01 February 2009

Kenapa??? USSSOOONG!!!

Agak mengelirukan diri sendiri sebanarnya bila membenarkan blog ini dinamakan seperti ini. Agak mengelirukan juga kepada yang melintas sebentar di sini.

Sangat lama tidak menggunakan ekspresi ini. Jujur menyatakan kelompok penggunanya sudah hampir menyamai status sesetengah puak di hutan Irian Jaya. Namun, maseh ada saki baki yang secara tidak melulu akan menggunakan ekspresi ini. Mungkin juga, bila berjumpa dalam kelompok yang sama baru secara melulu terbit perkataan ini.

Menurut seorang kawan yang lebih dewasa, ekspresi USSSSOOONG!!! ini telah lama digunakan dan agak popular pada tahun 60an dan 70an. Kepada pembaca, ejaan sebenar tidaklah dimantapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Hanya bergantung kepada kesedapan pengguna untuk mengeja berdasarkan keperluan sebutan masing-masing. Aku senang dengan yang sedia ada.

Asalnya dari negeri Perlis. Daerah penutur tidak dapat dipastikan kerana semua umum mengetahui. Ada menyatakan banyak dipopularkan di selatan negeri seperti Simpang Empat, Sanglang dan sekitar.

usung
meng~ to carry (on the shoulders, with many others); ~an stretcher, litter; peng~ someone who carries something on his shoulders; peng~an act of carrying something on the shoulders.

Secara umumnya begitu, tetapi bila kita terlampau teruja dengan sesuatu, biasanya kita meletakkan sebagai nombor satu. Satu itu teratas, terjunjung, mengatasi segala yang ada. Jadi, mungkinlah eksperesi USSSSOOONG!!! ini digunakan untuk menggambarkan kehebatan dan keseronokan seolah seolah menjulang sesuatu. Maybe?.

Kalau yang biasa menggunakan, tahu di mana menggunakan. Adatlah perkataan pun dah purba. Namum maseh ada penutur yang membawa keberadaan eksperesi ini. Termasuklah aku... i.e absolute delirium.

END

And i like because i like

5 comments:

Anonymous said...

pink kaler?wau wiee...

Anonymous said...

sememangnya kaler pink menarik perhatian tp kenapa? sekadar warna yang barangkali mengundang persoalan kepada tuannya

usssooong!!! said...

haaaaaaaaah agak lucu kerana macam macam komen pasal warna blog ni. ada yang kait dgn kaler bajau lah. tari limbai lah.

bila tengok memang hampir sama. sangat tradisi lah aku ni

Anonymous said...

'after a while we can see the true colors'
term ni ramai yg slalu gune bile dah nmpk dark side seseorg...
kalo nmpk kaler pink ape tandanya ek..

usssooong!!! said...

kalau pink kalaernya merujuk kepada anggota polis.