29 January 2012

Sekitar Mesyuarat Persatuan Halak Mandailing Malaysia






Datang berulos


Dr. Ahmad Atory Hussein

Tor-Tor/Menotor

Pujaan 10 Nescafe



Wakil Bupati Paluta (Sumatera)
Padang Lawas Utara 


Gordang Sambilan





Pakcik ni cool





NILAI 28 Jan. - Persatuan Halak Mandailing Malaysia akan menubuhkan Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Mandailing dalam usaha memajukan aspek kehidupan suku kaum berkenaan, terutama di negara ini.
Penaung persatuan, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, penubuhan yayasan tersebut selari dengan hasrat persatuan dalam usaha membela nasib suku kaum tersebut.

"Saya menyokong penuh inisiatif ini kerana ia berupaya memberi manfaat kepada ahli persatuan dari pelbagai aspek seperti pendidikan, kebajikan termasuk sosialnya.
"Langkah ini juga akan membawa setapak lagi terhadap pembangunan serta kemajuan kaum ini sebaris dengan bangsa yang lain di negara ini mahupun di seluruh dunia," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Mandailing Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Nilai di sini hari ini.

Jelas Muhammad, seperti bangsa lain, persatuan serta yayasan tersebut merupakan platform terbaik bagi suku kaum berkenaan untuk bersatu memajukan diri masing-masing dalam zaman yang kian mencabar ini.
"Setiap bangsa mahupun keturunan ada persatuan masing-masing, sebagai contoh di negara ini kita ada persatuan orang Cina, orang Jawa, anak Kelantan dan banyak lagi, tetapi objektif utama ia diwujudkan adalah untuk menyatukan ahlinya seterusnya membangunkan suku kaum mereka,'' ujarnya.


Mengulas lanjut berhubung penubuhan yayasan itu, Muhammad menegaskan, matlamat hanya mampu dicapai sekiranya sesebuah bangsa itu bersatu, selain bekerjasama dan pada masa sama tidak terlalu bergantung kepada barisan kepemimpinan.

"Ini merupakan satu tugas yang besar dan berat, tetapi ia akan menjadi mudah jika semua ahli komited serta memberi kerjasama kepada pemimpin,'' katanya.

Sementara itu, Presidennya, Ramli Abdul Karim dalam ucapannya menjelaskan, yayasan tersebut bakal menyalurkan bantuan untuk anak-anak Mandailing mendapatkan pendidikan termasuk hal ehwal kebajikan kaum berkenaan secara holistik. "Kita akan mencuba sebaik mungkin untuk memastikan penubuhan yayasan itu mencapai matlamatnya,'' katanya.

Pada majlis tersebut, lebih 3,000 suku kaum berkenaan dari seluruh negara termasuk dari Medan dan Sumatera, Indonesia berkumpul menghadiri program tersebut.

UM.

Upa-Upa


No comments: