14 February 2012

Merambangkan teori dan model Barat

Sejauh manakah benarnya andaian bahawa teori pengurusan model Barat boleh membuatkan manusia menjadi penting diri sendiri.
Bab Pekunun :
1. Masharakat barat membawa nilai hubungan sesama manusia yang berbeda dengan apa yang diamalkan oleh orang Asia.. Atas kemajuan pendidikan dan pemikiran, mereka meninggalkan nilai kemanusian seperti kerukunan institusi keluarga.


2. Kekurangan nilai dalam institusi keluarga membuat mereka lebih mudah bergerak sendiri dan bangga atas istilah berdikari.


3. Hasil daripada solo fighter ini dan bergaul dengan golongan yang solo fighter juga akan menguatkan paksi sikap selfish dan jarang mendengar pandangan dari pihak lain. Ego tahap dewa dewi panji semirang.


4. Tidak dinafikan ilmu tidak terhad untuk digali sedangkan Nabi Muhammad pun suroh menuntut ilmu hingga ke China. Namun setakat mana penerimaan dan pembelajaran ilmu itu digunapakai dan diamalkan supaya memberi nilai tambah kepada manusia sejagat.


5. Adakah semua teori pengurusan Barat dapat diaplikasi secara bulat-bulat dan membuta tuli tanpa melihat suasana demografi, sosiologi dan perkara yang berkaitan?


6. Mungkin kaedah ini ok di dunia barat tapi tidak ok di sebelah timur. Adakah dari satu sisi bahawa sekiranya kita mensesuaikan berdasarkan suasana timur akan lebih baik hasil pengamalan teori ini?


7. Bagi sesetengah pihak, cukup sekadar belajar dan memahami ilmu ini tapi tidak wajib mengamalkan atas sebab-sebab di atas dan tidak dapat difikir semasa teks ini ditulis hahaha.


8. Bagi sesetengah pihak pula, boleh mengamalkan secara penuh bijaksana tetapi jangan obsessed. Bimbang teori itu yang menguasai akal dan fikiran manusia.


9. Agak berat sebelah untuk menyatakan bahawa sememangnya Barat akan berusaha supaya semua orang dalam dunia ini mengikut gaya hidup, pemikiran dan pandangan mereka.


10. Menjadi satu keanehan tiada pula yang mempersembahkan atau memantapkan teori dari sebelah timur. Takkan tidak ada seorang pun manusia dari benua Asia yang hebat, berwibawa dan budiman untuk dicontohi pengurusan dan kepimpinannya.

11. Adakah sifat pentingkan diri sendiri ini berasaskan genetik?

Bab Pemandangan :
Gua mau baca pandangan dari manusia lain. Gua tidak meletakkan mana-mana teori secara spesifik kerana menghormati para antusias teori-teori ini dan sedaya upaya mengekalkan persepsi ditahap sedia ada.

2 comments:

poksikusJakus said...

uuuu ini Tun Wali ka ni..point form? Setuju...setuju. Tapi yg last skali tu apsal tiba 2 masuk bab genetik ?

usssooong!!! said...

Ini kaedah mengelirukan diri sendiri.