02 February 2009
Melimbai(?) dan Memblog
Ada sedikit gusar dengan penampilan busana blog ni. Kononnya sangat pinkish lagak geri nya. Bukan lagak ngeri.
Yang paling menarik bila ada asosiasi dengan warna orang Bajau. Tak berapa particular sangat dengan asosiasi warna dengan kelompok manusia ni. Kalau aku sah hitam dan putih sahaja yang senang pun.
The striking colours of the Bajau people. Biasanya menurut sumber warna ini pada masa ini hanya dapat dilihat menerusi ceremoni ceremoni tertentu seperti pesta perkahwinan. Memang rona(warna) nya wooooh sangat striking. Melalui tari Limbai yang merupakan tarian ceremonial bermaksud menyambut kedatangan pengantin lelaki ke teratak bakal istrinya. Nak buat ibu rumah tu. Rona yang menjadi kegusaran ni biasanya dipakai oleh pakar pakar muzik orkestra tarian tersebut. Jadi ada korelasi kot antara limbai dan blog ini. Atau apakah? Cuba tengok seluaq yang orkestra tu pakai???
Kalau dipetik dari wikiapadia :
Tarian Limbai
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau, Sabah. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.
Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
sumber : http://www.sabah.org.my/bi/know_sabah/traditional_dance.asp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment