18 February 2012

Dialek NegeriKu Perlis #3 - Seculin/Tembi/DAS/Gelintay

Aksi TEMBI [ term-bee] atau tambahan iqlab untuk setengah sektor di Perlis. [term-Bbee]

1. TEMBI
Ok kawan-kawan, untuk musim ke 3 ini, aku nak share istilah TEMBI. Perkataan ini adalah perilaku aksi fizikal atau dalam bahasa pasar Simpang Empat lebih dikenali sebagai body contact atau bahasa persuratan biasa ialah DAS. Namun berdasarkan perkhabaran hebat aku dengan rakan sekampung Encik Amir, kami lebeh bersetuju bahawa DAS boleh digunakan untuk asosiasi TEMBI hanya aksi fizikal yang melibatkan bahu ke paha sahaja. Seperti aksi di atas. Sebarang contact mengunakan bahu pinggang atau belaga paha secara serentak adalah TEMBI. Contoh situasi adalah macam di atas tu. Biasa dalam keadaan lari seiring. Jadi salah seorang akan tersasar arah akibat tindakan TEMBI ini. TEMBI boleh jugak dikatakan bahawa aksi menolak dalam keadaan bergerak tapi dengan sharat sikit-sikit gerakannya.

Contoh ayat :

" Awat yang hiang biaq dia gelintay sampai lena dalam gol tu? Lorat toii" marah Din Kolam
" Aku tik dan nak tembi. Nahharan sunggoh. Lari derasss," akai si Komeng menahan marah Din Kolam

2. GELINTAY


Gelintay John Barnes adalah pertama dan terakhir oleh pemain England semasa lawan Brazil

Ada dua maksud yang biasa ditutur :

1. Mengelecek pemain lawan dan boleh juga kawan sendiri dalam perlawanan bolasepak. Err.. sukan lain aku tak pasti.

2. Menguli-uli objek dalam sekala kecil seperti tepung dan tembakau.


3. SECULIN [sir-coo-layn]

Ini kalau difahamkan membawa maksud sangat sedikit dan hanya boleh digunakan untuk seminima mungkin. Secoet pun boleh pakai juga rasanya.




No comments: