18 August 2011
Baru 17 Tahun Dah Akkai Jenuh
PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.
Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.
Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
Baru umur 17 tahun perangai dah macam Mossad hehe. Kalau nak main emosi kat sini mestilah sebab dia cuba mengecoh mak bapak dia. Tai aku tak layan emosi. Ak tak bagatahu bahawa budak-budak sekarang dah advanced dalam tindakan. Maybe 25-40 tahun dulu, takat korek tabong dengan curi ayam jual di pekan dah cukup hebat. Kecoh jugak tu. Tapi sekarang skill pengecohan tu dah tahap mau tipu dan merancang seolah diculik. Memang ada dua tiga kes yang serupa. Nampak gayanya, mak bapak pula kena lebih berhati-hati mulai sekarang.
Kadang-kadang ada peruntukan undang-undang yang dilihat terlampau melindungi segolongan pihak. Aku pun tak fasih dalam undang-undang ini namun kalau dilihat dari kisah-kisah luar negara, budak-budak bawah umur yang terlalu dilindungi, telah menggunakan peruntukkan undang-undang ke atas mereka untuk memanipulasikan keadaan untuk melakukan jenayah.
Banyak filem filem Barat yang membawa kisah-kisah begini. Antaranya Joshua (2007). Filem ini mengisahkan budak yang mengalami masalah kejiwaan namun disebabkan di bawah umur, dia sentiasa dilihat tidak diberi layanan dan perlindungan yang sewajarnya oleh penjaganya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Umur 17 dah begini. Umur 40 mahu begitu jadinya
Post a Comment