02 August 2011

PARAM. Satu review hari pertama




Tahun 2011 bagi negara Malaysia dan di dalam Persekutuanya mulai berpuasa pada 1 ogos 2011. Sedikit nak kongsi mengenai situasi param di seluruh negara. Nak mudah ambil yang dekat. KL, Putrajaya dan Sepang.

1. Makanan yang dijual adalah sama. Tidak pula dilihat ada satu yang extraordinari dan supernatural dalam memikat pelanggan. Kalau ada menu seperti pulut harom manes, gulai ikan loban, ulat sagu. Menarik la jugak. Ada tarikan. Setakat murtabak, ayam percik, roti john dan nasi kandar. Biasssaaaa.

2. Peniaga ada dua golongan. Satu yang tak aktif. Maksudnya persediaan juadah jualan tu tahap biasa sahaja. dan berpuashati bila dah habis. Kedua, jenis merebut peluang sehingga maksimum. Juadah dijual memang banyak, sakan, dan nampak sedap. Habis juga.

3. Kita sebagai pembeli, memang akan menimpa-nimpa param param di seluruh negara pada hari pertama. Kereta berbarisan setahap dengan Stadium Nasional Bukit Jalil. Ramai sunggoh. Nafsu membeli usah dikatalah. Ibarat menelan viagra. Mana tak habis kalau hari pertama (perkara 2) berjualan.

4. Bagusnya membeli pada hari pertama adalah makanan semua keluar dari dapur sebagai yang pertama. Kalau tak sedap, memang tak sedap. Kalau sedap memanglah sedap. tapi untuk hari mendatang, bimbang juga yang sedap bertukar jadi tak sedap kerana, kuih semalam dijual juga. Ada peniaga begitu.

5. Kita sebagai pembeli harus hati-hati dalam membeli walaupun aku setuju, kita tak boleh merasa makanan. Belilah dgn ala kadar sahaja. Jangan diturut kata nafsu. Kelak viagra pun tidak laku.

Aku hanya makan tenggek burong, sambai pedas nak mati, rendang tok pemberian, daging kicap dan ayer oren ribena. Tak lupa bubor lambok pemberian. AlhamduliLlah, Selesai iftar aku untuk hari pertama Ramadan.

No comments: