Ada dua kes yang berlaku sepanjang dua minggu ini yang sekali lagi berjaya membuka pekung kehebatan politikus Melayu.
Kisah benar #1 :
Isu JAIS dan Gereja. Pung pang pung pang secara tiba-tiba, ramai yang menyokong Tok Hassan akan tindakan beliau dengan JAIS tu. Aku pun sokong. Malah ada yang siap bagi kewajaran tindakan melalu hujah lunas undang-undang. Wah!! bagus. Aku pun tumpang bangga dengan kehebatan membuat kajian tambahan. ini yang antaranya kekuatanhujah penyokong dari semua lapisan:
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Baiklah, memang kuat dan hebat. Aku setuju. Habis satu hal.
Kisah benar #2 :
Larangan Guna Pembesar Suara Untuk Bacaan Quran Sebelum Subuh Di P.Pinang. Yang ini diterima dalam perasaan berbelah bahagi. Ada yang setuju. Ada yang pertikai. Ditambah kuah pedas bila Mufti Perlis dan bekas Mufti Perlis bersetuju dengan peraturan itu. Yang seronoknya, bukan fatwa pun sehingga dengan aku pun kena pening dengan laporan semua jenis media yang memetik kisah ini. Bukan fatwa pun.
Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka Baginda.
Ulasan Mufti melalui BERNAMA.com
Ada juga yang pertikai kenapa bekas Mufti Perlis tak kuatkuasa larangan yang sama semasa menjadi Mufti di Perlis. Bagi aku itu adalah perogatif mufti dan Raja Perlis untuk menguatkuasa larangan atau tidak. Mungkin ramai yang tak perasan ada satu nasihat yang tidak digazetkan mengenai pembinaan tugu 1Malaysia di Perlis
2011/06/03
KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan pembinaan replika tugu 1Malaysia sebagai suatu yang ditegah kerana amalan itu dikesan mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri menjurus kepada pemujaan al-Ansab atau berhala.
Ditanya sama ada larangan itu dibuat berikutan cadangan pembinaan tugu 1Malaysia di negara ini termasuk di Perlis, Juanda berkata, itu bukan motif utama keputusan terbabit dibuat.
“Tegahan dibuat Jawatankuasa Fatwa Perlis adalah berunsur nasihat dan bukannya satu fatwa, dengan motif untuk mengelak daripada kesucian dan keharmonian agama tercemar. Justeru, terpulang kepada pihak terbabit untuk menilainya,” katanya.
Jelas disini Kisah Benar #1 dan #2 berlaku dengan mengikut peraturan. Kenapa bila kes Tok Hassan dan JAIS susah payah hgpa ni bawak semua enakmen untuk bagi jadi betui (dah memang betui pun tindakan JAIS tu) manakala yang di Pulau Pinang tak setuju pulak?
Tu aku kata dalam MENGKHAWARIJKAN DIRI SENDIRI, jangan dipolitikkan kisah Pulau Pinang ini. Kan dah nampak kampong hgpa ni. Lihat gaya politik PKR, so internasionalaaaayyyyy hahahaha
No comments:
Post a Comment