25 October 2011

グレート・ティーチャー・オニヅカ





1. Ramai berasa takjub akan kehebatan skim DG memperjuangkan kebajikan masharakat mereka dengan berita hebat daripada Bill 2011 baru-baru ini. Apa lagi kalau bukan perkara naik gaji untuk masharakat DG.

2. Ramai pula yang berasa agak elleeeh dengan pengumuman naik gaji berkenaan. Bagi aku, berenti kerja, jadilah guru kalau nak elllleeeeh sangat dengan masharakat DG.


3. Tak ada mereka, ramai yang sepak kulit limau barangkali. Apa pun kenyataan no. 3 ini bersharat kerana masharakat DG pada masa ini dilihat juga tidak dapat melahirkan tenaga DG yang benar-benar hero dan bagus dalam profesion seperti watak khayalan Great Teacher Onizuka (グレート・ティーチャー・オニヅカ, Gurēto Tīchā Onizuka)

4. Umum mengakui pada satu tahap,profesion perguruan adalah pilehan terakhir untuk yang tidak bekerja khususnya graduan ijazah pertama. Maknanya di sini hati mereka bukan berminat sungguh untuk menjadi guru. Atas desakan hidup, hendak membayar hutang pinjaman pelajaran, jelat dengan bebelan ibu bapa di dapur atau di tepi pohon mempelam, makanya, boring diisi setelah 4 kali Ahad membeli suratkhabar mingguan dan minggu.


5. Sebahagian pula berpendapat tidak wajar menyata sedemikian kerana kemahiran dan minat boleh diasah selepas dapat tawaran. Tak ada yang pasti sebenarnya dalam perkara ini.

6. Ada yang lebih geram apabila secara kontan mempertikai kualiti guru setelah reflex daripada keadaan dan sikap murid-murid sekolah pada masa ini. Ini pun tidak wajar dikontankan kerana banyak ancaman sisi yang lain perlu diambilkira.


7. Mungkin sekarang ini, atas semangat gaji yang bertambah baik akan mengundang dua keadaan. Satu, profesion ini makin galak dipohon oleh semua yang layak. Tidak kira minat, berbakat atau pilehan akhir. Adalah diharap juga dengan imbuhan yang bertambah baik ini, bakal-bakal pendidik akan diisi oleh yang benar-benar mahu mengabdikan diri dari awal isi online atau mahu mengabdikan diri setelah menolak pintu asrama di Maktab Perguruan.

8. Aku juga bekas guru walaupun 6 bulan sahaja. Tobat tu tidak tapi DG bukan profesion aku ( jangan kata setelah aku dapat kerja lain, aku berani buat statement ini).


9. Akhir sekali, aku juga berawal dari keluarga pendidik dengan almarhum Tok Ayah aku seorang guru yang menjangkau 30 tahun dalam prefesion ini. Hanya aku yang menyambung legasi beliau walaupun sekadar 6 bulan. Malah beliau sempat juga melihat aku menjadi seorang guru sebelum akhir nyawa.

No comments: