12 June 2009

Mari Bikin Titi

Malaysia, Singapura sepakat jambatan ketiga

PUTRAJAYA 11 Jun - Malaysia dan Singapura sepakat untuk membina jambatan ketiga yang akan menghubungkan bahagian timur Johor dengan republik berkenaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, hasrat itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew semasa melakukan kunjungan hormat ke pejabatnya di sini, kelmarin.

Serentak itu, kata Najib, beliau telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berbincang mengenai perkara itu dengan rakan sejawatnya di Singapura secepat mungkin.

UTUSAN ONLINE

WPI ni kalau tengok map Tambak Johor betoi-betoi dok tengah tengah. Awat tak bongkar ja Tambak tu, instead of bikin lagi satu titi. Gelang Patah punya laluan pun tak fully maximise lagi.

Bagi aku dan pemancing yang suka mengail gelame, baik bongkar ja tambak tu sikit, bagi ayaq lalu. Kotoq sunggoh aih. Kurang kurangnya pokok bakau di area Sembawang pon boleh tersenyum riang, melayan arus air laut yang serba segar nanti.


usssooong itu neutral sebenarnya...

2 comments:

singaporean said...

jangan..nanti habis bisnes pelabuhan kami..

Pulau Bintan said...

Sultan Johor tidak setuju pembinaan jambatan ketiga
18/06/2009 1:03pm

NUSAJAYA 18 Jun - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail bertitah baginda tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. - Utusan