05 August 2011
Aku Tak Sempat Merasa
Sumber : Utusan Malaysia
Aku tak sempat nak merasa keadaan ini. Celik-celik sahaja sudah ada peti ais jenama National. Sebagai rekod, peti sejuk ini bertahan selama 28 tahun. Itu pun, disebabkan tapaknya dah mereput dan tidak bisa diselamatkan lagi. Kalau nak buat ais krim Malaysia memang sentiasa dalam tahap terbaik. hebat barang-barang keluaran dulu dulu ni. Kehebatan barang-barang dulu-dulu ni memang hebat. Tapi tidak akan hebat tanpa pemulanya yang hebat. Dengan sedikit ilmu mmemerangkap haba yang murah dan senang didapati, penduduk Malaysia yang tidak mampu memiliki peti ais/peti sejuk dapat juga merasa kesegaran air batu atau ais untuk melepaskan dahaga. Ais yang ditabur dengan habuk kayu atau sekam padi untuk melambatkan cair dibungkus dengan kertas surat khabar dibawa pulang.
Biasanya, dengan harga 5 sen seketul ais, pembeli akan beli 1 hingga 2 ketul. Dibalut dengan kertas suratkhabar di bawa pulang ke rumah. Yang seronoknya, memurut yang pernah melalui kenangan ini, riuh rendah akan berlaku apabila sampai ke rumah kerana ais batu semakin mencair. Ya lah kayuh basikal 2km-3km hendak membelinya.
Apabila ekonomi keluarga semakin baik, peti sejuk dapat dimiliki dan perniagaan kecil-kecilan ais batu dimulakan di pintu dapur. Mulai saat itu, berakhirlah kemeriahan berlumba kayuh dengan laju ke rumah membawa ais batu yang mencair.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bukan dulu ada peti sejuk yang guna minyak gas ka?
kalau pakai minyak gas, busuk la ais
Post a Comment