Normah Majawali
- Semasa aku bertugas di Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, kerap juga aku dok perati rumah ini. Ini disebabkan laluan berkenaan adalah short cut untuk balik ke pejabat.
- Rumah No.41 Jalan Chow Kit. Sudah beberapa artikel mengenainya diterbitkan. Yang terkini ialah pada 18 Februari 2012 di Utusan Malaysia. Warisan Rumah Sutan Puasa
- Dipendekkan cerita, aku cadang begini. 9 Perkara.
- 1. Pihak berkaitan berjumpa terus dengan YB Menteri Penerangan untuk digazetkan terus sebagai harta/bangunan warisan. Aku difahamkan bahawa Jabatan Warisan pernah membantu untuk baik pulih dengan kos kira-kira RM10000 pada tahun 2006. Cadangan kena kuat kerana melibatkan keputusan Jemaah Menteri;
- 2. Sekiranya berjaya yaitu setelah pampasan atau saguhati diberika kepada pewaris, boleh dijadikan Pusat Sejarah Chow Kit;
- 3. Keutamaan adalah pengkisahan dan pameran sejarah rumah dan pemiliknya. Gambar-gambar sudah semestinya;
- 4. Sumbangan suku Mandailing dalam pembangunan Chow Kit dan Kuala Lumpur;
- 5. Sumbangan suku Melayu yang lain seperti Rawa, Aceh, Minang dan Jawa di Chow Kit;
- 6. Sumbangan kaum Tionghua dalam kepesatan Chow Kit;
- 7. Semua itu dipersembahkan dengan menarik di dalam rumah berkenaan. Lagipun banyak barang-barang antik yang masih ada di dalam rumah berkenaan;
- 8. Cuma harapan aku, waris kenalah berlapang dada sekiranya saguhati berkurang dari niat di hati. Yang penting rumah itu kekal steady dan gagah menghadapi cabaran Kuala Lumpur dan Chow Kit khususnya untuk tatapan generasi akan datang; dan
- 9. Keunikkannya pun dah boleh menarik persoalan orang yang lalu lalang, apatah lagi kalau dijaga oleh kerajaan dan mendidik generasi sekarang akan pentingnya sejarah sesuatu tempat.
- Tuan Presiden, saya mohon mencadangkan.
- Tok Wali
- 19 Feb 2012
No comments:
Post a Comment