02 February 2009
Kucing, burung cak rumah, anjing jalanan dan nyamuk tiruk
5 tahun atau 10 tahu yang lalu tak sapa pon amik pghewwa (ammbik tahu)pasai pokok ini. Aku pun agak keliru dengan identiti sebenar pokok ni. Ada gelarkan Langsuyar(q), ada pulak sebagai Kelayar(q). Status pokok ni agak tinggi dari pokok-pokok yang lain kerana kehebatannya melekat di pokok lain. Biasanya sahabat sejatinya ialah pokok kelapa sawit. Sekarang jangan dicari sangat kalau melalui perkebunan sawit. Banyak dah pengusaha kilat yang menceburi bidang hiasan tanaman walaupon ada sebelum ni hanyalah penjual ais kepai(l)atau pengukur jalan yang konsisten. Pun begitu banyak yang sekadar menongkah angin sahaja kerana memiliki sarkas sarkas yang ramai untuk mencari bagi pihak mereka. Tempatnya yang berhabitat di pokok tinggi meninggikan status floranya.
Sekarang statusnya sudah berubah kerana sudah bersahabat baik dengan manusia, kucing, burung cak rumah, anjing jalanan dan nyamuk tiruk. Kenapa? Kerana selepas 5 tahun, pokok ni semakin baik dan obses dengan habitat baru. Di depan entrance hotel, pejabat swasta, bangunan kerajaan, kedai tomyam, dan rumah rumah kita. Kesimpulannya, pokok yang tak ada rega(harga) ni sekarang dah pandai diam dengan kita semua serta kucing, burung cak rumah, anjing jalanan dan nyamuk tiruk.
Begitu juga wakaf atau tempat berteduh atau pondok dan paling best disebut pelegaq (walaupun sebenarnya pelegaq ni adalah sebahagian daripada struktur wakaf atau tempat berteduh atau pondok itu sendiri). Kita pun faham sangat dengan fungsi tempat melepas lelah dan berteduh pada masa hujan ribuit(ribut) dan terik matahari.
Pelegaq dan pokok tadi hampir sama sifatnya meramahkan diri dan berkawan dengan manusia, serta kucing, burung cak rumah, anjing jalanan dan nyamuk tiruk. Begitu lah jugak blog USSSOOONG ni. Cumanya, tidaklah kucing, burung cak rumah, anjing jalanan dan nyamuk tiruk dapat akses ke sini kerana depa(mereka) semua tak skoloh. Oh Amarika!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
pening bace...adeh..adeh..tulun
kena baca banyak kali ka? baru bole faham.
tak fahamlah
tidak perlu baca supaya lebih faham...
tersirat..
Post a Comment