25 February 2012

Dialek NegeriKu Perlis # 7 : Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama



Kadang-kadang dalam percakapan harian, tidak kurang juga haiwan menjadi mangsa dalam kesamaran melapik cakap. Nak salahkan haiwan pun tak bleh juga sebab manusia ni kuat meniru perilaku dan aksi haiwan. Contoh dalam tarian dan persilatan. Jadi termasuklah juga dalam bercakap cakap. Tidaklah beratus yang digunakan. Akan tetapi yang aku dok renung-renung ada dua ekor haiwan yang menjadi buah mulut.

1. MERAK (BUIH)
Usahlah ditanya mana datang buih tu. Itu lebeh bersifat superlative dalam penekanan kata. Sangat-sangat maksud buih dalam konteks ini. Maksud di sini adalah seseorang yang berasa sangat best atau syok sendiri atau bangga tak ketahwan hala dan sewaktu dengannya. Bersesuaian dengan resmi merak bila orang tengok dia, si merak akan kembangkan ekornya sambil menayang-nayang kecantikan bulu warna-warninya. Hakikatnya kembangnya bermaksud lain tetapi manusia menyangka lain. Akhir sekali jadi misleading hehe.
Kalau kita biasa dengar SIRU. MERAK BUIH ni lagi SIRU pada SIRU.



Merak ni belom menjadi MERAK hahaha


2. RUWAN TIMOQ
Yang ni lagi naya. Ikan pun boleh jadi bahan. Biasanya RUWAN TIMOQ ni digunakan kepada budak-budak yang buas/lasak atau tak cukup makan pada pandangan penutur. Kadang-kadang lebih kepada mengata fizikal subjek yang badan kuruih tapi kepala besaq. Ya la sebab tak cukup makan atau lasak sangat main sana sini. Lupa makan minum. Jadi korelasi RUWAN TIMOQ kena berbalik kepada asal perkataan.

RUWAN itu ikan haruan. Di Perlis ni kalau disebut musim TIMOQ (timur) adalah musim kering dan dingin. Angin kuat dan sejuk. Tengahari pun boleh tarik selimut lagi. Biasa dari bulan November hingga hujung Januari. Ini berlaku akibat pengaruh monsoon tropika. Perlis ni iklimnya monsoon tropika berbanding pekan Trong, Taiping yang beriklim Khatulistiwa. Kebiasaanya taburan hujan berkurangan pada musim ini. Kanak-kanak biasa main wau kemetek kerana angin kuat. Bendang pun kering kerana musim ambik padi (menuai) rancak beraksi. Kalau ikan lain, biasanya akan mencari jalan untuk masuk ke kawasan berair seperti sungai atau parit sebagai strategi menyelamatkan diri. Berbeza dengan ikan haruan, mereka ini memiliki kelebihan Allah bagi dengan mempunyai skill MENANAM. MENANAM ni adalah perilaku ikan haruan untuk diam di dalam keleboq. Diam-diam di kawasan keleboq sehinggalah musim hujan kembali. Pada masa ini mereka makan apa yang ada terlintas dalam range. Oleh itu, dietnya kurang cantik. Maka badan menjadi kecil tetapi takkan kepala haruan tu nak ikot kecil juga...

Haruan ini mesti ditangkap di kawasan kolam sawit di Trong hahaa sebab sihat tubuh badan. Sebagai tambahan, istilah RUWAN TIMOQ ini lebih bersifat gurauan atau melawak kasih sayang ja antara yang tua dengan yang muda.




No comments: