Berikut adalah video klip Adat Berjojak Orang Rawa/Rao.
Peraknews.com
TUJUH jenis bunga,
ibu kunyit hidup, cincin emas, tanah liat, gong, lilin dan mercun - semuanya
disusun rapi dalam talam dengan kain kuning menandakan bermulanya adat Berjojak
Melayu Rawa.Adat ini menandakan detik anak keturunan Rawa yang berumur setahun
sebulan pertama kali menjejak tanah sejak lahir.
Orang Rawa atau dikenali juga Rao cukup terkenal dengan adat berjojak (pantang tanah). Adat berjojak ini atau “pantang tanah” amat sinonim di kalangan masyarakat keturunan Rawa iaitu adat yang menandakan berakhirnya tempoh larangan bagi anak kecil lelaki atau perempuan untuk menjejak kaki ke tanah.
Adat ini dipercayai dibawa ke sini dari Sumatera Barat oleh beberapa peneroka Batu Masjid, Gopeng, Perak.
“Dalam tempoh pantang itu, kanak-kanak tidak dibenarkan menjejaki tanah walaupun sekali. Bahkan dia juga tidak boleh terkena tanah pada mana-mana bahagian tubuh badan kerana dipercayai boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan muntah-muntah.”
2 comments:
http://sekondakhati.blogspot.com
blog ini banyak menceritakan mengenai "bejojak"
Post a Comment