Mari kita pendekkan cerita. Perbualan aku dgn bakal novelis terkenal, Tuan Syed Kamarul Syed Ariffin berjaya menghasilkan beberapa resolusi berkaitan perkara berbangkit isu 6 persen prepaid ini :
1. Prepaid suda didaftarkan. Melalui pendaftaran ini kita dapat kenalpasti mana satu warga atau bukan warga. Bagi yg mendaftar sebagai bukan warga negara iaitu melalui passport atau mana-mana dokumen yg berkaitan ini akan secara terus dibaca melalui sistem sebagai grup bukan warga. Dari sini, apabila berlaku aktiviti transaksi menambah nilai, sistem akan secara terus memotong 6 peratus dari nilai tambah.
2. Yang ini lebih menarik. Dua jenis kad tambah nilai. Satu warga dasn satu bukan warga. Bagi bukan warga kena tambah secara terus juga. Maksudnya semasa pembelian, RM10 akan jadi RM 10.60 semasa membayar.
Kedua-dua perkara ini terpakai dala keadaaan penuh akauntabiliti dan integriti. Bagi yang ada girlfriend/kakak angkat/boyfriend/abang angkat, merka angkat terpulanglah kalau nak tolong daftarkan. Bertangungjawablah kalau mereka-mereka ini membuat onar melalui talian berkenaan. Kami percaya dan melalui pengalaman aku, pekerja asing yang menyumbang besar akan pendapatan telco ni.
Pada 2010; Celcom untung RM 6.9bil. Maxis RM 2.3bil. Digi RM 1.5bil. Banyak tu kalau kerajaan dapat melalui cukai korporat.
Seterusnya kita dapat menambah baik elemen pemantauan dan pengawalan terhadap pergerakan warga asing.
Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat menikmati lebih dasripada org lain. Warga asing bukannya banyak bayar cukai pun. Hendask tak hendak ikutla sistem di sini. Soalan seterusnya, ada tak yang nak bawak cadasngan ni. Atau maseh nak untung sahaja tanpa merasa sebarang implikasi lain?
9 comments:
Ada 1 teorem konspiratis sy baca lbh kurang begini. Telco mencukai - rakyat hangen - gomen menghalang aktibitas pencukaian - telkos akur - ra'yat didahulukan.
saiya sokong sgt.sbb saiya skrg ni pun dah taraf pendatang(negara lain).mmg x bayaq cukai apa pun d sini.klu msia tu,depa byq cukai mlalui kfc,mcD n tepong beras ja kot?
cara ni bru btoi nk naikkan harga prepaid.but i wonder...benda ni simple apa..xkan kerajaan xleh p.k kot?@mmg 'org tu' nak pukoi rata...
Bang Anon,
Kita tak boleh rule out apa apa pun :)
Mungkin juge
1.Aku dok pakai prepaid arab saudi punya la syokk. Top up 100SR dia punya jangka hayat dekat setain. 7 tain dulu depa punya la takuit nak bagi kad prepaid ni.
2.Hanya warga negara saja yg boleh pakai mobile phone. Masatu STC satu sja yg control. Sblum ada prepaid masa tu punya la laku bisnes ring ring card dr msia.
3. Tak lama lepaih tu bungkuih la ring ring card. Mobily n Zain pun dah jadi saingan STC sampai la ni. Cuma pak zain x berapa nak laku sangat. Depa dok hingaq pasai bb pun sat saja. Lepaih tu smua buleh belaka aihhhh.
4. Masa STC dok belayaq solo depa bok kluaq haj prepaid. Valid dalam bulan haji saja. Masuk Muharam dia jadi haram laa. Lepaih pada tu depa realized org dok mai haji saja setain 3 juta itu x masuk umrah lagi. Sendri mau ingat laaa.
5. Satu yang best bila musim haji. Saingan sehat antara mobily dan stc pasai top up. Beli 300 reload jadi 500. Sampai tegha tuuu laa.
Songan alhaj
MALAYSIA BUMI BERTUAH!!!
Beli SR300 dapat nilai SR500. Hahaha. Benda atas sistem saja kalau nak pepanjang atau pependek airtime tu. Tamak ni
sungguh la songan oi..cek pakai mobily,sekali top up 3 tahun lg bru nk expired nuu.tp top up 300 x dpt 500 pongg..?(dulu koit hehe)
mmg expatriats bg untung kaw2 sbb bilangan depa dh bjuta.rasa rindu bganda2,top up pn berganda2 n telco kampoi pn bganda2,gomen...hulalala
Rindu berganda-ganda, Tambah nilai berganda-ganda!!!
Heiiiii itu satu copy writing yang bagus untuk TELCO. Good rrr u ni amoi. Harap-harap jgn ciplak tagline dia ni.
lpas tu i chargw royalty kt telco beganda2 juga wiewwiitt
Post a Comment