14 August 2011
Mengkhawarijkan diri sendiri
Isu Fatwah larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di Pulau Pinang ni semakin menjadi menjadi diulas di sana sini. Ramai sunggoh yang terer tahap mufti dan ustaz-ustaz di Malaysia ni. Umum mengetahui bahawa kalau bab agama memang ramai yang jadi johan walaupun Suboh kadang-kadang ke laut jugek.
Kenapa hendak dipolitikkan isu ini? Sebab tak menyebelahi sepihak, maka perlulah kita politikkan secukup rasa. Baru sahaja diduga akan kisah JAIS dan Tok Hassan. Kita sendiri melihat bagaimana riaksi orang Islam di negara ini. Itu satu kisah. Then, muncul pula fatwa dari JHEAIPP.
Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.
Kalau JAIS kita bulat dan kontan mendokong tindakan mereka, eh kenapa nak double standard dengan Jabatan ini pulak? Mereka jugak mengeluarkan fatwa / arahan berdasarkan peruntukan yang sedia ada. Lorat aih!
Bagi aku, hormat keputusan JHEAIPP. Aku hormat Mufti Perlis. Aku hormat bekas mufti Perlis. Aku hormat juga orang yang pandai melabel Wahabbi segala. Aku juga hormat dengan golongan yang mengkhawarijkan orang lain. Aku juga tersangat respek dengan golongan yang juga secara tiba-tiba mengkhawarijkan diri sendiri.
FATWA MELULU. Demikian tajuk besar muka depan sebuah akhbar medium Bahasa Melayu arus perdana. Wajarkah begitu dimainkan rasa. Melulu tiu boleh diandaikan oleh non muslim bahawa keputusan fatwa Islam boleh begitu keadaannya. Aku rasa banyak lagi tajuk lain yang hensem dibaca.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang usianya rata-rata masih muda dan sedikit ilmunya. Perkataan mereka adalah sebaik-baik perkataan manusia, namun tidaklah keimanan mereka melampaui tenggorokan Maksudnya, mereka beriman hanya sebatas perkataan tidak sampai ke dalam hatinya . Mereka terlepas dari agama; maksudnya, keluar dari ketaatan – \sebagaimana terlepasnya anak panah dari busurnya. Maka di mana saja kalian menjumpai mereka, bunuhlah! Karena hal itu mendapat pahala di hari Kiamat.” (HR. Al Bukhari no. 6930, Muslim no. 1066)
Kalau yang ni pun dipolitikkan, adedede. Jum la pasang niat kita pi ramai-ramai solat Suboh di semejid. Aku pun sama kerana bulih kira dengan lidi solat Suboh berjemaah. Kalau dah beramai-ramai. the more the merrier. Show our might. Tu je. Err berapa ramai yang dah lama miss Sujud Sejadah? Cha habaq my sini?
Last sekali, aku nampak di sini adalah Fatwa. Fatwa ni adalah satu highest order/decision dari Islamic Authority. Bila jadi keadaan begini, berbeza pendapat dalam penyampaian kefahaman dan pentafsiran dalam hukum agama, malah dipolitikkan lagi, akan menjadi punca kepada perpecahan ummah. Seperti kata Prof Datuk Dr Abd Shukor Husin :
"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu"
Aku angguk juge. Tapi jangan dipolitikkan ler. Haih!!!
Kritikal kerana non politikal. Kalau politikal merapu pun tak mengape kehkehkeh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Selain azan sebelum fajar, berupa tasbih, melagukan dan mengeraskan bacaan dengan doa dan lain2 yg sama dengannya di tempat azan adalah tidak termasuk di dalam sunnah' (Al-Iqna)
dlm buku 'talbius iblis' karangan Abdurrahman al-Jauzi " dan saya lihat sendiri banyak orang yang berjaga di atas menara pada waktu malam buat memeberi nasihat dan pengajaran, berzikir dan membaca salah satu surah Al-Quran dengan suara keras, hingga mengganggu orang yang sedang solat tahajjud, semua itu termasuk barang yang mungkar"
Al-Hafidh dalam bukunya Al-Fath "dan apa yg dibuat2 orang berupa tasbih sebelum Subuh dan selawat nabi seblum Jumaat adalah tidak masuk dalam sunnah dan syarak"
dan tidak ada seorang pun di antara ulamak yang mngatakannya sunat, sebaliknya itu termasuk perbuatan yg bidaah yg dibenci, dari itu jangan lah seseorang memerintahkan demikian dan jangan lah pula seseorang meninggalkanya, janganlah membantu hal yg bidaah walaupun diberi rezeki dengannya(dibayar) kerana ianaya umpama membantu hal yg bidaah dan ianya menyalahi sunnah
bacaan ayat suci Al-Quran pada waktu pg seblum subuh adlah Sunnah, tp jgn la pula dikeraskan kerana dibimbangi akan mgganggu orang yg sedang tdur atau pun sedang bersolat tahjjud, Islam sgt mnjaga dalam khidupan berjiran dan Islam sgt menghormati hak orang bukan Islam, Islam memudahkan dan bukan menyusahkan. Wallahualam
Bidaah Hasanah? Wujud kah?
Saya ada mendengar satu ceramah Ustaz yang terkenal :
1) Beliau berpendapat Bacaan Al-Quran bersama Pembesar Suara BOLEH dibuat, tetapi sekadar beberapa minit sebelum azan subuh, mudah-mudahan ianya dapat mengejutkan orang tidur dan ada sedikit masa untuk bersiap-siap pergi ke masjid.
2) Bacaan Al-Quaran bersama pembesar suara yang terlalu lama sebelum subuh mungkin boleh mengganggu :-
i) Bayi2 kecil yang sedang tidur
ii) Orang yang bangun tahajjud - mungkin mereka tidur semula sehingga subuh agar tidak mengantuk
ketika bekerja di siang hari.
iii) Orang yang baru pulang kerja, keletihan dan mungkin hendak tidur sebentar sehingga subuh dan
sebagainya.
Secara hikmahnya bukan Al-Quran itu 'mengganggu' tetapi kelantangan suaranya sahaja. Al-Quran tetap sebuah kalam ALLAH yang teristimewa. Nabi SAW juga tidak menggalakkan kita membaca Al-Quran dengan suara yang LANTANG apatah lagi dengan pembesar suara yg kuat di waktu awal pagi.
Keputusan Majlis FATWA ini bukan dibuat sesuka hati mereka... Mereka adalah Ulama yg penuh ilmu di dada.... Wallahua'lam....
Bang Anon,
Kalau boleh bagi la nama, siapa ustaz yang terkenal itu. Zaman sekarang ni ramai ustaz segere dapat title :)
Sidang meja bulat NGO Islam yang semalam meluluskan 10 resolusi termasuk menggesa supaya isu berkaitan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam - Malaysiakini
Kariah masjid mesti faham apa itu pengurusan masa (time management) Kita tidak boleh jadikan Al-Quran seumpama alarm. Jika nawaitu kariah agar jemaah dapat ambil wuduk dan bermotor ke masjid sebelum azan... 1-2 minit untuk tarhim cukuplah...dah cukup panjang itu.
Post a Comment