31 July 2011
Buck Rogers Di Bukit Jalil
Lain kali tak mau buat dah, kalau pergi satu majelis yg besar dalam keadaan buck rogers. Apatah lagi berjahit di kaki. Berbekalkan tiket RM30, kugagahi jua monyet. Sebenarnya usia jahit sudah menjangkau hari ke-7, jadi ini berasa sudah kembali hero untuk melasakkan tapak kaki.
Kalau di depan tv, haruslah aku menjadi pengulas Live Update secara percuma. Ini di dalam stadium apa nak diupdatekan sangat dengan masalah talian telefon yang tak boleh cek in FB sjak pijak stesen LRT Bukit Jalil hinggalah LRT berkenaan mencecah stesen Sg Besi. Baru prup prup sms, FB notifation, twitter bertali arus menusuk tipon. Mungkin telefon aku saja yang lekkeh ni. Tengok org lain bergaya ja menelefon di dalam stadium walaupun aku pasti tiada sepatah kata pun keluar. Hanya aksi mendail berulang ulang serta omelan kepada diri sendiri dalam gaya bahasa yang tidak diketahui.
Teringat kawan aku dari perantauan yang mintak aku update score masa perlawanan pusingan pertama. Alih-alih aku terus buat live update sejak 00:21 hingga 105:00. Kenapa? Kerana game kurang menarik. Kalau menarik mau aku terpaku melayan setiap saat. Ini sempat lagi update whatever happen sepanjang game. Malam itu juga kaki aku luka besar!!!
Saat sampai di plaza stadium, Nampak muka muka konfiden penyokong Harimau Malaya. Aku pon konfiden sebab belum kick off. Ikhlas kutilih bahawa menjadi buck rogers dalam majlis besar ini memang seperti daun ketapang di sungai Klang. Hanyut ikut laluan yang boleh. Sampai depan laluan tiket, rupanya sahabat sekerja yang menjadi steward tiket. Aisehman! kalau tidak aku masuk cemey (free) petang tu. Aisehman kerana sejurus sebelum masok, ada seorang kawan Nampak sangat terdesak kerana tiket. Orang lain sebok dgn manila kad 3-0, beliau sebok dengan notis nak BELI TIKET. Cuba juga nak ejas bagi dia masok. Mengenangkan aku dah terlepas masok, sulit pulak nak urus dengan dia di luar. Aku harap ia sama-sama terbabit di dalam stadium malam itu.
Akhirnya aku duduk di barisan paling atas di level dua. Pintu 2R. Betoi dengan penjuru kiri padang dengan mengambil kira kedudukan scoreboard Malaysia. Berborak dengan anggota keselamatan yang jaga aman sementara dah dapat kawan. Sunggoh hijau anggota itu. Panjang lagi usia perkhidmatannya. Mudah-mudahan beliau Berjaya dengan karier yang dipilihnya. Amin.
Paling haru adalah masa gol Safee. Aku rasa aku berdiri selama satu minit tanpa sebarang reaksi. Macam hormat lagu kebangsaan lagak dibuat. Satu, tadak geng nak sorak secara over acting. Sebelah awek orang. Kalau aku over terpelok pulak, mahu jadi kesah dan tauladan selepas itu. Berdiri macam statue of liberty dan duduk balik. Ok kita sambung menonton ibarat melayan Gary Kasparov.
Itu le aku tulis awal awal tadi, sunggoh naya kalau pergi seperti Buck Rogers disulam pula dengan kaki berjahit. Tak best langsung! Ditambah pulak kuah pedas dengan gagal mara ke pusingan seterusnya. Tobat lahum dah woooiii!!! So sapa sapa yang baca catatan perlawanan ini, jangan lupa ajak aku pi sama untuk perlawanan selepas ini.
Selamat berpuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tok jom g..
~pingu ijau
Post a Comment