Masa aku menjadi pemastautin di Batas Lintang, banyak juga pendedahan sebagai budak kampung diterima. Antaranya ilmu ikan yang tak seberapa tapi Ilmu makan ikan memang sangat seberapa. Ada dua mesin menangkap ikan yang selalu dok guna:
1. Bilai
Bilai ini secara asasnya adalah perangkap ikan yang berbentuk segiempat tepat dan mempunyai laluan kiri dan kanan. Namun bila ikan masuk dah tak boleh keluaq lagi. Penghuni paling popular ialah sepat Kedah, Sepat Benua, Sepat Ronggeng, puyu dan ruan cerut (haruan skala kecil). Kadang-kadang ular tanah ada juga singgah berkunjung bertanya khabar dan yang paling hero ialah sang memerang memungut cukai.
Biasanya bilai ini diparking dicelahan pokok padi yang ayernya mengalir ke sungai atau parit. Untuk memberi pakej yang menawan untuk para ikan, biasanya aku letak daun kelapa di atas bilai. Teduh sikit hehehe. Tak pastilah ikan sekarang semewah dahulu. Aku tau yang tangkapan tidak akan sebanyak dulu sebab leluasanya racun dari pertanian beras.
Bilai ni kormesial kerana kalau pergi ke kedai-kedai runcit di kawasan berpadi, banyak lagi dijual. Kalau tak percaya, cha pi kedai Cina Hidung Merah Simpang Empat. Misti ada hahaha.
2. Pelompat
Ini memang memerlukan skill yang tinggi. Pelompat ini khas untuk Haruan aje. Jenuh juga mencari dari internet rupa paras pelompat ni. Tak jumpa. Kalau nak iras, macam kanggaroo. Ada sarung. Maknanya kalau ikan haruan yang memang gemar melompat akan melorot masok ke kantung pelompat ini. Biasanya lokasi di tepi batas bendang yang ayer mengalir ke sungai atau parit. Masa yang tersangat sesuai adalah selepas waktu hujan. Ini kerana peshen haruan akan berenang ke kawasan cetek. Bila ada halangan di hadapan, apa lagi skill Ramjit Nairu* akan digunakan.
Pelompat ini macam kanggaroo ini. Hilangkan kaki tangan kepala. Jadilah pelompat. Ada kantung. Ada 3 material yang digunakan mengikut tahap popular. Guni, anyaman buloh dan guni baja urea. Guni baja urea ni jarang dibuat sebab sifatnya yang berwarna cerah puteh. Ikan nampak macam lamu stadium ja kalau siang buta. Paling mudah buat dengan guni padi. Yang based dari rami atau jut.
Kalau mahir lagi, buat dengan buloh. Ini memang sangat semulajadi. Pelompat setakat hari ini belom ada nampak di mana-mana kedai.
*Ramjit Nairu - Johan lompat tinggi kebangsaan 1982
No comments:
Post a Comment