagalung di negara tetangga namun, tindakan beliau mengundang pelbagai rasa khususnya dari sudut politik.




NAWAWEE

Beliau merupakan seorang pengarah filem melalui Nasik Lemak 2.0. Aku ada artikel sedikit mengenai beliau ------------->



ONG KIM SWEE
Beliau merupakan jurulatih Harimau Malaya yang letih dengan karenah makarenah tuan rumah Sukan SEA yang lalu. Diberi kad merah dan merah muka beliau keluar dari padang semasa perlawanan kumpulan dengan Indonesia. Semasa perlawanan peringkat separuh akhir, beliau menggunakan khidmat posto dalam memberi arahan kepada penolong beliau untuk merekabentuk permainan Harimau Malaya. Sekali lagi merah padam muka beliau selepas wisel penamat ditiup apabila komisaris perlawanan menghalang beliau beramah mesra dengan anak-anak buahnya yang meraikan kejayaan ke perlawanan akhir untuk mempertahankan emas. Kemuncak angin beliau juga berlaku selepas wisel penamat perlawanan akhir, apabila trup anti doping tiba-tiba buat-buat sibuk nak cek ayaq kencing anak-anak buah beliau. Merah padam juga muka Ong Kim Swee. Menurut sumber, mukanya terus merah padam apabila ditanya soalan bodoh sesampainya di LCCT oleh seoran wartawan TV Satelit tempatan. Kesian Ong Kim Swee, beliau sentiasa merah padam sepanjang musim Sukan SEA uyang lalu. Namun yang terbaik adalah sebelum perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA dimulakan apabila kata-kata semangat beliau yang seperti berikut ---------->

No comments: