09 September 2011
Stadium Datuk Sheikh Ahmad
Tiga gambar pertama sumber dari SINGA UTARA FAN CLUB
Padang ini pernah melahirkan pemain-pemain terbaik Perlis seperti Ali Osman, Aya, Saidin Osman, Tengu Aziz, Japilus Jahid, Ibrahim dan Musa Saad dan ramai lagi.
Antara pemain import yang best ialah Praduphan, Somkeat, Nakul Wattana.
Dulu kalau aku tak join tengok bola masa game petang jam 445 dengan Tok Ayah dan Tok Wa (Ishak Kassim), Tok Wa selalu pekunun kata Saidin tanya awat tak mai hahaha.
Petikan :
Sumber dari myperlis.com
Stadium Dato' Sheikh Ahmad Kangar terletak di Jalan Kolam di antara Sungai Perlis dengan kawasan Hospital Kangar. Kewujudannya adalah untuk menggantikan Padang Bandaran yang terletak tidak jauh dari tapak stadium berkenaan bagi pelbagai aktiviti sukan terutamanya pertandingan bola sepak. Kewujudan stadium ini adalah atas usaha bekas Menteri Besar Perlis yang pertama iaitu Allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim. Menurut bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perlis, Syed Hassan bin Syed Muhamad, tapak stadium itu adalah milik seorang pembesar Negeri Perlis ketika itu iaitu Allahyarham Tengku Abdullah. Rumahnya terletak di tengah-tengah tapak stadium berkenaan. Pada masa itu hanya terdapat tiga buah rumah sahaja di kawasan terbabit, termasuk sebuah rumah milik anak Tengku Abdullah bernama Tengku Chik dan sebuah lagi diduduki oleh warga British dikenali sebagai Tuan Pascor iaitu sekitar tahun 1920an. Setelah wujudnya stadium baru, kawasan stadium Dato' Sheikh Ahmad telah dijadikan Dataran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment