29 October 2011

Daerah Kementerian Pesisir, Presint 4 Hilir, Putrajaya




Kalau kita pegi ke PICC melalui Presint 2, kita akan melintasi Presint 4 Hilir, Putrajaya dan kita akan menempuh satu daerah yang aku gelarkan Kementerian Pesisir. Ini kerana daerah ini sangat hampir dengan air yakni tasek buatan di Putrajaya itu.

Daerah Kementerian Pesisir ini berawal daripada Jabatan Peguam Negara. Kemudianya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seterusnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan bakal melengkapkan migrasi dari Kuala Lumpur adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sehingga saat ini, Jabatan Penerangan Malaysia dalam proses berpindah ke Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan akan diikuti oleh Jabatan-jabatan lain yang dibawah kementerian ini. Beberapa bahagian dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga akan berpindah.

Menurut sumber Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berpindah mulai pertengahan bulan Disember 2011. Dengan kemasukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada akhir tahun ini, akan lengkaplah Daerah Kementerian Pesisir di Presint 4 Hilir, Putrajaya.

Bagi memanipulasikan kelengkapan air yang luas di depan daerah ini, adalah di cadangkan 5 entiti ini menubuhkan klab dayung atau klab perahu naga dan di adakan pertandingan dua kali setahun sebagai satu langkah mengeratkan ukhwah silaturrahim di kalangan penghuni daerah. Difahamkan Jabatan Perdana Menteri sudah menubuhkan klab dayung atau perahu naganya sendiri. Kita boleh jemput kepakaran mereka dan jemput juga memeriahkan acara dua kali setahun ini.



Ada braaannnn?

Info tambahan :

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
No 47, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, Malaysia
Tel: 03-8891 2000

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 2 - 38, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.

No. Telefon : 603-8891 5000
No. Faksimile : 603-8891 3182

Jabatan Penerangan Malaysia
Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Aras 8-16 dan 18
No 49, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.

No. Telefon : *
No. Faksimile : *

* selepas 7 November akan dimaklumkan.


Attorney General's Chambers

Address : No. 45, Persiaran Perdana
Address : Precinct 4
Postal code/ZIP : 62100
Town/Suburb/City : Putrajaya
Phone : 603 - 8872 2000
Fax : 603 - 8890 5670
@ Email : pro@agc.gov.my
Web Site : http://www.agc.gov.my

No comments: