28 December 2010

17 Keturunan Dengki hahaha

** Aku juga cedok daripada (*) di bawah (Mat Zam)

* Ini bukan gua yg tulis...gua cedok dr sokernet.blogspot.com tulisan Lucius Maximus. Semoga dapat belajar sejarah. Dulu masa sekolah malas!!!




“Kalau kita lapar itu biasa. Kalau kita malu itu juga biasa. Tapi kalau kita lapar atau malu, itu karena Malaysia, kurang ajar!” – Bung Karno



Apaan sih yang kurang ajar? Kerana lapar dan malu? Kalau Indonesia lapar atau malu itu masalah Indonesia sendiri. Jangan tunding jari pada negara lain dan jadikannya sebagai kambing hitam.



Cerita bagaimana Indonesia sentiasa menjadikan Malaysia kambing hitam bukan benda baru. Bukan baru berlaku apabila Markus (penjaga gol Indonesia) dilaser para Ultraman Malaysia. Bukan juga berlaku pada tahun 1962 saat Sukarno tidak puas hati dengan pembentukan Malaysia dan terbantutnya cita-cita beliau menakluk Sarawak, Sabah dan Brunei yang digelarnya Kalimantan Utara. Cerita Indonesia tidak puas hati dan berdendam dengan Malaysia jauh lebih lama dari itu.

Kita kembali pada sejarah secara ringkas. Lama sebelum adanya Indonesia dan Malaysia, telah wujud terlebih dulu Empayar Srivijaya. Srivijaya ini letaknya di Palembang, Sumatera. Ia adalah empayar Melayu yang pertama, terbentuk pada kurun ke-7 dan menguasai seluruh Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dari kepulauan Riau, Singapura hingga menganjur ke selatan Siam dan juga bahagian timur Jawa. Dari Srivijaya inilah berkembangnya tamadun Melayu awal dan dari keturunan raja inilah munculnya Parameswara, pengasas Kesultanan Melayu Melaka.



Namun pada kurun ke-13 ada kuasa baru muncul di Jawa, bermula dengan nama awal kerajaan Singhasari yang pastinya dipelopori oleh bangsa Jawa itu sendiri. Mereka bangkit menyaingi Srivijaya dalam siri peperangan yang berlarutan lamanya. Singhasari kemudiannya berubah menjadi kerajaan Majapahit dan persaingan Srivijaya-Majapahit berterusan pula.



Konflik Srivijaya-Majapahit bukan sekadar persaingan Melayu-Jawa. Ia juga persaingan agama. Persaingan antara ajaran Buddha di pihak Srivijaya dan Majapahit yang mahu menegakkan syiar Hindu di Asia Tenggara. Tanggal 1377, Srivijaya akhirnya tunduk pada tampuk kekuasaan Majapahit.



Dari Palembang, takhta Srivijaya atau apa yang tinggal dari sisanya berpindah ke Temasek (kini Singapura). Pemberontakan oleh saki-baki tentera dan wilayah yang setia pada Srivijaya berterusan untuk beberapa tahun lamanya hinggalah pada tahun 1401, bila Majapahit menyerang Temasek untuk menamatkan pemberontakan tersebut. Pewaris takhta Srivijaya di Temasek ketika itu, Parameswara namanya, lari ke Semenanjung Tanah Melayu di tempat yang kemudian dinamakan Melaka.



Dan begitulah seterusnya. Majapahit tumbang, begitu juga Melaka. Penjajah datang dan pergi. Akhirnya Indonesia merdeka dan Malaysia terbentuk. Kemudian Sukarno ‘butthurt’, menjerit Ganyang Malaysia dan tercetus Konfrontasi. Konfrontasi tamat 1966, Sukarno digulingkan dan Malaysia beroleh kemenangan moral. Selebihnya Indonesia sentiasa menyimpan dendam pada Malaysia, kalau mereka lapar, kalau mereka malu, kambing hitamnya ialah Malaysia. Kalau kalah bolasepak, kambing hitamnya Ultraman dari Malaysia yang memancar sinaran laser kepada Markus Si Botak.



Indonesia hari ini adalah jelas reinkarnasi (kelahiran semula) Majapahit. Malah itulah yang sebenarnya menjadi pegangan dan aspirasi Sukarno awal penubuhan Indonesia. Dan itulah yang dilihat oleh pejuang-pejuang kemerdekaan wilayah bergolak Indonesia hari ini, baik Gerakan Aceh Merdeka atau Organisasi Papua Merdeka, bahawa Indonesia hari ini tidak lebih dari sebuah kesinambungan Majapahit atau dalam istilah hari ini, Imperialisme Jawa.



Dan Malaysia, kita selalu melihat diri kita sebagai kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka. Itu silap. Yang sebetulnya kita harus melihat diri kita sebagai pewaris kesinambungan Srivijaya. Jangan setakat berbangga dengan Islamnya Melaka tapi malu dengan Buddha Vajrayana dari Srivijaya dulu.



Dan satu-satunya pemimpin Malaysia yang pernah berani menuntut hak-hak kita sebagai pewaris Srivijaya dulu ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Nama glamer beliau, King Ghaz.



King Ghaz lahir di Kuala Lipis, Pahang. Tapi beliau tidak ada kena-mengena dengan Pipiyapong, bau bacang pun jauh sekali. Beliau antara individu yang bertanggungjawab dalam pembentukan Malaysia melalui penglibatannya dalam Suruhanjaya Cobbold. Usai terbentuknya Malaysia, King Ghaz menjadi wakil tetap Malaysia ke PBB. Dan Malaysia pula terpilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Lagilah Sukarno dan seluruh Indonesia ‘butthurt’.



Sebagai wakil tetap Malaysia di saat Konfrontasi memuncak, King Ghaz lantang bersuara mengutuk perbuatan terkutuk Indonesia menyerang Malaysia. King Ghaz dan Malaysia mencipta sejarah sebagai negara pertama di dunia yang menyeludup masuk senjata ke dalam Majlis Keselamatan PBB, mengejutkan para pengawal keselamatan. Senjata tersebut milik tentera Indonesia, diseludup masuk dalam usaha Malaysia mendedahkan pembohongan Sukarno kononnya mereka yang menyerang Malaysia ialah gerila dan sukarelawan Indonesia, bukan tentera Indonesia.



Dan seperkara lagi yang mungkin tidak pernah diceritakan dalam buku sejarah sekolah, ialah bagaimana King Ghaz sebagai wakil Malaysia pernah mengusulkan kepada Amerika Syarikat satu rancangan sulit untuk menghancurkan Indonesia. Dalam perbincangan King Ghaz dengan dengan Setiuasaha Politik dari Amerika Syarikat, beliau memaklumkan Malaysia boleh sahaja mempengaruhi pemberontak di Sumatera dan Sulawesi untuk bangun menentang Indonesia. Dengan bantuan Amerika Syarikat, Indonesia akan berpecah kepada wilayah-wilayah kecil di mana Malaysia kemudiannya bersedia untuk mengambil alih wilayah tersebut untuk diserap dalam Persekutuan Malaysia.

Dalam erti kata lain, cadangan King Ghaz ialah memindahkan pusat pemerintahan dari Jakarta ke Kuala Lumpur. Maknanya Indonesia bubar dan Malaysia ambil-alih wilayahnya, atau berakhirnya Majapahit dan kembalinya era Empayar Srivijaya.



Tapi seperti termaktub dalam sejarah, Amerika Syarikat akhirnya menemui sekutu dalaman untuk dijadikan proksi bernama Jeneral Suharto. Sukarno digulingkan dan Suharto menjadi Presiden dan bermulalah Orde Baru. Malaysia pula kekal ke hari ini selepas cita-cita Sukarno untuk Ganyang Malaysia dan menakluki seluruh Borneo gagal.



Namun bayangkan, jika Amerika Syarikat tidak menemui proksi bernama Suharto untuk menggulingkan Sukarno mungkin negara Uncle Sam itu akan menerima cadangan King Ghaz dan Malaysia. Dan itu berlaku maka tidak adalah Indonesia sebaliknya yang ada ialah Malaysia Raya. Dan pada 26 & 29 Disember kita tidak perlu bermain bolasepak melawan skuad Garuda.



Apa kena-mengena cerita ini semua dengan perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini? Tidak ada kena-mengena sangat sebenarnya. Melainkan untuk kita semua memahami kenapa Indonesia sangat dengki dan benci kepada Malaysia dari dulu hingga sekarang. Macam aku katakan tadi, perasaan ini semua muncul dari ribuan tahun dulu, Indonesia lawan Malaysia ialah Majapahit lawan Srivijaya, Jawa lawan Melayu dan pernah pada satu masa, Hindu lawan Buddha.



Dan sebetulnya, atas semangat King Ghaz dan Kuala Lipis Hardcore, kita juga perlu tanam sentimen yang serupa. Tidaklah sampai berperang atau berbunuhan, tapi paling tidak dalam bolasepak kita perlu serapkan semangat patriotisme dan unsur politik.



Macam bila England bertemu Scotland, atau Perancis atau Jerman. Negara Rio Ferdinand ini pernah berperang dan bersaing dalam lipatan sejarah beribu tahun lamanya dengan negara-negara tersebut. Atau bila negara Argentina bertemu Brazil, keduanya kuasa besar Amerika Latin dan sentiasa mahu jadi yang terklasemen di benua masing-masing. Atau bila England menghadap Argentina dan semboyan Perang Falkland didendangkan. Tidak perlu aku sebut tentang Jepun lawan China atau Korea Selatan (dan juga Utara), tentang sentimen disebaliknya. Atau Afrika Selatan lawan Mesir atau Mesir lawan Algeria, apa lagi Iran lawan Iraq atau paling hebat, Amerika Syarikat.

18 December 2010

Silent majority

Bagaimana untuk mentafsirkan perkara yak yaey menjadi outcome yang baik?  

Selama ni, macam macam cerdik pandai  yang hebat daripada tahap akademik mereka, yang kurang cerdik tetapi disuap oleh golongan pertama pun kadangkala tumpang sama untuk sama sama cerdik dan meluah rasa. Bak kata orang Serbia, berdiri sama rendah duduk sama tinggi. Kununnya. 

Bagaimana golongan bodoh? mereka sebenarnya lebeh pandai dan lebih cerdik serta lebeh tinggi martabat daripada golongan cerdik dan golongan kurang cerdik yang menumpang cerdik akibat suapan melulu golongan cerdik macam macm ini. Golongan bodoh ini sempoi sebenarnya. Mereka ini sangat laku dan mahai rego untok dibeli akibat daripada mereka dirasa bodoh oleh golongan cerdik pandai. 

Dipandang sinis oleh golongan kurang cerdik kerana depa rasa tidak lah bodoh cam hgpa. Hgpa bodoh mereputttt.  

Kenapa golongan bodoh ini laku dan mahai regonya? Mereka ini bodoh. Bisu dan pekak. Diam mcm batu. Pemalas nak join dua golongan awal. Bebal. Tak tau apa apa. Bongok kan? Mereka mahai dan sangat laku kerana mereka ini silent circle. Silent majority. 

Sebodoh bodoh golongan ini, teori Spiral of Silence by Elisabeth Noel Newman rasanya tak terapply untuk golongan bodoh sebegini. Buat sakit hati ja nak kaji. 

Zaman la ni, kalau tak kena isu, pusaq kesenyapan pun jadi tak ketahwan hala. Kadang kadang pusaq kuat kadang menten pusaq lagi kuat. Tak pelan pelan pun. Ibarat bomoh, bila pesakit kurang meracau maka dihantar hantu hantu lagi untuk meninggikan decibel racauan pesakit. 

Kuasa silent majority sangat kuat. Walaupon depa bodoh piang. 

17 December 2010

19.12.2010 AHAD. Kuala Lumpor banyak jalan katop

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 30 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat bagi memberi laluan kepada acara Larian Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, Ahad ini.

Program itu dianjurkan bersama Standard Chartered Bank, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (POAWP) dan Golazo Sdn Bhd.

Antara jalan terbabit termasuk Jalan Raja, Jalan Hishamuddin, Jalan Travers, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Syed Putra, Jalan Loke Yew, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan P Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Duta, Jalan Sultan Salehuddin, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan beberapa lagi jalan utama di ibu kota.

Dataran Merdeka dipilih sebagai tempat pelepasan dan tamat larian dan ia akan mula ditutup pada petang Sabtu sebelum berlangsungnya kejohanan bagi tujuan pemasangan kanopi.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Nor, berkata seramai 350 anggota trafik dan petugas DBKL akan dikerah pada hari terbabit bagi mengawal keselamatan dan juga membuat kawalan lalu lintas.

Katanya, jalan akan ditutup 15 minit sebelum pelepasan dan ia akan dilakukan secara berperingkat bergantung kepada arah laluan.

“Pelepasan larian pada kali ini bermula pada jam 5 pagi, 6 pagi, 7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi dan 8.45 pagi.

“Tujuan penutupan jalan adalah untuk memastikan keselamatan peserta dan kami meminta kerjasama dari pemandu kenderaan untuk tidak masuk ke pusat bandar dalam tempoh berkenaan supaya kejohanan berjalan lancar.

“Pemilik kenderaan juga diminta tidak meletakkan kenderaan di laluan terbabit bagi melicinkan perjalanan dan jalan dijangka kembali dibuka pada jam 12 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Golazo Sdn Bhd, Rainer Biemans, berkata maraton kali ini terdiri daripada tujuh kategori iaitu 42 kilometer (km), 21km, 10km, 5km, 3km dan 950 meter.

Terlahir hero baru.

Kelana Jaya.

Kemarin di Parlimen berlaku kalam kabut yang pada hemat dokter sengaja dikelamkabutkan. Suka tengok MP PR yang beramai ramai keluar dan membawa kad poster yang seragam dan cantik sekali. Dicetak cantik cantik dan dijulang dengan teratur. Sepakat. Teratur dan terancang. MP PR sudah boleh mengagak keputusan Speaker, maka wajar mereka bersiap sedia untuk melahirkan rasa cemuih itu.

Jadi, keriuhan ini sudah dirancang. Nak bagi nyaman lagi, team dari luar pulak datang.

Wah! Banyak berita dapat ditulis. Dari dalam, dari luar, individu terlibat, pak menteri dan para ahli akademik. Ulas ulas dan pulas.

Penggantungan ini hanya akan melahirkan juruchakap dan hero hero PR yang baru. Suara tok guru akan disampaikan melalui hero hero baru mereka.

Yang dok ada ni pun, jenuh betepih. Nak hadap platoon baru pulek?

Peraturan tatap peraturan. Lawan tatap lawan. Hadap? Jangan tak hadap. Hahaha. Masing masing tak paham peraturan. Kalau dress code pun tak paham. Tak pahamlah.

Tak pahamlah dokter. Tulong pahamkan.


Masjeed Jamek.

16 December 2010

Parlimen Malaysia,. Bangunan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur.


We will consider new occupants but;
we don't need new team, but consider new staff; and
we don't even need new set-up, but consider new volunteers. Buck up lads!!!

POP terbaru - W.I.K.I.T.I.R.I.H (Wikileaks)



Negara sebelah laut China Selatan dan Lautan Teduh sedang dilanda pop terbaru. Bukan K Pop, J Pop, Ice Pop atau sebagainya, tapi Pop Wikitirih. Hebat sunggoh Pop W. ini. Diperkatakan dari semasa ke semasa ke semasa ke semasa. Setiap masa sunggoh. Sunggoh mempunyai masa untuk memperkatakannya.

Yang menariknya, berita berita ini dipetik oleh media arus perdana. Seolah olah berita yang benar lagi benar.

Adakah benar semua sumber itu atau planted in the Wikitirih atau hanya sebagai bual bual kopi atau andaian andaian untuk mencerna fikiran luar kotak?? Penulis kadang kadang rasa seperti media arus perdana ini sudah tahap media nyamok. Sensasi melangkau benar.

Last last semua dok mula berbalah sesama sendiri. Haru biru. Ditambah dengan media yang seronok sangat nak petik semua ini. Ini Wikitirih lebih kepada pecah belah, gugat harmoni sesama manusia, kerajaan dan kepercayaan.


Untuk bersensasi lagi : Giroskop TRS-500 ni seronok juga.

15 December 2010

Let's All Go to Bukit Jalil tonite


Jam 2000 sepak mula pertandingan sepak bola Piala AFF 2010. Harimau Malaya melawan Vietnam. Vietnam juara bertahan. Malaysia pula dah tak tahan nak jadi juara. Sunggoh berbeza.

Dilaporkan pada pagi tadi sudah 22 ribu teket sudah siap berpindah tangan. Pindah dari kaunter ke tangan atau dari tangan ke tangan. Sudah melihat LRT sudah penuh dengan penyokong kedua pasukan.

Selamat bersukan. Dokter hanya di kaca tv. Bulih berkacang kacangan dan mengopi ngopi.

360 Game



KUALA LUMPUR, 15 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta pemimpin Barisan Nasional mengotakan janji dengan tidak melakukan rampasan kuasa sekiranya mereka kalah dalam PRU ke 13 akan datang.

Ini penting bagi membuktikan BN benar-benar menghormati demokrasi di Malaysia, kata ketua penerangannya, Fadhil Othman (gambar).

Katanya, kenyataan Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden PAS yang menjangka BN akan melakukan rampasan kuasa sekiranya kalah adalah suatu bayangan atau persepsi berdasarkan ucapan dari Perdana Menteri sendiri.

Dalam kenyataan awal, Perdana Menteri telah meminta rakyat agar tidak memilih parti selain BN. Dalam hal ini, seolah-olah Perdana Menteri enggan mengiktiraf kewujudan parti politik selain BN sedangkan inilah amalan demokrasi yang sihat yang membenarkan kewujudan parti-parti politik bertanding dalam pilihanraya.



Ini adalah usaha untuk menerapkan persepsi kepada komrad komrad supaya menjadi risau pada masa hadapan. Hebat 360 game sahabat PAS ni. Kalau begitu tak payah la susah susah buat kenyataan begini. Biarkan Barisan Nasional kekal memerintah Malaysia kerana memang tak berlaku sebarang kudeta pun. Rilek ja. Kelantan 20 tahun lebeh dah. Ok jer.

Tak susah pun nak jadi RASIS


1. DATUK DR. HASSAN AHMAD
Kaum bererti ras yang menurut takrif ilmu antropologi bererti kaum yang anggotanya mempunyai ciri-ciri dan rupa bentuk fizikal yang pada keseluruhannya sama termasuk mengamalkan adat resam iaitu ciri-ciri budaya yang sama.
Kalau orang Melayu berkata dia 'megah bangsa' atau 'bangga bangsa' menjadi Melayu, ini adalah kesedaran sosio budaya. Tiada kaum yang tidak mempunyai perasaan 'megah kaum' atau 'megah bangsa' itu.
Bangsa Cina (di negeri China), bangsa Jepun, bangsa Korea dan semua bangsa lain di dunia mempunyai perasaan megah atau bangga bangsa sendiri.

2. WIKIPEDIA
Rasis :
1. a belief or doctrine that inherent differences among the various human races determine cultural or individual achievement, usually involving the idea that one's own race is superior and has the right to rule others.
2. hatred or intolerance of another race or other races.

3. Historical definitions of race have varied across cultures and over time, and have been controversial for social, political and scientific reasons. Until the 19th century, race was thought by many to constitute an immutable and distinct type or species which shared particular racial characteristics, such as body constitution, temperament and mental capacities. These distinct races were popularly thought to constitute a hierarchical chain of life known as the Great Chain of Being, which was said to have been created by God, and which often saw the white, European races as closest to God in perfection.
The word "race", interpreted to mean common descent, was introduced into English in about 1580, from the Old French rasse (1512), from Italian razza, which may have been derived from the Arabic Word "ras" "رأس" meaning the head of someone or something. In this context, "ras" points to the root or the head of selected species. The etymology can be further traced back to Latin gens or Arabic "gens" "جنس" meaning (clan, stock, people) and genus (birth, descent, origin, race, stock, family) cognate with Greek genos (γένος) "race, kind," and gonos "birth, offspring, stock [...]." [1]



Rasa bangga atas bangsa keturunan, jati diri, cara makan, minum, berpakaian, berfikiran, kelompok kecik dan pergaulan memang akan wujud dalam perasaan kita, Cuma lebih bersifat dormant di dalam hati.

