28 November 2011

EXIT POLICY SBPA

Jawatan JUSA, Turus akan diubah

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.

Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.

Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.

KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum.

Satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.

Difahamkan ia adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).

Menurut satu sumber, di bawah sistem baru itu, kemasukan kakitangan untuk kategori itu akan dilakukan secara lateral.

Buat sementara, difahamkan lima buah kementerian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah itu.

Dalam pada itu, Utusan juga difahamkan di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.

Dalam proses ini, menurut sumber itu, pihak dalam dan luar daripada perkhidmatan awam juga boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut.


Nanti aku pulas...

Ini berdasarkan kronoloji melulu. Sekiranya nak boh kuah, sila komen :




1. Semasa rangka masa 1993-1997, ekonomi sungguh boom!!!! Lebih-lebih lagi antara 1996-1997. Masa itu, pasaran kerja sunggoh menyeronokkan. Kan? Untuk lepasan izazah senang-senang dapat RM2200. Cikai sangat la tu. Kerja 7E pun boleh pegang RM1300 walaupun berisiko merasa sejuk besi di leher kalau berkesempatan. Mewah. Keluar kereta sepetik jari. Kerajaan? Pilehan pengabih ataupun untuk yang lulus izazah cukup makan atau dipaksa ibu bapa atas dasar dapat pencen. Zaman SSB.

2. Tidak dipandang sangat kerja kerajaan ni. Apa dibuat pun tak dikisah sangat. Penjawat awam dapat bonus pon tak jadi isu besar. Ada juga rungutan sikit-sikit. Sikit sangat. Masing-masing buat hal sendiri. Co exist dalam memajukan Negara.

3. Apabila berlaku kekalutan ekonomi Asia pada penggal dua 1998, ramai yang resah. Ada tekorban dalam jawatan, kerja dan perniagaan. Pedih dan perit menahan rasa. Bil kena bayar, dibuang kerja pula. Dulu taraf yuppie. Sekarang dah taraf yippie bekerja sebagai budak pizza dan sebagainya. Kereta tak terbayar. Dulu sewa rumah sekarang dah tinggal di bawah kolong. Sunggoh tidak selamat Kassim Selamat. Ramai yang mencari kerja baru. Nak dimudahkan kerja, sudah ada perkhidmatan atas talian seperti Jobstreet.com dan jobsdb.com. Jenuh juga mengedit resume dsan mencari scanner untuk menyeken wajah 3R.

4. Yang dilihat bertahan adalah penjawat awam. Tiada exit policy seperti VSS atau sebarang istilah berkaitan. Mereka bekerja. Demi Negara.

5. Pada masa ini, politik pun kacau, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat mewakili golongan pertengahan 25-40 tahun telah dipecat dari jawatan TPM. Dengan sedikit buat ramai, ramai yang menyebelahi beliau. Yang saheh dan saheh sangat golongan ini lah. Komposisi pelbagai. Namun yang ramai adalah dari golongan pekerja swasta, peniaga, penganggur dan juga penjawat awam yang hairan belas kasih akan DSAI. Kerja problem dan pemimpin pujaan hati dianiaya. Pola sokongan berubah. Pola ini diterjemah secara penuh iltizam, geram dan takzim dalam PRU 2008. Golongan ini pada era reformasi 98 telah menjadi pengasuh kepada anak-anak sekolah dan layak mengundi pada masa itu. Kerajaan? Gayat sudah.

6. Ekonomi sekejap panas, suam, sejuk, pecah peloh dan penuh mimpi. Pejawat awam maseh mengidam bentuk imbuhan. Lama tak merasa bonus. Bila dapat, rakan sejawat di sektor swasta menyindir seperti pak pandir akan wang mudah itu. Dakwa mereka cukai yang dibayar oleh kampeni dasn mereka itu digunakan untuk wang mudah. Dulu kurang bunyi seperti di no 2, sekarang dah kuat bunyi sebab tekanan hidup akan kos semakin naik atas kepala rakan-rakan swasta kerana merek sahaja bekerja. Penjawat awam tak bekerja barangkali. Cuma secara keseluruhan penjawat awam dapat imbuhan wang. Mereka tidak pula sedar ada sebahagian dari mereka dapat makan bonus 3,4,5,6,10,24,dan 36 bulan yang kuat balun kerajaan tapi senyap sunyi balun duit bonus belanja sana sini. Tiada siapa ganggu dalam Negara aman sentosa ini.

7. Gap antara sektor awam dan swasta semakin luas. Dah le ramai tak sokong kerajaan. Dalam kerajaan ramai dah tukar spesis dari homo sapien kepada Vulpes vulpes. Lagi susah. Siap ada sub spesis baru iaitu vulpes gallus domesticus. Susah mengasuh ooooo.

8. Sektor awam pun ramai yang sakit. Ramai yang dilihat under perform. Tiada yang menjadi kisah sangat kalau yang sakit itu dari kakitangan sokongan. Yang menjadi kisah bila ada yang memegang jawatan profesional dan jawatan utama sektor awam (JUSA) yang dilihat tak menepati kehendak stakeholder, masalah disiplin dan purba akalnya. Malah satu blog mendakwa ada hampir 30 JUSA sedang bercuti di Antartika. Benar salah angka itu belakang kira tapi sudah mencipta persepsi betapa tidak efisiennya pelaksana dasar peringkat atas ini. Angka ini masih menjadi tanda Tanya dan bimban dikompang lebih sebagai penyedap cerita. Tapikan, kes-kes seperti PKFZ, Lemu aircond, dan sebagainya takkan nak disalahkan penjawat awam juga? Ahli poliik tak sakit kot?

9. 2009 telah menampakkan keterbukaan kerajaan dalam membuka ruang kepada otak no nonsense swasta menyumbang dalam kerajaan. Macam-macam nama dah keluar seperti PEMANDU, PEREKA, PEMAYAH, PENYUPIR dan segala bagai. Jentera kerajaan sekarang bergerak selaras dengan kehendak zaman. Pantas, no nonsense dan up to date. Aku ada juga mendengar ada setengah situasi bahawa entiti-entiti baru ini buat kerja yang sama dengan agensi pusat atau kemeteria yang berkaitan. Marah juga aku dengar dari penjawat awam kerana selalu usaha mereka dipotong tang kona atau diambil atas pengandaq oleh entiti berkenaan. Mungkin ada sebabnya. Jangan marah. Banyakkan tomakninah dalam amarah. Kita sedang menuju Negara maju.

10. Untuk menjadi maju, kita perlu ada kiblat, ada contoh. Mungkin acuan kita GB atau US. Kerjasama awam–swasta kena dipertingkatkan, usaha meningkat KDNK perlu dilipatganda. Itu pasti. Memajukan dari segi materi. Dari segi jasmani tidak juga ditinggal. Maka untuk kesepaduan usaha itu, NKRA dengan enam tonggak dilancarkan.

11. Enam berkenaan : Mengurangkan jenayah, Memerangi rasuah, Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu, Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan, Memperkasa prasarana luar bandar dan Menambah baik pengangkutan awam bandar.

12. Dan pada Belanjawan baru-baru ini, akan berlaku perubahan dalam perkhidmatan awam dengan penggantian Skim Saraan Malaysia dengan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Baru lagi. Masih panas. Dan dah mula panas. Seperti artikel yang aku ambil dari Utusan Malaysia.

13. Dah ramai dari penjawat awam merasa pelik akan artikel berkenaan. Benda dah berstatus saheh dan saheh jadi. Nak dipendekkan cerita, mari kita sama-sama persoalkan persoalan-persoalan ini :

14. 1. Tak kesian ke kepada yang target nak jadi JUSA sampai termimpi-mimpi?

15. 2. Tak kesian ke kepada yang memang layak nak jadi JUSA tapi kouta dah jadi kurang akibat perlaksanaan open post ini? Perlukah perubahan ini berlaku? Tidak ada pula dalam NKRA dsan NKEA?

16. Apa benar, kaedah ini adalah sebahagian daripada mandrem untuk memenangi sektor swasta supaya balik bersama kerajaan dan peduli bersama kerajaan?

17. Walaupun di mana kita bekerja akan ada tangungjawab kerahsiaan tapi dengan kaedah separuh masuk separuh keluar ini akan lebih tiris di sana sini.

18. Mungkinkah perkhidmatan awam akan collapse akan perubahan utama ini kerana akan berlaku conflict pelarasan tugas akibat tidak dapat menafsir pekeliling, TI dan undang-undang perkhidmatan awam yang sarat dengan kuasa Parlimennya?

19. Bimbang akan berlaku hit and run konsep dan wujud elemen membawa pasukan sendiri untuk mengurus kerajaan. Bimbang bila dibawa pasukan sendiri, maka banyak jawatan yang sepatutnya disi akan dipenuhi oleh calon luar. Nah, bukan lagi JUSA sahaja, malah gred 48,52 dan 54 pun akan terlepas atas dasar arahan. Mungkin boleh berlaku.

20. Mungkin ada benar, kita tidak perlu berotak Cold War lagi. Kerja perlu tidak seperti zaman lalu. Jadi nampak tak dapat dielakkan bahawa perlu revamp perkhidmatan awam 159%.

21. Bak kata sahabat pena aku, Nabilah Mahmud iaitu seorang pegawai di PDRM, adalah lebih baik kita apply jobstreet.com balik untuk masuk swasta. By the time profile kita bagus dengan KPI yang hebat di kampeni kita bekerja, mungkin ada peluang nak apply masuk perkhidmatan awam semula. Kalau kena gaya, umur 40 atau 45 tahun dah dapat JUSA A atau Turus 2. Kuasa penting sekarang. Nak kaya melana dok swasta lah.

22. Last soalan : Siapakah JUSA atau Turus yang akan disambung kontrak sebagai orang yang pertama? Kita tunggu… Dan siapakah dari Swasta akan jadi KSU yang pertama. Kita tunggu…

Maseh terlalu awal mengandai tapi mengandai adalah kaedah baik untuk menjaga benda hehadapan ni. Kenapa tak bincang habis-habis dengan segala kerangka perkhidmatan awam. Kumpulan skim, MBJ dan kesatuan. Persatuan yang jaga skim tak bersuara ke? atau kekal dengan gaya hensem dan lawa semacam seperti yang sudah-sudah?

12 comments:

ruud van irwan said...

baguih dok ada ka?

usssooong!!! said...

kenapa aku terlalu bau politik dsan peting diri sendiri dsalam hal ini. Mungkin aku terlalu politikal memikir.

Gred 44 said...

Takkanlah sampai nak gadai public service. JUSA itu kuasa besar tu. Masalah-masalah. KSN tu nak sambung lagi la tu.

Dev Musten said...

Artikel yg bagusss. Byk benda polih diandaikan kita pilih satu la...UKK konon hebat sbb dr swasta pon tumbang mcm pokok kena ribut, apa jaminan amik swasta utk geng2 atah langit kira jadik besh? ...aaa satu lagi, org politik mmg maksum, suma btl dan x penah buat salah, kira keturunan jula juli bintang 3 ..hampas..

Anonymous said...

ada nakal otak bilang KRONI dan SECURE post. Retirement plan.

Dev, untouchable kumpulan tu

Anonymous said...

"Mereka merangkak dari bawah untuk ke atas dengan pelbagai pengetahuan pentadbiran dan kerap mengikuti kursus serta memberi kursus. Mereka lebih faham agenda kerajaan dan memahami perasaan kakitangan awam.

"Apakah mereka yang memegang jawatan di sektor swasta seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tahu tentang perjalanan sektor awam? Oleh itu, jangan buat sesuatu yang terburu-buru. Bagi Perkasa ia tidak masuk akal. Jika berlaku pasti pegawai kerajaan kecewa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anonymous said...

mmg akan ramai yg menjadi vulpes gallus domesticus pada raya ke-13 kalau ini dilaksanakan. ingat, pegawai kerajaan bekerja utk government of the day, BUKAN untuk parti buih, parti harijadi malah parti seks luar tabii. kalau gomen pd hr ini sukahati makpak dia utk merobah perkhidmatan awam yg dikatakan tolol, lambat, tak efisyen, dungu, zaman paleolitik punya pemikiran, maka mereka tidak akan kesah siapa yg akan duduk di putraputrinegarajaya. aku rasa ini merupakan garam terakhir, garam segala ibu garam di lautan mati yg nak diletakkan kepada luka kakitangan awam yg dah sekian lama terobek.

maka Pelan Transformasi Kerajaan (Government Transformation Plan) akan benar2 mentransfromasikan putraputrinegarajaya.....

Anonymous said...

Cukuplaaa ada perpecahan dalam partai politik, kenapa mahu biarkan orang gomen pula berpecah. Nanti ada golongan chiroptera dan lupus dalam satu pejabat...Contoh terbaek di masa ini ialah ukk .Lagi satu, kalau diorang hebakkkk, kenapa tak lulus periksa dan interview masuk gomen waktu abis graduasi????Bukankah itu tandanya mereka tidak boleh berkolaborasi dengan orang gomen?

Haji Chempakadewa said...

memang ada yg gemar civl service dipecahbelahkan. Mudah untuk menguasai. Seriau kalau ketelusan menjadi lagi tidask telus. Senipis kulit bawang gitu.

Politic dsah pecahbeah. Civil service dsah pecah belah. Abisla

usssooong!!! said...

Betoi jugak tu. UKK pun failed to deliver.masok terus gred tinggi lalalalala. Errr... sapa yg cadang UKK ni at the 1st place?

Anonymous said...

cuepacs mana?diam lak tetibe..time mintak bonus dan kenaikan gaji utk kump sokongan kemain lg bergegar sane sini..
~~pingu ijo

Anonymous said...

Cupacs mungkin ditubuhkan untuk menjaga kebajikan poket staff sahaja.