Saja nak boh sebab aku kadang-kadang lucu dengan keloratan wartawan hiburan yang bernama Zubir dan kesentapan seorang makcik yang mengaku dulu mulut dia paling lazer. Keh keh keh. Cuma aku harap wartawan jangan hiburankan dunia sukan. Nampak lagi bangang ja. Nampak sangat dunia hiburan tu dah kayu tahapnya. Kalau nak begosip pun tak boleh ke cari time yang tomakninah sikit. Time nak game ada je benda nak timbul. Lemu NFC jugak korang kadang-kadang ...
Hattan Tinggal Pesan Panas Buat Zubir
“Kau jangan tanya salah soalan, aku sekarang memang tengah panas orang tulis macam macam cerita,” ujar Hattan membuka perbualan.
Lantas ligat bagai lipas kudung otak kami mengatur kembali soalan yang ingin kami ajukan berkaitan gossip negatif yang melanda rumahtangga Hattan & isteri, Farah.
Dan, Hattan menjawab penuh tenang, “Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian?”
“Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku,” Hattan membuka bicara tentang Zubir.
Hattan juga berkata yang wartawan kontroversi tersebut ada menulis tentang diri’nya yang sekali lagi tidak di’undang ke majlis perkahwinan Hattan & Farah.
“Aku tidak panggil dia seorang sahaja — wartawan lain semua aku beritahu — dia siapa lagi pun, bukan Anuar Zain, sudahlah gemuk pendek ada hati mahu di sanjung sanjung. Kau tulis apa aku cakap,” ujar Hattan lagi.
Bukan Ogy Aibkan Diri Sendiri Ke?
Semua tahu bahawa Fauziah Ahmad Daud atau Ogy hangin satu badan dengan Johan Raja Lawak yang menjadi pasangan pengacaranya di Festival Filem Malaysia ke-24 baru-baru ini.
Dengarnya Ogy sampai nak ambik tindakan mahkamah ke atas Johan kerana mempersendakan dirinya.
Yang kita semua tahu selama ni Ogy yang mulut takda insuran. Malukan orang selamba dia aje. Ingat kes Azwan Ali dan Ziana Zain?
Bila kena balik kat batang idung sendiri, bukan main melenting.
Nak muntah pun ada jugak dengan sikap Ogy. Sedarlah diri tu sendiri Ogy.
Bila buku bertemu ruas…kalah…nak saman orang pulak.
Salah satu yang Ogy tak puas hati ialah kononnya Johan mengaibkan dirinya di hadapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan tetamu kehormat malam itu.
Iye ke…atau Ogy yang memalukan diri sendiri sebenarnya?
Rasa malu yang amat dengan gaya Ogy yang bukan sahaja bertudung tapi sudah berumur.
Kena sebut berumur dan tak boleh sebut tua, kang dengan penulis pun kena saman silap hari.
Rasanya…tak perlulah Ogy nak saman Johan. Pergi mahkamah nanti Ogy akan dimalukan dengan lebih teruk oleh peguam Johan silap hari.
Betapa huduhnya Ogy terkinja-kinja atas pentas.
Dia membawa aib ke atas dirinya sendiri.
Tak boleh ke bersikap profesional sikit sejajar dengan status artis senior yang cuba dijual Ogy ke serata Malaya?
Perangai lagi teruk daripada beruk kena belacan…nak kata orang lain pulak yang over.
Johan pun ada tersasar jugak..tapi kalau Ogy bersikap matang sikit malam tu, mungkin tak keluar la dialog-dialog yang over.
Silap memang di bahu Ogy. Buat apa nak melatah?
Terang lagi bersuluh Ogy yang mengaibkan dirinya sendiri.
Dan kalau ada rasa tak puas hati pun, bersemuka ajelah dengan Johan. Bermaaf-maafan lebih baik la daripada pergi mahkamah.
1 comment:
afundi tok wali..
~~pingu ijo
Post a Comment