13 September 2011

Batas itu setakat 31.8.1957

Aku diajar akan ketetapan bahawa kalau mahu membuat satu pembuktian baru, perlu diandaikan. Kemudian dikaji. Diujicoba. Baru dibuktikan sama ada pembuktian itu saheh atau maudhu'. Biasanya kalau mahu mencapai setahap ini, perlu melepasi dua tahap kehebatan belajar di universiti. Masuk peringkat ketiga baru boleh menguji-nguji dan membukti-bukti supaya dikenang oleh golongan cendekiawan dan masharakat umum.

Kalau tak dapat PH.d kurang lakulah cakap-cakap kita ini. Jadi perlulah mencapai pengajian setahap PH.d untuk menjadi saudagar bukti yang laku. Jadi begitulah bentuk dunia cerdik pandai yang diamalkan sejak zaman berzaman.

Baru-baru ini, aku rasa macam dah tak best kaedah tradisional ini. Kita pada masa kini bebas menyatakan sebarang fakta secara terus dan berdebat secara terbuka tanpa perlu apa-apa kertas kajian atau kertas siasatan :)

Jadi aku pun nak buat thesis segera pada malam ini dengan perasaan untuk mentafsir sejarah secara longgar, ketat, menyeluruh, sebahagian dan sukahati. Baca dengan tenang...tenang...tenang...

1. Masa pendudukan Jepun, British feed senjata kepada satu kumpulan yang bernama MPAJA. Lawan Jepun sepanjang 3 tahun 8 bulan pemerintahan. Tok aku sampai sekarang bulih nyanyi lagi Miyotokai No Sora Akete. Moyang aku tukang gesek biola bila askar jepun nama Kagawa (?) my melawat Simpang Empat. Lagu apa tak tahu la. Hungarian Rhapsody kot? Pada masa ini MPAJA memang lawan Jepun yang majoritinya orang Cina. Sakan mereka berlawan sebab sentimen Perang China-Jepun maseh berbekas pada masa itu.

2. Bila Enola-Gay bikin tugasnya di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun terpaksa menyerah kalah dalam semangat Bushido yang cukup tebal. Jadi semasa transisi 14 hari untuk British reclaim tanah naungan (seperti Prof Zainal Kling kata), Tanah Melayu seolah-olah menjadi tanah tidak bertuan. Tiada polis dan tiada tentara di sebilangan besar kawasan di Tanah Melayu. Yang ada bersenjata adalah MPAJA. Apa lagi masa untuk balas dendam pun bermula. Semua tali barut Jepun diburu sampai ke lubang cacing. Sewaktu pemerintahan Jepun, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagai Jookidam, di Tanah Melayu. Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Pada masa yang sama, sesiapa yang menghalang gerakan gila babi MPAJA turut menjadi mangsa seperti yang aku tulis sebelom ini.

3. Apabila situasi kembali terkawal dengan pengecualian kawasan hitam -Darurat mulai 1948. Pada masa ini berlaku konflik kerana askar british pula anti-komunis. Maka kerjasama dengan MPAJA terbubar secara sendiri. MPAJA kemudian menjadi Bintang Tiga/PKM mula menentang secara gerila.

4. Pada masa yang sama, semangat kebangsaan orang Melayu mula meningkat. Orang melayu berasa letih dengan bersilih ganti bertukar penaung ( seperti kata Prof Zainal Kling) dan mula bercita-cita untuk mentadbir negara sendiri. Slogan Merdeka! Merdeka! Merdeka! mula menjadi pemula dan penutup bual bicara di pelosok ceruk rantau. Barang dingat selepas satu fasa, wujud pula slogan Hidup Melayu! melalui Pekembar. Merdeka! Merdeka! Merdeka! merupakan slogan pertubuhan Melayu yang ditafsirkan kiri seperti PKMM, API, AWAS dan INSAF. Pada masa ini, Indonesia yang baru merdeka menjadi contoh segera untuk memerdekakan Tanah Melayu. Idea-idea dari Seberang mencurah masuk hingga melahirkan sentimen Indonesia Raya. Ini dibimbangi oleh British selaku penaung ( seperti kata Prof Zainal Kling)Tanah Melayu pada masa itu. Maka, pertubuhan-pertubuhan Melayu yang ditafsir kiri oleh British selaku penaung ( seperti kata Prof Zainal Kling) serta merta diharamkan.

