Aku melihat dari sudut bahawa akan ada pehak yang akan ambil kesempatan akan kelemahan pengurusan agama Islam di Negeri dan Persekutuan sebagai modal untuk merendahkan kredibiliti Raja dan Sultan yang merupakan Ketua Agama Islam bagi Persekutuan atau Jajahan Takluk masing-masing.
Tidak mustahil sekiranya sesuatu berlaku di masa hadapan, pengurusan agama seperti Zakat akan di swastakan terus. Kenapa? Kerana pada masa ini pun sibuk nak online segala. Pihak oportunis akan menggunakan keadaan sedia ada sebagai precedence untuk membolehkan kesemuanya.
Kita semua pun pada zaman serba maju dan hebat ini, hari-hari diasak dengan kepantasan dan kemajuan pantas ilmu teknologi IT. Pemikiran sudah semakin ke arah itu. Kembalilah kepada pengurusan zakat seperti biasa. Ada amil, ada meja, ada pen, ada resit, ada pembayar dan ada akad. Selesai. Tertib
Sebagai contoh, untuk pembayaran zakat fitrah, amil-amil ditempatkan di kawsan-kawasan strategik seperti supermarket, market, masjid dan kawasan tumpuan orang ramai yang lain. Sekoman-koman manusia lelaki Muslim kalau penyegan sangat pun nak 5 waktu di masjid, Jumaat wajiblah pergi. Dapatkan dibayar zakat yang berkaitan.
Begitu juga dengan zakat-zakat yang lain. Kemudahan dan akses sudah meluas sekarang. Hendak dengan tak hendak ja pergi. Pergi sampai Russia boleh...
No comments:
Post a Comment