05 August 2011

Rasa Itu Makin Melarat





Dalam recent post aku di FACEBOOK seperti di paparan atas telah mendapat pelbagai reaksi. Yang sudah dijangka kerana pengulas-pengulas berkenaan datang dari kelompok pejawat awam. Lihat contoh-contoh komen seperti di bawah :
Komen #1 :
Kes orang lain buat kenduri...orang lain kena cuci kawah...patik kena kerap dah tuan nasiblah Tuhan aje yang tahu...

Komen #2 :
Ada yg kite dh bg penilaian teruk.. Kalu logik akal dah tk leh dpt lg da.. Wpun kucing jd chair lambaga.. Tp dpr jgk projek lain tuh.. Heran...

Komen #3:
apabila negara disharikatkan. tgk amerika sharikat, sbg sa-buah sharikat, dah nak bengkrap. tp tu hutang keliling pinggang. ni plak pasai mengurus negara sa-perti mengurus sharikat. dah lintang-pukang, lari. kita ni lah yang mengangguk menurut perentah. baiklah.....

Ini adalah sebahagian daripada komen-komen yang singgah di wall aku. Hendak dipendekkan riwayat. Aku cadang hendak menulis begini pula :

i) Kita sedar berlaku konflik pemikiran antara sector swasta dengan sector awam. Paling kerap dikenakan adalah manusia-manusia yang berkhidmat dalam sektor awam atas alas an tidak effiesien, tidak pro-aktif dalam mendokong tugasan yang diberikan. Ini sebenarnya berlaku tetapi tidak pula dilihat sebagai beban dan membolehkan pihak lain menghentam sesuka hati.
Sebagai contoh : Situasi masa menunggu yang lama di kaunter hospital. Selalu dipertikaikan. Bagi aku ada kaedah alternative untuk mengelakkan daripada perkhidmatan awam terus diserang dengan perkataan LAMBAT, LEMBAB dan sebagainya. Pergi ke hospital swasta atau jumpa bomoh. Tok Malam rasanya tak sangat mengenakan caj yang tinggi dari hospital swasta. Tok Malam pun bukannya nak sewa rumah kedai mahal-mahal. Rumah pun dalam hutan. Free to roam dan buka 24 Jam lagi. Ada duit, pergi bayar di hospital swasta. Belanja lain mahal-mahal boleh, bila bab nak berubat nak berjimat pula. Bagi kemudahan kerajaan ini kepada rakyat yang lebih memerlukan.

ii) Projek -projek yang kerajaan berikan kepada syarikat swasta banyak yang memberi masalah. Isunya, kerajaan membayar dengan jumlah wang yang banyak untuk perkhidmatan ini. Namun, kerap berlaku pegawai -pegawai kerajaan yang memiliki kepakaran dalam bidang yang dibekalkan terpaksa menanggung bala untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Adilkah? Duit rembat, call center tak jawab panggilan, bantuan teknikal tidak seperti yang dijanjikan. Silap-silap haribulan, ada extra charge kalau dating belek belek masalah. Bila keadaan-keadaan ini berlaku, kewibawaan syarikat yang dilantik akan dipertikaikan. Adakah mereka mereka ini yang nampak sangat savvy, professional, segak, tampan , aktif, muda, ratu, otak darjah 6 dalam penampilan dan otak benar-benar berkualiti atau genuine dalam menjalankan perniagaan. Atau syarikat yang didaftarkan overnight dengan paid up capital secara wayangan menjadi proksi orang-orang tertentu.

iii) Terbaru berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka, apabila syarikat yang dilantik sepenuhnya untuk buku teks tidak dapat beroperasi lagi. Malah mencutitanpagajikan pekerja-pekerjanya dengan penuh sesedap rasa. Aneh sebab 10 tahun mendapat kontrak puloh juta ringgit dari Kementerian Pelajaran tapi gagal mengawal operasi syarikatnya.

iv) Ada banyak lagi keadaan-keadaan yang sangat tidak menyokong keseronokan bekerja di kalangan kakitangan awam ini. Bimbang akibat kurang keseronokan ini, kakitangan awam akan menjauhi perasaan taat dan patuh kepada kerajaan sedia ada. Situasi-situasi begini ditambah dengan kredibiliti sesetengah ahli parlimen yang dipertikaikan akan menyumbang kepada menurunnya taat dan patuh serta sokongan kepada kerajaan sedia ada. Ramai yang mengalami rasa kecewa yang tidak diluah. Jangan sangat dipersalahkan mereka ini kalau golongan yang berfikir untuk memandu hala tuju negara ini pun selalu tidak tegas dalam melaksanakan arahan sehingga membiarkan imej, kredibiliti beberapa agensi kerajaan berterusan dihentam, dicela dan diperlekehkan.

v) Ramai yang kecewa dan terkilan. Malah ramai yang dah melompat ke seberang secara total. Lihat kesan PRU 12. Berapa ramai yang diam-diam melompat membawa rasa. Yang kecewa dan terkilan ini mungkin masih sayangkan kerajaan yang sedia ada tapi benci dengan watak-watak yang ada. Tidak mustahil, undi rosak akan meningkat lagi pada PRU yang akan datang.


vi) Penghuni Parlimen itu perlu dikekalkan. Keluarkan watak-watak yang tidak membantu, membebankan dan menyusahkan. Bagi aku, membenamkan seseorang yang hampas dalam selut adalah wajar dalam usaha untuk menyelamatkan sejumlah yang bersantan. Pepatah mengatakan kerana nila, rosak susu sebelanga. Kalau dilihat dengan keadaan sekarang, susu dah bertukar jadi biru nila daaaaaaaaahh. Tak gitu?

Seperkara lagi, imbangilah keputusan dengan mengambil kira faktor kasih sayang, kemanusiaan dan tanggungjawab sosial kepada rakyat. Jangan hanya bersandarkan buku, petunjuk dan sentimen untuk memenuhkan kantung negara dengan sebanyak mungkin serta keperluan-keperluan pemonopoli ekonomi.

Bekerja sebagai satu pasukan, elakkan mengaku semua kita buat. Sedangkan ada sesetengah keadaan, kita take over di tengah jalan je pun. Ramai benci sifat begini, heh!!!

3 comments:

usssooong!!! said...

Mereka berdepan dengan dua golongan pada masa ini :

1. Pembangkang tulen
2. pembangkang dalam Barisan Nasional
3. sektor awam

Susah sangat ke nak pleased no.3 itu. Buat keputusan jangan merapu. Tegas dan steadi. Mudah2mudahan ok no hal punya.

Anonymous said...

aku amat takut sekiranya angka 13 itu mmg mendatangkan keburukan. friday the 13th. ataupun mungkin cerita 2012 akn menjadi kenyataan yg akan menjadi the blackest day in malaysia. nauzubillah. kalau itu terjadi, terjuallah kita di tanah sendiri.

hanya 1Ku pinta. ketegasan. dr mula naik sampai la, apakah 1Tindakan yg betul2 tegas pernah dibuat? mcm takdak ja selain memberi suti pabila menang bola.

Anonymous said...

Kalau ketegasan hilang dari kerusi Menteri, apa guna memegang kuasa? Jangan berkecil hati kalau digelar telur sebiji.