18 February 2012

Dialek NegeriKu Perlis #4 - EDISI PEMBAKAR PERASAAN

Tapi kadang-kadang ada juga perkataan yang tak betadong langsung sebut dan pengertian antara jasad dengan rohnya. Maksudnya di sini, sebutan tidak membawa makna sebenar. Akan tetapi membawa pengertian lain. Sebelum kita meneras balik contoh perkataan yang dimaksudkan, aku nak pejelas pasai TAK BETADONG.

1. TAK BETADONGtidak sama langsung / totally out dalam percubaan menyamakan sesuatu.

Contoh ayat :

Sunggohka depa kata sora Chu Asan tu macam Mail Hashim mau dia mengaji?”, tanya Rahim yang buat buat reti.

Cuih tak betadong aih! Semput napaih ja aku dengaq,” jegay Haji Bahadot.

· sepanjang aku hidup perkataan ini tidak dipisahkan dalam pertuturan. Oleh itu, tiada perkataan BETADONG dalam mengiyakan persamaan benda.

Berbalik kepada niat awal tadi, sekurang-kurangnya ada 3 perkataan yang maksud hendak disampaikan tidak sama dengan maksud asal. Untuk kali ini, kita bincangkan atas kapasiti menyempurnakan kepuasan perasaan. Perasaan sahaja. Tiga yang dipileh ialah PASANG, USUNG, dan MUNTAH. Tok sah pikiaq akan maksud sebenar ketiga ini kerana budak Vietnam di kilang Jejawi pon boleh faham.

SYARAT UTAMA :Semua penyebutan dengan gaya euphoric yaitu penuh passion dan tenaga.

2. PASANG – cara menyebutnya [ passs-ssiiyaaang!!!] bergantung kepada penutur kalau nak pendek atau panjang harkatnya. Ada yang menyebut S tu seperti sebutan SIN. Ada pulak yang sebut S tu sepeti sebutan TSA. Kalau TSA tu gemalai sikit. Macam sebutan laksa [lakSa] atau [lakTSA].

Maksud – secara mudahnya seperti maksud Siaplaaah hang!! atau Haaa baru ada akkai!! Secara umumnya, PASANG ini adalah kependekan dari ekslemasi-ekslemasi tadi.

Contoh ayat :

“ Weeeii! Dengaq kata Satelit Puaka kantoi border pass dengan pak dia.” Laung Mat Kri.

“ Passsssiaaaaangggg!!!!” satu kedai sorak.

3. MUNTAH – [ moon-taaahhh!!! ]

Makna - Penolakan total. Pakai tak dak hari la nak dapat kebenaran.

Sungguh muhong tak tau la, ramai mengatakan bahawa perkataan ini hanya digunakan dan popular oleh residen residen sektor Simpang Empat dan sekitar sahaja. Sukar disahkan tapi aku pakai sampai satu dunia dah ni.

Contoh ayat :

Amen merapati abahnya yang sedang perambut mata kai sambil susun ayat;

“ Abah, ceq dok berasa nak amik lesen mutu bulan depan, bulih kaaaaa?”

“ Muntaaaahhh! Hang nak merayau bagi jauh lagi. Tara laaa ni pun dok kayuh gerek pukui 9 10 baru balik.”

4. USUNG = [ usssoooonnggg!!!]

Makna – superlative kesukaan yang tidak terhingga atau excited.

Contoh ayat :

Lepaih kedia ooooo keluaq dengan budak tu”

“usssoonggggg!!!”

Ada satu kisah. Pernah berlaku tempikan usssoongg ni dalam Planet Hollywood KL. Mungkin sebab band residen NRG bawak lagu yang sipenempik tu nak dengar. Sah la dia orang Perlis heheh. Bkan aku okkkaaay!!!

No comments: