07 September 2011

Suku Anak Dalam/Kubu

Dah lama aku nak cari info mengenai mereka. Asal-asalnya pemilik blog ini yang bercerita sikit-sikit kepada aku mengenai mereka. Rencana mengenai mereka ditayangkan dalam slot National Geographic melalui slot Tribe kalau tak silap aku. Aku suka juga kalau melibatkan sosiologi dan cerita-cerita mengenai suku kaum. Setelah mendapat ruang untuk bertenang-tenang, aku share sedikit sedikit sebanyak yang aku rasa menarik mengenai mereka. Selebihnya boleh ke punca maklumat berkenaan.

Berikut adalah yang aku rasa menarik dikongsi secara terus di sini :

Seloko dan Mantera

Kehidupan Suku Anak Dalam sangat dipengaruhi oleh aturan-aturan hukum yang sudah diterapkan dalam bentuk seloko-seloko yang secara tegas dijadikan pedoman hukum oleh para pemimpin Suku, khususnya Tumenggung dalam membuat suatu keputusan. Seloko juga menjadi pedoman dalam bertutur kata dan bertingkah laku serta dalam kehidupan bermasyarakat Suku Anak Dalam. Bentuk seloko itu antara lain:

1. Bak emas dengan suasa

2. Bak tali berpintal tigo ( seorang Menteri Kanan di Malaysia gemar dengan Tiga Sepilin. Sama lah tu )

3. Yang tersurat dan tersirat

4. Mengaji di atas surat

5. Banyak daun tempat berteduh


6. Meratap di atas bangkai

7. Dak teubah anjing makan tai (kebiasaan yang sulit di ubah )

8. Dimano biawak terjun disitu anjing tetulung (dimano kita berbuat salah disitu adat yang dipakai).

9. Dimano bumi di pijak disitu langit di junjung (dimana kita berada, disitu adat yang kita junjung, kita menyesuaikan diri)

10. Bini sekato laki dan anak sekato Bapak (bahwa dalam urusan keluarga sangat menonjol peran seorang laki – laki atau Bapak )

11. Titian galling tenggung negeri (Tidak ke sini juga tidak kesana/labil)

Seloko-seloko adat ini menurut mereka tidak hilang dan tidak bias (berubah). Seloko-seloko adat dan cerita asal usul mereka adalah cerita Tumenggung Kecik Pagar Alam Ngunci Lidah yang usianya pada saat laporan ini dibuat sekitar 80 tahun lebih.

Sambung di sini

Sumpah itu adalah sebagai berikut:

“Ke mudik dikutuk Rajo Minangkabau, ke hilir kena kutuk Rajo Jambi, ke atas tidak berpucuk, di tengah-tengah dimakan kumbang, kebawah tidak berurat, ditimpo kayu punggur” (Kembali ke Minangkabau dikutuk Raja Minangkabau, ke hilir dikutuk Raja Jambi, ke atas tidak berpucuk, di tengah-tengah dimakan, kumbang, ke bawah tidak berakar, ditimpa kayu lapuk).


Aku suka baris-baris sumpah ini kerana kalau disumpah tiada harapan walau di mana anda berada. Hehe
Sambung di sini

No comments: