21 August 2011

Kenapa bulih jadi begini?

email pembaca:

MAS diminta perjelas tindakannya membatal tiket balik jemaah umrah

LANGKAH Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) tidak memberi apa-apa
ulasan ke atas tindakannya membatal tiket penerbangan balik jemaah umrah
dari lapangan terbang di Jeddah pada 21 Mac lalu dengan penerbangan MH
151 pada jam 9.20 malam, merupakan sesuatu yang malang dan
mendukacitakan jemaah terbabit, malah kumpulan jemaah umrah yang lain.

Berita Harian, Jumaat 15 April, lalu menyiarkan tajuk, “ Kesal MAS batal tiket
penerbangan balik jemaah umrah ”. Jemaah umrah seramai 48 orang yang
terdiri daripada pegawai kerajaan, guru dan pesara serta anak dan cucu
mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) dengan pesawat Gulf Air pada 9 Mac dan dijadual pulang dengan
penerbangan MAS pada 21 Mac.

Tetapi malangnya, ketika beratur di kauter tiket MAS di Jeddah, mereka
diberitahu Tiket Kelas M mereka dibatalkan dengan tidak diberitahu sebab-
sebab pembatalan tersebut, malah jemaah atau pengendali umrah
dikehendaki membuat bayaran tambahan untuk Tiket Kelas B.


Bagaimanapun, 15 orang jemaah diberi tiket Kelas M, tetapi tiket bagi dua
orang jemaah dibatalkan terus oleh MAS dan mereka ini terpaksalah pulang
pada keesokan harinya.
2

Masalahnya, kenapa bayaran tambahan atas tiket Kelas B dikenakan ke atas
pelanggan atau pengendali umrah, tidak kepada ejen tiket MAS. Disebabkan
semua jemaah ingin cepat pulang ke tanah air, sejumlah 12,000 rial dibayar
pada saat akhir pesawat hampir berlepas ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, masalah ini telah dipanjangkan kepada pihak MAS di Kota Bharu
dan Kuala Lumpur, Tetapi sehingga ini tidak ada jawapan. Di mana silapnya
atau ada dalang disebalik kejadian tersebut.

MAS merupakan syarikat yang bertaraf GLC dan rakyat Malaysia di bawah
kepimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu tahu apa sudahnya. Tambahan pula,
ini bukanlah kejadian pertama dialami rakyat Malaysia, malah pernah berlaku
juga ke atas syarikat pengendali umrah lain.

Kita perlu tahu, siapa pengurus kauter tiket MAS di Jeddah itu. Rakyat
Malaysia?. Tidak. Mereka dengan sengaja mengoyak tiket di depan mata
jemaah. Mungkin ini satu sabotaj yang diamalkan mereka untuk melenyapkan
harapan rakyat Malaysia agar MAS terus maju.

Saya percaya jemaah atau pengendali umrah terbabit, malah ajensi pengendali
umrah atau haji lain, sangat-sangat mengharapkan pihak pengurusan MAS
terutama Ketua Eksekutif MAS, Kementerian Pelancongan atau Persatuan Agensi-Agensi Pelancongann dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyiasat kejadian dan mendedahkan persoalan yang berbangkit, supaya rakyat Malaysia mengetahui puncanya dan mengatasinya demi Negara Malaysia.

Malah jika terdapat kesilapan, maka pihak MAS hendaklah bertanggongjawab
dan membayar balik sejumlah wang yang dibayar itu, supaya imej MAS yang
beroperasi di luar Negara dapat diperbaiki sewajarnya.

A. Ghani Mahmud.

Pisau kata " apahal sampai koyak depan jemaah, awat kurang ajaq sangat.MAS tak jawap apahal?"

Read more: http://www.pisau.net/2011/08/mas-koyak-tiket-depan-jemaah-umrah.html#ixzz1Vg2cOCR2


Adakah ini akai halus nak mellekkehkan MAS. Kebetulan pula saham dah jatuh berbanding Air Asia. MAS ditubuhkan atas kepentingan negara. Tapi tindakan ini samada benar atau tidak tidak mewakili kepentingan negara. Semua mau kasi sungkurkah?

No comments: