05 September 2011

ETR330 - Berkedai Runcit





Gambar atas dan bawah : Kedai runcit berada di tengah-tengah. Kalau dilihat ada longgokan keratan batang pokok Pukul Lima. Masa aku berkedai, pokok ini selalu jadi mangsa tempat gantung pisang, poster pilihanraya, poster jadual pengagihan baja oleh MADA dan macam-macam lah.



Ini adalah satu catatan ringkas. Rasa nak mencatat ini lahir semasa pulang berAidilFitr di kampong minggu lepas. Mungkin akan ada sisipan dari kisah ini tetapi aku dahulukan yang ini. Yang itu sisipan sebenarnya sudah ada hendak dipadankan di blog ini. Cuma, bantuan berupa gambar maseh ditangan tuan punya kamera.

Jadi, mari kita sama-sama baca catatan ringkas ini. Aku semasa di bangku sekolah menengah mempunyai kelas tambahan selepas pulang dari sekolah. Sekolah aku ialah Sekolah Menengah Derma yang terletak 13km dari kediaman resmi aku di Simpang Empat, Perlis. Biasanya bila dah sampai ke kediaman resmi, rutin biasa didahulukan. Makan nasik, minum ayaq, baca paper, main dgn kucing dan sebagainya. Bila sampai jam 3 petang, aku akan mula ke kelas tambahan. Berniaga di kedai runcit Tok Ayah di Kuala Sungai Baru( salutasi untuk datuk aku). Biasanya kami bergilir pada masa petang. Aku take over dari jam 3.30 petang hingga 5.00 ke 5.30 petang. Selepas itu, biasanya kami berdua akan beregu menguruskan kedai kerana petang heavy traffic dengan dua buah kedai makanan yang mengapit kedai kami serta pelanggan tetap yang membeli kelengkapan untuk buat kueh mueh untuk esok harinya. Begitulah rutin hidup aku mulai 1988 hingga 1992 tanpa gagal. Bila aku dah naik Tingkat Enam, ada juga masa yang tak dapat commit sepenuhnya. Biasanya, sampai ke kedai dah hujung-hujung operasi. Dalam jam 5.00 petang. Kalau tiada pilihan, kedai akan tutup sementara antara 3.00 ke 5.00 petang kerana Tok Ayah aku pulang ke rumah. Kadang-kadang pengapit kedai runcit kami yang tolong tengok-tengokkan. Kalau diikutkan pengalaman, masa itu adalah paling kurang pelanggan yang datang.

Kedai runcit ini kalau nak meriah lagi bila ada kerani SPR buka meja di sini. Biasanya merka yang jadi kerani daftar pemilih. Ramai la yang hari-hari hendak mendaftar. Entah apa yang nak daftar tak tahu lah. Ada situasi paling meriah apabila Dr. Hamid Pawanteh pernah singgah minum. Rasanya musim pilihanraya 1990. Meriah sebab askar MB yang ramai hahaha.

Kedai runcit ini biasanya mengambil barang daripada pemborong runcit di pekan Simpang Empat. Biasanya kedai Hong Kang atau Kedai Pintu Dua. Ini adalah kedai yang sama. Diuruskan oleh dua beradik yang aku kenali sebagai Hong Kang dan Ah Ho. Keluarga mereka ini adalah kenalan keluarga aku sejak sekian lama. Tak hairan kalau Tok (salutasi untuk nenek aku) dapat cakap dialek Hokkien lebih Hokkien dari Hokkien. Aku ? Boleh la tampok tampok heheh.



Kedai runcit ini kalau tak silap tutup secara rasminya sekitar tahun 1994-1995. Syukur kerana aku dapat masuk ke kelas tambahan ini dan dari situasi ini aku dapat kenal adik beradik, saudara mara, rakan taulan yang bak kata orang, baling batu kalau kena kepala orang-orang Kuala Sungai Baru bukanlah orang lain melainkan adik beradik saudara mara semuanya.

Kini telah berubah, tiga lot kedai itu masih ada. Cuma jadi tak serupa kedai dah. Hanyalah seolah-olah dikekalkan sebagai pengimbas memori pada masa-masa itu.

Al Fatehah kepada yang dah pergi dijemput Illahi. Yang maseh ada, aklau aku jumpa aku akan sedaya upaya menegur dengan memanggil nama. Kalau aku tegur umum tu maaf maaf la ye!!!

Al Fatehah :

Tok Ayah, Tok Chik Daq, Tok Chik Luih, Tok Wa Seman, Tok Wa Som, Tok Ndak Ladin, Long Meh, Tok Njang Dat, Tok Njang Mud, Bang Li Aku…

1 comment:

Mat Gee said...

nothing but the good old times..............