Petang tadi akibat salah perkiraan masa, aku berbuka dalam motokar. Limpahan kereta yang banyak membuatkan aku sangkut selama 50minit untuk perjalanan dari Muzium Negara hingga ke simpang Cheras. Lazatkan? Sudahla takdak persiapan kecemasan untuk berbuka. Kelam kelibut juga sat.
Bila saja nampak papan tanda E20 Mex Highway, lega sunggoh rasa. Kaki dah nak kebas dah pun. Setelah mengambil kira daya pegun dan inersia, dapat juga tarek hendbrek di kawasan rehat Sri Kembangan. Dengan RM3 di tangan, ayer kotak dan kek sempoi siap dibeli. Akhirnya selepas tol Putrajaya, sempurna sudah puasa hari ini.
Bukak posa pun dalam motokar aje. Selesai lebih kurang terus ke P2 Putrajaya yakni Param Putrajaya untok membli ayamgolsss. Sesampai sahaja di tapak Param, kelihatan masih ada yg shopping last minute. Yang menariknya, tak di pasangnya lampu. Main gagau gagau rabun ayam aje. Mengharap lampu jalan dan sinaran lampu motokar. Mungkin polisi Param, bisnesnya sampai azan Megorib ja kot. Aku pun tegagau gagau nak cari ayamgollss. Rezeki tak de. Habis. Penamat kisah, ayam percik 3 ketoi. Balas dendam tak dpat ayamgollss.
Di tapak satu lagi yang hanya dipisahkan sebatang jalan bersaiz premix projek ICU di kwasan luar bandar, terang benderang dengan lampu energy saving. Pasar malam rupanya. Mengambil alih aktiviti malam di kawasan luas depan MOF itu. Sungguh kontras dengan apa yang aku lalui mendapatkan ayam percik tadi.
Ini merupakan sebahagian perbezaan antara Param dan Palam. Semoga di bulan yg penoh barokah ini, peniaga Palam tidaklah palam harga sesuka hati.
No comments:
Post a Comment