5. Maka seorang hamba Allah yang bernama Mat Indera menjadi hilang fokus perjuangan kerana pertubuhan yang menaunginya telah diharamkan. Atas dasar kecemusannya terhadap penaung Biritish ( seperti kata Prof Zainal Kling). Beliau telah menyertai PKM sebagai wadah perjuangan menuntut kemerdekaan dari penaung British ( seperti kata Prof Zainal Kling).

6. Serangan Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950 adalah sebelum Merdeka. Merdeka adalah pada 31 Ogos 1957. Maseh ada 7 tahun 6 bulan sebelum kemerdekaan dicapai. Mat Indera memilih jalan keras untuk menumbangkan British dan kerasnya pilihan hanya PKM yang sekeras pilihan beliau. Mat Indera dihukum gantung di Taiping pada 30 Januari 1953. Mat Indera tidak sempat melihat pagi kemerdekaan pada 31 ogos 1957.

7. Apa yang dilakukan oleh Bintang Tiga di Rumah Pasung Bukit Kepong adalah kejam dan gila babi. Pengelibatan Mat Indera maseh diperdebatkan dan aku pun tak boleh nak komen sebab semenjak 4-5 tahun kebelakangan ini, wujud gerakan untuk mengiktiraf perjuangan golongan melayu yang ditafsir kiri oleh penaung ( seperti kata Prof Zainal Kling) British. Tapi perlu dingat, tujuan PKM untuk menghalau British dan bukanya membebaskan negara….. sebaliknya menjadikan negara sebagai negara berideologi komunis dan tunduk di bawah penjajah komunis. Apa yang aku nak kongsi adalah :

7.1 Niat Mat Indera menyertai PKM setelah PKMM diharamkan
7.2 Kecemusan kepada penaung ( seperti kata Prof Zainal Kling) dimanifestasikan
melalui gerakan keras beliau dengan PKM.
7.3 Masa berlaku peristiwa serangan Rumah Pasong Bukit Kepong menunjukkan
tumpuan beliau untuk mengusir British dari bumi Muar/Johore/Tanah Melayu.
7.4 Beliau mati di tali gantung pada Januari 1953.
7.5 Merdeka adalah pada 31.8.1957.

8. Andaikata peristiwa serangan Rumah Pasong Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1958. Maka boleh dilabelkan beliau sebagai pengganas Komunis. Tapi yang jadi perdebatan sekarang adalah beliau adalah pejuang atau pengganas. Rujuk perkara 7 tanpa mengabaikan bahawa Komunis memang kejam dan gila babi dalam serangan tersebut.

9. Beliau hanya memilih jalan keras untuk bebas dengan PKM yang sangat dibenci orang Melayu. Boleh begitu? Ini jawapan yang adil bagi aku kerana kadang-kadang sukar untuk melabel seseorang itu berbanding sebuah pertubuhan kerana peristiwa ini berlaku sebelum Merdeka.

10. Yang seronoknya, media hari ini sangat celaru memutar isu. Suka sangat memutar isu Melayu Komunis yang sangat tidak membantu orang melayu sendiri. Aku sumpah malu dengan pembogelan semula kisah ini. Nanti orang Cina kata, sama ja lu orang. Ada juga Melayu manyak terrer dalam PKM maaa. Mereka senyum saja pagi petang sejak sebulan yang lalu. Kita pula sebok menghujah fakta secara melulu. Yang rugi kita juga sebenarnya. Rugi segenap sudut.

11. Sebagai point angka terakhir bilangan pemain di dalam padang skuad bolasepak, tarikh 31.8.1957 adalah batasnya. Apa yang berlaku selepas itu adalah kontan untuk kita melabel golongan Bintang Tiga ini sebagai pengganas secara keseluruhannya.

3 comments:

amoi said...

sedey sedeyy sedeyyyy

pingu ijo said...

memberi hujah tanpa membaca..
melatah tanpa memerhati sekeliling..
menghakimi tanpa menilai...

sudah2 la wahai melayu..
asik melaung suruh bersatu...
tapi makin ramai duk bercelaru..

Anonymous said...

Misleading