18 August 2011

Bagaimana Gatekeeper dan Chief Editor membuat kerja mereka mengikut selera yang ditetapkan.



Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari." =)) ;)


Kadang-kadang kita ni hipokrit kerana dok kondem pihak lain dalam pelaporan kisah dan berita. Nak buat camana, masing-masing ada house style sendiri dan tuan yang perlu diturut. Kalau nak jugak kondem, buatlah self censorship. Tak payah baca kalau meluat. Aku senang semua aku baca tapi aku tak senang nak percaya semua.

Nak adil tunggu mati la. Jumpa di Akhirat. Adil nanti.

1 comment:

amoi said...

hahaha cek gelak sakan!tp mmg sungguh haihh