14 March 2009

PPSMI perlu diteruskan. Pendapat peribadi seorang pensyarah kejuruteraan

http://airilsametok.blogspot.com/2009/03/ppsmi-perlu-diteruskan-pendapat.html

petik sedikit, kalau petik sebanyak agak tak manis. Baik kita pi ke url di atas tuh.

...kita tidak mampu kehilangan makna-makna ini
ii) penterjemahan sebenarnya menambahkan kekeliruan pembaca kerana perkataan yang diterjemahkan itu sendiri bukanlah ayat yang biasa digunakan seharian. Sebagai contoh, perkataan ‘pengamiran’ yang digunakan untuk menggantikan perkataan ‘integration’ tidak pun pernah kita gunakan dalam urusan seharian. Bertambah pelik apabila ‘joy stick’ diterjemahkan sebagai ‘kayu ria’.... bla bla bla...


usssooong itu neutral sebenarnya...

5 comments:

usssooong!!! said...

...“kenapa tidak kita mencontohi masyarakat Jerman dan Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka didalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah (merujuk kepada subjek sains dan matematik)”. Jika ia hanyalah satu soalan, sudah tentu tidak mengapa, tetapi hakikat yang sebenar ia lebih daripada itu. Saya mendapati, ia sudah menjadi hujah dan alasan yang menjadi pegangan dan kepercayaan ramai masyarakat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang menentang perlaksanaan PPSMI . Ini bukan yang pertama, tetapi sudah berkali-kali saya mendengar hujah yang sama digunakan di pelbagai lokasi dan perjumpaan termasuk peringkat universiti. Saya akan tunjukkan dalam penulisan ini bahawa hujah tersebut tidak sah dalam konteks PPSMI, maka saya tegaskan, janganlah digunakan hujah ini lagi.
Kita tidak sama dengan masyarakat Jerman dan Jepun...


http://airilsametok.blogspot.com/2009/02/jangan-jadikan-jerman-alasan-untuk.html

Anonymous said...

apabila pelajar lemah math,mereka hanya akan membenci angka sahaja...tetapi dlm pd masa yg same,meraka masih mampu utk mencari ruang utk mencintai kemelut nombor..

akan tetapi,andai pelajar lemah math+english.......kemelut nombor akan terus jauh ditinggalkan...

sekadar pendpt peribadi....

jika PPSMi tetap dijlnkan,bantulah guru untuk mendidik anak bangsa...ibu bapa turut memainkan peranan penting.jgn letak 100% di bahu guru..kesian diorg asik kene blame je...setiap pihak berperanan dlm menjayakannya walaupon tukang kebun skali pon..

Anonymous said...

bro..
muslimah sungguh gambaq hang..tu tudung siti nurhaliza ka tudung ekin?

gua cadangkan baik kita guna bahasa arab la bro..at least kalau budak2 kita tak mahir math & sains pun,mereka akan mahir bahasa arab dan mahir bahasa arab bererti mereka selangkah lebih hampir dengan AlQuran..

apa pandangan lu terhadap pandangan gua ni bro?

Anonymous said...

Kena wajib hapai kitab dulu. Tp kena guna inglish jugak. Sebab lingua franca.

Sama ja, kalau nak ajaq arab dr umoq 5 tahun. Ahuhu.

Ka hang nak ajaq?

Anonymous said...

aku ni ahlan wa sahlan wa jalan buleh la..