Dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.
Daripada petikan Chedet 22 Mac 2011.
Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, orang Malayu semestinya berugama Islam, tidak kira apa warisan etniknya; jika tidak mereka bukan Melayu dari segi undang-undang.
Peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan ini merupakan salah satu dari tujuh ciri-ciri asas Perlembagaan Negara sepertimana yang dicatat oleh Tun Mohamed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara (1974-1982). Menurut beliau:
“The fourth basic feature of the Constitution providing for Islam to be the religion of the federation (Article 3(1)) (not for a theocratic state) and at the same time guaranteeing freedom of religion was accepted without controversy and debate.
The rulers of the Malay States and the Malay population were Muslims even before the arrival of the Portuguese in the sixteenth century and the Muslim population have always been tolerant towards the followers of any or no religion.” (An Introduction to the Legal System in Malaysia, 1989, hal. 13).
Begitu juga dalam tafsiran untuk Republic Maldives seperti petikan ini:
Islam is the state religion of Maldives, and adherence to it is legally required of citizens by a revision of the constitution in 2008: Article 9, Section D states that a non-Muslim may not become a citizen of the Maldives.
According to the revised constitution, in article two, it says that the republic "is based on the principles of Islam." Article nine says that "a non-Muslim may not become a citizen of the Maldives"; number ten says that "no law contrary to any principle of Islam can be applied in the Maldives." Article nineteen states that "citizens are free to participate in or carry out any activity that is not expressly prohibited by sharia or by the law."
Walaupun ada perbezaan dari penetapan warganegara antara Malaysia dan Maldives, di sini ingin meletakkan persamaan antara orang Melayu sebagai penduduk asal Malaysia dengan orang Maldives sebagai penduduk asal Maldives yang bercirikan agama yang sama iaitu agama Islam dan menjadi warganegara.
Ada benarnya dalam beberapa situasi orang Melayu dilihat menjadi melenting dan naik angin apabila membabitkan hal-hal ugama. Wujud sikap seolah seolah tiada toleransi walaupun umum mengetahui org Melayu kuat juga sifat pemaaf dan belasnya. Rujuk Rusuhan di Singapura semasa kes Natrah.
Yang terbaru, kisah serbuan gereja di Damansara Utama. Nampak sikap bertanggungjawab exco dan JAIS dalam memelihara kesucian ugama Islam. Aku tak mahu ulas kenapa berlaku kerana umum sudah mengetahui. Aku tak mahu juga ulas akan dakwaan kurang tumpuan untuk membantu saudara seugama hingga gerakan missionari mengambil kesempatan. Aku akan ulas kemudian dalam posting lain masa lah.
Di sini, aku nak kongsi bahawa bangsa Melayu mempunyai kedudukan istimewa antara identiti dan ugama Islam sebagai anutannya. Keunikan ini hanya dikongsi dengan sebuah negara lagi di Lautan Teduh. Jadi, kenapa kadang-kadang kita agak ambil ringan akan keunikan ini. Pelihara elok-elok apa yang dimiliki. Jangan sampai ketetapan ini diubah di dalam Parlimen kita sendiri.
No comments:
Post a Comment