01 December 2011

Mencari Calon Sesuai Untok PEKEMBAR Sempena GE



Mungkin ini adalah candidate?



1. Sekarang sibok sangat pekan Kuala Lumpor ni. Ramai seperti anak puyu mengerumuni pekan Kuala Lumpor. Lenih-lebih lagi di kawasan Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Jalan Chow Kit, Jalan Thambosamy, Jalan Tiong Nam dan sekitar-sekitarlah. Apahal aku nak sebut semua jalan ni haha.

2. Terbelangsong la ni, sebuah perhimpunan politik Melayu terbesar di dunia. Tak de lagi dah yang boleh thayng perhimpunan ini. Perhimpunan Agung UMNO 2011. Walaupun tiada pemilihan parti namun suasana sentiasa panas dengan macam-macam beraneka warna kelaku dan situasi di PWTC itu. izinkan aku menggunakan kata PEKEMBAR sebagai ganti UMNO sebagai mendokong bahasa kebangsaan yang diperjuangkan juga oleh parti ini.

3. Bermulanya sayap, tiada sayap lain yang menjadi tumpuan. Sayap Wanita kerana isu Lemu NFC yang kononnya ada kaitan dengan Ketua Sayap Wanita Pekembar (KSWP). Tak mau sebut nama sebab panjang bersalutasi. Cukop dgn KSWP. Bukan KWSP. Agak emosi KSWP semasa sidang akhbar beliau. Beliau tak akan sentuh pasai Lemu NFC cuma sedikit words from sponsor akan diberikan masa ucapan beliau. Matang. Namun, aku lihat agak sebaliknya dalam ucapan betul beliau. KSWP , aku lihat dan dengar emosi-emosi dan sedikit personal dalam ucapan berkenaan. Orang-orang keliling dah berpandangan bahawa kalau tidak emolatah berlebihan, lebih matang dilihat. Jadi dimana tiada kena mengena dalam isu Lemu NFC ni, bilang mereka. Nak dijadikan kuah tambah, KSWP suruh Presiden PKR letak jawatan. Nah, sekali lagi orang ramai pening. Sekarang ni, ramai yang rasa KSWP berundur akibat isu melanda. Begitu pandangan mereka.

4. Sunggoh muhong menyataan ramai tak suka beliau balik ke kabinet. Alasan mereka, kalah. Lantik sahaja MP wanita yang ada. Ini dilantik pula jadi senator dan memegang menteri penuh. Dengki sangat mereka ini dengan KSWP. Dah mendapat kepercayaan, ok la tu. Tapi golongan yang nak panjat ke puncak kuasa ni lain pikirannya. Isu Lemu NFC ni hanya semata-semata untuk jatuhkan beliau. Dengki la hgpa ni. Sambong dengan kes kondo bagai. Tak salah pun beli kondo. ROI nya bagus. Hartanah bukan? Alah bisnis lain pun begitu juga. Venture banyak saluran untuk kepentingan utana apa nak salah nya? Saja ja orang dengki kat dia tuhhhh.

5 Popular pula istilah winnable candidate. Bila disebut oleh Timbalan Presiden dan Presiden, dah semua membahas winnable candidate. trend sunggoh trend. Sebenarnya kisah winnable candidate ni dah berawal 3 bulan seblum GE2008. dah wujud pun konsep ni. Mungkin istilah ini belum keluar. Pekembar ni ramai winnable candidate. Mudah berdamping. Cuma sebab budaya gotong royong dah berkurangan dalam Pekembar, maka winnable candidate tu jadi kurang sikit. Sebab? Grass root biasa sangat dengan benda free. Maknanya huluuurrr adalah wajib. Mengenangkan modai yang tidak jenuh maka kuantiti winnable candidate jadi berkurangan. Bimbang menjadi kayapble candidate. Menang belom tentu, kayap hampir tentu.

6. Tak kurang juga yang dah 500 tahun jadi MP dan ADUN tak reti-reti nak bagi jalan kat orang lain. Alasan agenda belum selesai. Betul jgak. Yang ni payah sikit. Selagi set purba ni tak sedar-sedar kepurbaan mereka, payah winnable candidate nak surface. Kadang-kadang hairan jugak dengan prehistoric candidate ini. Apala yang nak hambat lagi. Pi la lawan jadi candidate Tok Siak ka ok la jugak. Ni dok tak mau turun. Kadang-kadang mcm ada korelasi pulak antara umor 60 tahun perkhidmatan dengan kepurbaan candidate ini. Tak nak bagi peluang. Iklim politik dah trouble. Dah berbelah bagi. Winnable candidate pun seriau nak sua muka. Yang purba boleh jadi liabiliti kalau sambung term. Buat sakit kepala MT sahaja.

7 Seperti biasa, misti ada golongan yang memuja muji boss. Ini biasa. Mana-mana perkara pun misti ada. Yang ni kita boleh letak dalam kumpulan candidate wannabe. Aku mau jadi calon. Aku mau jadi calon. Kena up lebeh la sikit kan? Retorik mau baguss, gempaq mau steady dalam bahas. Akai pantun gurindam ni tahap penyeri mejelis ja. Ada juga yang terlepas masok dalam senarai awal untuk jadi calon dari golongan wannabe ini. Apa pun, rezeki Allah semua bagi. Baik prehistoric, winnable, kayapble atau wannabe candidate. Cuma jangan dok tibai orang luar. Boleh dicemuih oleh mereka. Tibai dalam rumah dulu. Barulah steady.

8 PREHISTORIC-WINNABLE-KAYAPBLE-WANNABE : Selamat melobi. Jangan pulak lupa berjuang untuk siapa. Kot la dok kalut untuk diri sendiri ja lebeh keh...keh...keh

Soalan berkaitan : Lagu mana nak tahu dalam sekumpulan lemu, lemu susu ok. Bukan lemu daging. Ok back to question. NAK TAHU LEMU MANA PALING MANYAK SUSU? Sila jawab. Sekian terima kasih.

3 comments:

ruud van irwan said...

lisa bertanding baguih laaa. fresh candidate.

usssooong!!! said...

haaa satu lagi Fresh Candidaste. Alamak... fresh... aummm

usssooong!!! said...

Tak do sapo leh jawab soalan lemu aku ni kehkeh