Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan, bekalan air untuk warga seluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.
Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis yang mana semua hak milik rakyat di bawah jagaan kerajaan dijualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata yang mana harta rakyat disonglap oleh para kroni.
Bagaimana? Begini :
Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar di mana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni dan mereka yang berduit untuk membeli saham.
Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup mudah. Tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Kewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini.
Kementerian Kewangan mengeluarkan pink form. Tertera di pink form ini ialah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa pink form ini ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di pink form. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapungkan.
Sebelum ini Menteri Kewangan akan meletakan harga terhadap saham air di syarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan pink form akan dapat menjualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapungkan dan kerana dinilai murah maka apabila diapungkan, ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.
Maka tuan empunya pink form dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan dijalankan. Bukan mee segera tapi duit segera.
Justeru, para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Kerana mereka semua ini mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.
Maka bukankah amat jelas bahawa dasar penswastaan (memfaraidkan harta orang ramai) ini adalah kerja merompak di siang hari?
Betul!! Ini adalah satu rompakan rasmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh United Malays National Organisation. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tidak semena-mena telah dimiliki oleh Syarikat Syabas.
Kisah rompakan ini diteruskan lagi :
Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, United Malays National Organisation telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Untited Malays National Organisation telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.
Kenapa ini berlaku? Tidakkah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?
Rompakan ini cukup licik. Orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaun yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang di swastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!!
Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara. Lihat bagaimana Khir Toyo menggunakan pemandu peribadinya untuk menerima geran tanah seluas 200 ekar. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia Boleh!!
Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan dinobatkan sebagai Akta Rahsia Kerajaan. Ini lah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.
Hanya apabila kerajaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui. Tidak ada lagi yang berahsia rahsia.
Rahsia Syabas sudah kantoi!!
Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal yang mana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk menjadi hak milik orang ramai.
Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?
Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor diswastakan amat jelas ianya telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmah. Bukti ini muncul dari laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Tahukah wahai anak semua bangsa bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah RM 5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan? Bayangkan jika RM5.1 juta ini ditukarkan kepada syiling lima sen maka penuhlah tasik di Hulu Langat.
Perlu juga diberitahu dari laporan audit ini, Syabas telah memberikan 72% kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat kroni melalui rundingan sap sap sui. Juga dari laporan yang sama telah diketahui bagaimana RM325 juta ‘tenggelam lesap’ entah ke mana.
Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur kuat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta. Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama-sama rasa. Bukan hanya Tan Sri Ghazali sahaja yang dapat minum champagne Dom Perignon, malah seluruh warga Selangor akan dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.
Apa yang sedang berlaku di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh kerajaan dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Elektrik, lebuh raya, hospital, klinik adalah diantara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.
Wahai anak semua bangsa, kamu tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya membawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.
3 comments:
Wali: adik ipar aku adalah engineer di JKP, putrajaya di bawah persekutuan. Bini dia , biras aku adalah engineer JKR selangor, di bawah kerajaan PKR. Depa dua dua ni bahagian komplain. Org yang kena turun padang selalu.
Kalau hang dengaq cerita dari dalam, hang mesti tak percaya.
Plus , kroni ni tak yah cakap la. Kalau kita pun akan pilih kroni jugak. Mesti akan ambik adik beradik, kawan rakan. Kalau aku ada jalan boleh tolong rakan, macam hang, mesti aku tolong, macam tu jugak hang. Biasala kalau kroni kroni. Apatah lagi kalau ada pangakat dan cara, memang gelap mata senang sangat.
Tapi, JKR bukan sahaja bab ayaq, JKR adalah meliputi berbagai aspek. Adik ipaq aku kerja engineer JKR, bukan under swasta, tapi kerajaan. Bini dia, bukan under swasta, tapi kerajaan negeri. Bini dia siap kena warning kalau ada aduan pasai bangunan persekutuan ka project persekutuan ja, jangan ambik hal, biaq. Kalau ambik hal, ha...sampa la surat notis. So, kalau ada sekolah ka nak kena mantainance bangunan ka , paip ka, biaq pi, sebab tu masaalah persekutuan. Walaupun sekolah tu anak anak selangor yang nak pi. Biasa la kalau penduduk yang extream PKR sekat tak bagi pekerja kontrak mai baiki sekolah. Sampai dia nak buat kerja betui pun tak boleh. Sian kat biras aku ni, dah la dok mengandung anak no 2. Pastu budget tak dak saja, sedangkan selangor negeri terkaya di Malaysia. Wonder why?? Ni bukan buat buat cerita na..ni cerita kenyataan keluhan pekerja yang terjerat dalam mainan politik. Hang tak yah nak copy paste pulak komen aku ni, silap silap, besok dapat notice pulak biras aku, mampuih.
Satu lagi kalau hang nak tau, biras aku yang kerja under PKR punya kerajaan tu, pakai 4 x 4 baru yang besaq tu, aku lupa pulak jenis apa. Tu jenis pakai lepas 2 tahun boleh buang la, kalau ikut kata uncle laki au, ex SB bahagian politik selama 20 tahun lebih. Sebabnya tu kontraktor bagi kat engineer JKR pakai. Sedangkan adik ipaq aku yg kerja under persekutuan, pakai kereta sendiri ja...
Memang aku pelik, sangat sangat pelik..
Opin
oh..lupa nak cerita, uncle laki aku tu baru pencen, 20 tahun lebih SB bahagia politik. Sorang lagi untie laki laku, tak pencen lagi, sb bahagian politik gak. Hang tok sah wonder la why aku dok nun jauh pun boleh tau macam macam. ????
Betoi betoi, kontraktor memang dapat. Aku pun pelik. Ka depa lump sekali kot price tag dalam kos pembinaan. Tp bagi aku tak pa la sebab senang nak wara wiri ke sana sini.
Sistem negeri dengan persekutuan berbeza kena tabik kat tuan memasing la. Kalau hang nak share lagi bagueh la.
Post a Comment