16 August 2011

Hina kah?

Tulisan di bawah adalah perkongsian cerita oleh sahabat aku di sebuah jabatan kerajaan.


Dialog - 'Alaaa, diorang tu makan gaji buta' , 'org gomen memang lembab' , dan sebagainya memang sinonim dengan penjawat awam. Aku tak nafikan, kadang2 aku yang keje ngan gomen nih bleh naik hantu dengan karenah birokrasi yang kita sendiri buat hingga menyebabkan kerja menjadi lembab. Aku ada pengalaman 'panas hati' masa menguruskan gaji pegawai2 kontrak cawangan aku baru-baru nih! Tak pe la, aku akan terus berusaha untuk mengurangkan karenah birokrasi yang dibuat-buat nih!



Hari ni tergerak nak tulis pasal pengalaman Tawel, member aku yang jadik Pegawai Media Jabatan Penerangan skang. Pagi tadi ada sorang reporter/corespondent Agensi berita Asing/International call marah-marah dia. Sebab? Kononnya Jabatan Penerangan lambat buat Pas Media dia. Wah! Ayat Makian dia yang paling sedap ialah - 'I bayar Tax tau, So korang KULI kami' angkuhnya!



Tak kisah la, memang la kami penjawat awam kuli/hamba kepada rakyat. Tapi jangan la maki-maki! Selepas siasatan dibuat, rupanya PAS media dia dah lama siap dan kawan dia dah ambilkan. Siap dengar di Telefon kawan dia cakap "oiii aku dah ambih pas ko, ada dalam meja aku, lupa nak kasik tau" (aku translate ikut sesedap rasa la-diorang cakap omputeh, biasa la puak Inglish Spiking nih, keje dia nak salahkan orang jek, DIA KAN BAYAR TAX! hehehhe)



Bila dah tau salah dia, dia pun mintak maaf kat Tawel, Tawel cakap " Tu la brader, jangan ikut sedap mulut je maki orang, AKU PUN BAYAR TAX jugak. Mak bapak ko tak ajar sopan santun ke" Huh, sib baik Tawel. Kalau kene ngan aku mau kene PU dah hahahhahaha.



Brader and Sister, Kitorang yang keje gomen pun bayar Tax macam korang gak, apsal nak marah2? Kita sama-sama nak bangunkan negara melalui keje kita, tak kira la keje apa pun, sektor apa pun. Bagi aku gomen ke, private ke sama jek kalau individu tu ada sifat negatif!



Opppssss pasal TAX, korang bayar baper Income Tax? Kalau takat tiga ratus hengget setahun tak yah la nak cakap gomen staff kuli korang, duit korang tu buat longkang jek. Muehehehhe




Pegawai kerajaan sebenarnya sangat sukar untuk belasah balek akibat terikat dengan peraturan-peraturan dan mungkin boleh diadukan melalui Biro Pengaduan Awam. Walaupun pun hangat ati tu dah maqam ke lima tapi hemah pegawai awam ni dalam keadaan terbaik. Cuba bercakap diluar waktu pejabat dan di luar busana rasmi. Cuba cubalaaaah.

No comments: