15 December 2010
360 Game
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta pemimpin Barisan Nasional mengotakan janji dengan tidak melakukan rampasan kuasa sekiranya mereka kalah dalam PRU ke 13 akan datang.
Ini penting bagi membuktikan BN benar-benar menghormati demokrasi di Malaysia, kata ketua penerangannya, Fadhil Othman (gambar).
Katanya, kenyataan Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden PAS yang menjangka BN akan melakukan rampasan kuasa sekiranya kalah adalah suatu bayangan atau persepsi berdasarkan ucapan dari Perdana Menteri sendiri.
Dalam kenyataan awal, Perdana Menteri telah meminta rakyat agar tidak memilih parti selain BN. Dalam hal ini, seolah-olah Perdana Menteri enggan mengiktiraf kewujudan parti politik selain BN sedangkan inilah amalan demokrasi yang sihat yang membenarkan kewujudan parti-parti politik bertanding dalam pilihanraya.
Ini adalah usaha untuk menerapkan persepsi kepada komrad komrad supaya menjadi risau pada masa hadapan. Hebat 360 game sahabat PAS ni. Kalau begitu tak payah la susah susah buat kenyataan begini. Biarkan Barisan Nasional kekal memerintah Malaysia kerana memang tak berlaku sebarang kudeta pun. Rilek ja. Kelantan 20 tahun lebeh dah. Ok jer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29853:kotakan-janji-tidak-rampas-kuasa-jika-pr-menang&catid=1:utama&Itemid=50
Kalau baca sambungan, memang hebat. Ayat pelemah terbaek hahaha.
"Pemuda PAS Wilayah mengharapkan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar menghormati keputusan rakyat dalam PRU ke 13 nanti," katanya.
Kena tunjuk kuat awai awai lagi. Ini baru perang terbaek. I likee
Post a Comment