22 January 2011
Kuman depan mata tak nampak...adedede
3 hari yang lalu bertepatan dengan acara Pasar Malam Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi, Dokter terpengaruh dengan bunyi bising lagu lagu terkini. Selidik punya selidik, ada satu booth untuk Kempen Air Selangor.
Umum tahu bahawa kerajaan negeri Selangor sedang denga agenda airnya. Tapi dengan jarak 350 meter dari tapak pasar malam itu, ada satu kesah lara yang hampir setahun lebih tak selesai. Sejak dari tarikh itu juga, lembab sahaja bahu jalan berkenaan.
Terletak di simpang masuk Taman Mawar menghala ke simpang Jenderam-Sepang, paip bocor ni dah lama menjadi soap opera untuk penduduk sekitar. Nak salahkan siapa pun tak pasti. Mungkin andaian adalah seperti begini; Kontraktor pendawaian telefon atau jalan telah mengorek tempat berkenaan. Dah pecah paip utama. Baiki lebih kurang, kambus dan cabut. Lama kelamaan air surface juga.
Khabarnya paip utama sudah diselenggara oleh Syabas. Bagus. Tapi yang ni tak boleh selesai jugak? Syabas, Majlis Daerah Sepang dan Kerajaan negeri tak boleh selesai. Bukankah boleh denda sahaja kontraktor yang terlibat? Atau Syabas dan Kerajaan negeri sibuk berpolitik dan show off kepada orang ramai kata buat kerja.
Ka lagu mana? Ada cicir kat mane mane ker?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment