31 July 2011
Thank you
Dato Tuan Guru Harun Taib : Tidak perlu ucap terima kasih atas pembebasan enam a
Posted on Friday, July 29 @ 20:59:44 PDT
" Kuala Lumpur, 30hb Julai 2011. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Yb Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib hari ini menegaskan bahawa tidak perlu untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membebaskan enam aktivis PSM.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita yang menyatakan bahawa pihak polis membebaskan 6 aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).
“ Kita mengalu-alukan pembebasan tersebut tetapi tak perlu kita ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana penahanan tersebut bertentangan dengan perlembagaan yang memberikan jaminan hak kebebasan kepada rakyat” tambah beliau.
“Nampaknya kerajaan sedar dan terpaksa akur terhadap kesalahan mereka dan akhirnya terpaksa membebaskan aktivis tersebut. Aktivis tersebut mempunyain haknya yang dijamin oleh perlembagaan dan kerajaan tak berhak merampas hak tersebut” ujar beliau yang juga adun Manir.
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=7706
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG / PRESIDEN PAS - Reaksi selepas Bersih 2.O
http://www.youtube.com/watch?v=5K5iR00kfhA
Dengan pertolongan AllahSsubhanahuwataala semua kita dibebaskan dan saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa pergi hantar sampai ke rumah. Saya ucap terima kasih banyak. Saya ucap terima kasih layanan yang baik bukan untuk saya saja.
Kalau mengikut rumus pembangkang, kedua dua keadaan adalah sama. Mereka dianiaya dari segi perlembagaan. Kunun. Tapi kenapa berbeza pandangan. Yang bestnya, Dato’ Harun Taib ni, tak telibat pun dalam kes EO6 ni. Kesian pulak bila ada yang tidak mencontohi Presiden sendiri.
Sgt takut bila insan berimej agama Islam dan diangkat sebagai Tok guru mengajar insan lain untuk menjadi keras, kurang ajar dan etc...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment