Gambar hiasan
Aku kategori duk di kampong sebab dari kecik dok dengan Tok dan Tok Ayah. Jadi sekitar pun sekitaran kampong juga. Keliling rumah ada pokok keriang, hutan bemban, pokok buloh duri, pokok putat, pokok setoi dan pokok gelenggang. Pokok nyok dengan pokok cabai melaka tok sah kira la yang tu. Saheh ada haha!
LAU
Selain daripada pokok-pokok yang beraneka warna dan tinggi, kucing adalah elemen utama semasa kecik-kecik dulu. Macam-macam nama. Ada nama Cipowng, Teh, Doben, Tam dan yang paling best ialah Zembo. Nama kucing ni agak mambo king. Aku tak nak ulas sebab Tok aku yang bagi. Ayam dengan itik ada bela sikit-sikit. Takat 15-20 ekoq jugak di belakang rumah. Cuma bagi kami sebagai orang Perlis mempunyai kata istilah sendiri untuk menamakan struktur atau shelter tempat ayam tidoq. LAU ayam. Umum tahu akan reban ayam tapi mungkin di kawasan Australia, Chicago atau Kg Sepri tidak pernah dengaq istilah Lau ayam. Lau ayam dengan Reban ayam adalah sama dari segi roh dan jasad. Didiami oleh ayam dan tidak lemu.
MENTENAIK dan MENYATOH
Lau ayam di kampong aku seperti yang dinyatakan tadi adalah di belakang rumah dan arah mentenaik. Mentenaik merujuk kepada arah matahari naik atau matahari terbit. Tapi tiada dalam dialek Perlis menterbit hehe. lawan mentenaik adalah menyatoh. Menyatoh pula merujuk kepada arah matahari jatoh atau matahari terbenam. Sebagai satu kata ganti arah yang lain boleh juga mentenaik ganti timur dan menyatoh ganti barat. Setakat la ni belum lagi mendegar dalam ceramah di masjid, surau atau menaksah (madrasah) yang menyatakan :
" Tanda-tanda kiamat ialah matahari terbit dari menyatoh"
No comments:
Post a Comment