13 February 2012

Dialek NegeriKu Perlis #1

Baru-baru aku dalam keadaan yang sangat tadak kerjanya aku telah bermain kata dengan dialek-dialek purba negeri Perlis. Kenapa purba? Kerana tak seluruh negeri Perlis yang mengguna pakai. Terhad kepada kelompok tertentu sahaja dan di daerah/sektor tertentu sahaja. Niche kalau bahasa orang Simpang Empat Syed Kassim.

Melalui Facebook aku (Tok Wali) aku peturunkan 4 kalimat yang biasa digunakan oleh penduduk negeri Perlis dalam perbualan harian. Harus juga diambilkira bahawa tidak semua digunakan di seluruh Perlis. Mungkin hanya ndouii dan kiat umum digunakan kerana sifatnya yang universal untuk semua. Manakala tumang dan pedudun bergantung kepada aktiviti sosial penutur dan kawasan tempat.

Misalnya, TUMANG : Hanya yang berprofesion pembela lemu dan penggila burung sahaja yang tahu apa itu tumang. Aku akui aku tak tau sebab sekitar keluarga aku tak bela lemu atau kerbau. Bela kucing dengan itik angsa pernahlah hehe. Kalau kita search kat Lobai Google kita akan jumpa gambar tumang ni.





PEDUDUN, LIGAN dan HAMBAT

Di samping screen capture mengenai 4 perkataan di atas, aku sahaja nak tanya hgpa dua perkataan tambahan. LIGAN dan HAMBAT. Kalau nak keluargakan dua kata ini terkumpul dalam DUDUN atau PEDUDUN. Makna sama yaitu mengejar/chase. Ok, dalam tiga kata ini yang mana satu paling hebat aksinya? PEDUDUN-LIGAN-HAMBAT atau LIGAN-PEDUDUN-HAMBAT atau lagu mana? Sapa boleh bagi jawapan yang betoi?






Sebagai permulaan ini, aku banyak hurai secara teks la kot nanti kalau ada masa tambahan aku akan post kartun sebabak atau klip video untuk pemahaman yang lebih kemaih. Pun begitu, sebarang komen tambahan adalah perlu kerana tidak semua perkataan yang dibincangkan digunakan oleh aku.

Aku ni dalam kategori kawasan selatan. Kawasan utara Perlis atau istilah tempatan sebagai BELAH DARAT lagi hero kata dan sebuitnya hahaha.

Abaikan dengan nama tempat yang dicontohkan kerana tak semua itu kena dengan asal kata. Cuma aku nak juga bagitau nama-nama tempat di Perlis. Selamat belajar hahaaah!!!

No comments: