03 December 2010

Memuja Siren

Ejaan dalam piawai standard adalah 'neno neno neno'. Atau ada yang mempunyai pandangan lain? Ini adalah ejaan untuk menggambarkan bunyi siren.

Kalau di Kuala Lumpur, hari hari ada sahaja bunyi bunyi siren di sana sini. Motokar polis, ambulan, bomba malah pihak berkuasa lebuh raya pun ada memiliki siren sendiri. Sampai sudah tidak kisah dan lantak apa yang sebenarnya terjadi.

Penulis teringat 25 tahun yang lalu di mana perkara bunyi siren ini sangat 'rare' untuk telinga penulis. Tinggal pun di Simpang Empat. Kampung yang cool dari segala aspek sehingga sekarang. Sebagai satu perkara baru, bila terdengar sayup sayup dari jauh bunyi siren, penulis dah celapak lari ke halaman rumah. Jarak 5 saat dari pintu rumah ke halaman itu sarat dengan tekaan tekaan motokar apakah yang ampunya siren. Polis, Ambulan, Bomba. PAda masa itu, tidak pandai lagi nak beza bunyi. Cuma pandai beza bunyi ayam bekokok dengan bunyi kucing ajer.

Tepacaklah penulis dengan penuh takzim melihat lintasan deras, motokar bomba atau ambulan di depan rumah. Jarang pula melihat motokar polis bersiren semsa melintas di rumah. Kecuali berlaku adegan kejar mengejar dengan skuad pelari beras (beras seludup). Masa itu, Volvo 144 dan 244 adalah pilehan terbaik, skuad skuad berkenaan. Mungkin Volvo berbangga kerana ketahanan motokar buatan mereka yang mampu bawak 6 guni jaloq beras seludup. Sebagai rekod pernah sebuah motokar skuad ini, terjun parit berhampiran dengan rumah penulis. Kalau tak silap tahun 83.


Simpang Empat masih kampung yang cool dari segala aspek sehingga sekarang. Cuma bunyi siren pada masa ini mungkin sudah tidak cool lagi di kalangan anak anak kampung.

No comments: