29 November 2011

Double TAP - Tirani oleh MINORITI. Satu pulasan EXIT POLICY SBPA

Sebelum ini aku pernah pos artikel ini.

Kunta Kinte - Awasi tirani oleh minoriti 29-7-2011
2011/07/29
MINGGU ini Kunta Kinte nak bincang sikit pasal demokrasi dan apa yang dalam bahasa Inggeris disebut ‘tyranny of the majority’.


Macam Kunta Kinte dah banyak kali sebut, demokrasi adalah kerajaan oleh rakyat di mana bilangan yang teramai perintah.
Dari sudut etimologi atau asal usul pembentukan bahasa, demokrasi adalah daripada bahasa Perancis, démocratie, Latin democratia dan Greek (Yunani) demokrati. Demos dalam bahasa Yunani bererti orang ramai atau rakyat jelata dan krati bermaksud pemerintahan atau pentadbiran. Jadi, demokrasi adalah pemerintahan oleh rakyat jelata, sama ada secara langsung atau melalui wakil.


1. Nampak gayanya dah berlaku lagi. Kali ini bukan kepada bangsa tetapi kepada perkhidmatan awam pula. Bole setuju ke? Aku rasa macam setuju juga. Dalam konteks perkhidmatan awam, sudash tentunya penjawat awam adalah majoriti. Walaupun ada jawatan kontrak dan sebagainya, maseh dianggap termasuk dalam perkhidmatan awam. Pegawai khas 14 orang atau 50 orang pun masih awam kerana mengambil post-post dalam perjawatan sedia ada. Biar senget buat kerja, janji pegawai khas ada 28 orang.

2. Dalam usaha mengecilkan perkhidmatan awam, tidak sepatutnya pula melayan sebahagian karenah daripada orang luar yang tiba-tiba bernafsu dan makin pandai bermain politik untuk mendapat peluang dalam perkhidmatan awam. Sepatutnya didahulukan yang sedia ada. Ramai yang capable nak buat kerja. Ramai aje.

3. Kadang-kadang dalam perlaksanaan road map atau learning curve seseorang anggota seolah tidak sesuai dengan bidang yang ada. Contoh, seorang anggota kerja dalam bidang pengurusan kesehatan, ambil master dan Phd dalam disiplin yang sama tiba-tiba dihantar ke bidang keselamatan. Tidak lah ngam sangat.

4. Berbalik kepada kronoloji melulu aku sebelum ini, seolah-olah cendikiawan swasta diberi sedikit peluang tapi besar untuk menyelinap dalam perkhidmatan awam atas kapasiti muda, cerdik, up to date dan no nonsense type. Kenapa diberi peluang besar kepada golongan minoriti ini. Post hebat-hebat nak ambil. Post 41 ke laut tak nak.

5. Sad to say, orang Melayu dua kali dilihat kena tindas oleh grup minoriti. Satu melalui minoriti kelompok bangsa dan kedua melalui minoriti kelompok swasta. DOUBLE TAP. Apa nak buat dah Melayu jadi majoriti dalam kedua-duanya. Amat dibimbangi sekiranya protes kembali berlaku seperti 2008 dalam tahun 2013 pula. Tak tau la siapa jadi duri akibat protes penjawat awam pada 2008. Harap-harap jangan khalayak ditanam akan persepsi bahawa duri yang sama menjadi punca untuk protes 2013. vulpes gallus domesticusvulpes gallus domesticusvulpes gallus domesticusvulpes gallus domesticusvulpes gallus domesticusvulpes gallus domesticusvulpes gallus domesticusvulpes gallus domesticusvulpes gallus domesticusvulpes gallus domesticus

6. Yang Melayu pun sibuk nak pinda AUKU, mengaji ke laut. Tak dapat kerja marah kerajaan. Sibuk nak bedebat. Kerja kurang jalan. Debat ja pandai. Berimpun pun cukup cekap.

2 comments:

Rosli Mohamed said...

saya melihat majoriti adalah penjawat awam. Kebetulan Melayu yang teramai...

Anonymous said...

Vulpes Gallus Domesticus