19 January 2011

Kalau striker hangpa tu Nirul!!!


Ini adalah tajuk awal untuk ditulis sebelum memberi laluan kepada Program Mangkuk Tingkat.
Teringat semasa belajar dahulu. Bertempat di sekolah Ziana Zain. Fakulti Sebaran Am seperti biasa menganjurkan pertandingan Bola 7 Sebelah yang dipertandingkan antara batch dalam fakulti. Meskom lah senang cerita.
Batch kami, telah menghantar dua team. Team Superstar dan Team Megastar. Team Superstar diwakili oleh yang betul nak main dan pandai main bola. Team Megastar adalah pemain yang betul betul tak nak main dan tidak pandai main. Kalau mengikut trend sekarang, team Megastar setahap Harimau Malaya.
Masa itu, kami Part 06. Lupa dah ni. Takut jugak ada unsur anakronisma dalam penceritaan ini. Tak pa. Yang penting kisah yang nak dikongsi secara terbuka setelah menjadi bahan cerita secara grapevine sahaja.
Team Kambing Ganaz dan Darjah Satu Hijau memeang sangat digeruni oleh rakan, lawan dan pelanggan seksyen Dua, sehingga berlaku tawar menawar untuk melepas pasukan lain ke peringkat seterusnya. Nasib badan sungguh pada masa itu.
Dalam suasana gilang-gemilang di pagi yang permai itu, kelihatan seorang pemain yang kelaku seakan William Wallace dengan teknik SERRRAAAANGNYA!!!!. Kalau nak tahu nama pasukan SERRRRAAANG itu kenalah bertanya kepada Saudara Tawel. Dia lebih mengetahui selok belok pasukan yang dimaksudkan.
Tiba tiba dalam saringan kumpulan, dua pasukan yang tidak hebat memiliki peluang 50:50 untuk mengiringi johan kumpulan berkenaan ke peringkat separuh akhir. Pasukan part 4 dan part 3. Part 4 adalah batch DingDang dan Part 3 adalah batch Apai Mugem. Namun, pasukan Apai Mugem memiliki sedikit kelebihan sekiranya dapat menewaskan atau sekadar seri dengan pasukan yang bakal dihadapi sebentar lagi.

Sebentar lagi…

Undian saringan pada perlawanan terakhir adalah pasukan Apai Mugem vs. kambing Ganaz (betui ke? Dua team ni ? Satu Hijau kot hahaha!!!!) Yang menjadi lebih saspen adalah, pengadil perlawanan adalah DingDang sendiri. Sungguh Howard Webb.

Semasa masuk mencium padang sebagai tanda luck sebelum permainan, terdengar suara suara halus, “ Kasi can lah weeeiii, bagi kami lepas…” Sedih jugak mendengar pasukan Apai Mugem yang kaki bangku memohon safaat kepada kami.
Apabila peluit dibunyikan. Priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttt!!! Dingdang meniup. Serangan ala ala Zico bertali arus ke kawasan pasukan Apai Mugem. Bola tak pernah sampai ke garisan 40 ela dari pintu gol pasukan Apai Mugem. Asik kena serang. Serang dan serang.

Maseh lagi…

Maseh lagi dalam dengusan kerbau Apai Mugem mengejar bola dari kaki lawan, sempat juga membuat repetisi, “ Kasi can lah weeeiii, bagi kami lepas…” dalam rentak suara ala ala kerbau. Begitu juga Shahput membuat muka lecey semasa memandang pemain Megastar yang begitu aktif melakukan passing.
GOOOLLLL!!! Kalau tak salah Jijie yang sekor untuk Kambing Ganaz. Satu crossing daripada Potet Azrul Ezwan kalau tak silap. Jatuh melekat dikaki. Turning ala Azman Adnan dan terus jolok ke jaring. Maka bertambahlah muka boring ala ala mantan Presiden Tunisia di kem pasukan Apai Mugem. Kami masih berwaspada kerana striker tunggal mereka sangat berbahaya walaupun belum memijak bola sejak PRIIIIIIIIIIIIITTT!!!! tadi. Barisan pertahanan yang diketuai oleh Wassle masih bersiap siaga tahap 5.
“ Ini striker jangan cuba tambirang sama aku” bilang Waslee . Memang ready betullah Waslee pada detik tu. Salute sama kawan sorang ni.
Masa semakin suntuk apabila sudah melintas minit ke 30. Biasala 7 sebelah main 45 minit pitam la. Sudah separuh masa kedua. Sambil Dokter secara peribadi membuat skill ala alal Vasco Da Gama, Sahput dan Apai Mugem membuat muka lecey. Faham dah tu. Kita faham sangat dah.

Masalahnya, striker tunggal pasukan Apai Mugem ni sangat prolifik Cuma support dari midfield terok. Midfield tu Apai Mugem dengan Shahput. Nak curi bola pun harap subsidi kami. Kiper kami Bashah atau Adnan memang boleh main Solitaire secara manual atas line gol. Terbaek hebat.

Pasukan Apai Mugem terus mencuba untuk membuat serangan dalam keadaan kami yang bermain satu kaki sahaja. Semua pemain Kambing Ganaz jengket jengket sahaja di padang pada separuh masa kedua. Susah bermain dengan amatur ni hahahaha.

Tiba tiba blitzkrieg berjaya dilakukan oleh pasukan Apai Mugem. Stiker mereka meluru seperti Rabat Madjer. Melepaskan satu tendangan angin ke arah gol. Eh bola kena sikit dan berjaya on target. Ditepis oleh Kiper kami Bashah atau Adnan. Tepisan kembali kepada striker. Sepak sekali lagi ke arah gol. Ditepis oleh Kiper kami Bashah atau Adnan. Tepisan kembali kepada striker. Sepak sekali lagi ke arah gol. Letih juga Kiper kami Bashah atau Adnan menepis ke arah striker. Bagi peluang tak nak nampak obies tulong hahahah. Sekali nak dijadikan cerita, bola itu bergolek ke kanan gol dan hampir di garisan gol. Dalam kekalutan yang dibuat buat datang pertahanan Kambing Ganaz cuba merebut bola dan malang sekali bola itu tertolak ke gol sendiri.

1-1. Sekiranya keputusan kekal bermakna Pasukan Apai Mugem melangkah bangga ke pusingan separuh akhir. Yang seronoknya, pengadil mengambil masa lebih 15 saat untuk mengesahkan gol tersebut. Memang Howard Webb la dia ni. Mungkin sedih kerana batch beliau akan gugur di gelanggang.
Macam ada bookie sahaja dalam perlawanan itu. Tapi Kalau striker hangpa tu Nirul!!!

Sila perati betul betul manusia di kejauhan, 5 dari kiri berdiri

3 comments:

usssooong!!! said...

9 Sebelah. Ralat

pok jak said...

Woi, sejak bila syahput main midfield. Dia keeper daa... Nampak sgt dongeng ala hollywood.Tapi nirul punya cerita saheh.

usssooong!!! said...

Shahput main apa pun aku tak caya lah