Bagi dokter, untuk menjadi rasis sangat mudah. Sekiranya kita tahu kita punya bangsa keturunan, jati diri, cara makan, minum, berpakaian, berfikiran, kelompok kecik kita dan pergaulan. Secara mudah. Tetapi setahap mana tembok rasis itu tinggi rendah, tebal atau nipis adalah bergantung dengan faktor sekeliling. Seseorang akan menjadi sangat rasis kalau perkara perkara yang melibatkan bangsa keturunan, jati diri, cara makan, minum, berpakaian, berfikiran, kelompok kecik dan pergaulan diusik usik oleh golongan yang bukan daripada bangsa keturunan, jati diri, cara makan, minum, berpakaian, berfikiran, kelompok kecik dan pergaulannya.
Bila hati ada sikit rasa, rasa rasis akan timbul. Rasis ini ada dalam mana mana jiwa manusia dengan sharat manusia itu sangat faham dan maklum dengan bangsa keturunan, jati diri, cara makan, minum, berpakaian, berfikiran, kelompok kecik kita dan pergaulan.

Yang menjadi isu pada masa ini, ada kelompok manusia yang kenal bangsa keturunan, jati diri, cara makan, minum, berpakaian, berfikiran, kelompok kecik dan pergaulan tidak mengambil hal sangat mengenai rasa rasis ini. Akibat daripada beberapa peristiwa yang berlaku, perasaan itu timbul dan mula menjadi satu agenda dalam hidup seharian. Tengok batang tubuh orang tertentu dah merosak perasaan. Diushar lebih sudah tergugat perasaan. Sakit ini boleh kronik tuan tuan.

Rasa rasis ini kalau diusik berlebihan dan bertambah tambah, pecah badan dibuatnyer.

Tak susah pun nak jadi RASIS. Tapi tahap mana RASIS tu kena nilai ler...

Kaum, bangsa dan rakyat Malaysia - DATUK DR. HASSAN AHMAD

'BANGSA MALAYSIA' tidak sesuai digunakan di negara pelbagai kaum etnik. Istilah yang lebih sesuai adalah rakyat Malaysia. Kita semua adalah rakyat Malaysia, tidak kira kaum etnik atau bangsa.


DARI segi implikasi makna sosiobudaya dan sosiopolitik, istilah kaum, bangsa dan rakyat tidak sama maknanya. Kaum bererti puak atau golongan yang bermacam-macam jenisnya - ada 'kaum tua' dan 'kaum muda', ada kaum atau puak (atau mazhab sunnah atau puak syiah), ada kaum atau 'golongan kiri' dan 'golongan kanan' (istilah Barat), dan banyak lagi.


Semua jenis kaum atau golongan yang tersebut itu tidak mengira bangsa atau etnik yang menjadi tali atau faktor yang mengikat keanggotaan kaum itu adalah fahaman bersama mereka tentang sesuatu hal, baik ideologi atau lain-lain.Tetapi ada juga kaum yang keanggotaannya terdiri daripada keturunan etnik atau bangsa yang sama. Misalnya, di Malaysia - ada kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.


Jadi, kaum juga boleh bererti race atau ras yang menurut takrif ilmu antropologi bererti kaum yang anggotanya mempunyai ciri-ciri dan rupa bentuk fizikal yang pada keseluruhannya sama termasuk mengamalkan adat resam iaitu ciri-ciri budaya yang sama.
Dari segi ini, kaum juga boleh bererti 'suku kaum' atau tribes atau tribal groups.


Kalau mengikut konsep sosiopolitik Barat, kaum bererti golongan etnik yang tidak mempunyai negara atau 'state', misalnya kaum gipsi di Eropah atau kaum Yahudi di merata Eropah yang tidak mempunyai negara (sebelum Israel ditubuhkan).


Menurut konsep itu, bangsa atau nation dikaitkan dengan negara atau 'state'. Konsep ini tercetus di Eropah setelah lahir perasaan atau kesedaran nasionalisme bangsa-bangsa Eropah yang sampai kemuncaknya pada zaman Nazi dalam tahun 1930-an iaitu apabila Hitler cuba mewujudkan sebuah 'nation-state' atau negara-bangsa Jerman 'super race', negara yang terdiri daripada penduduk bangsa Jerman tulen sahaja.


Maka berlakulah gerakan membersihkan negara Jerman itu daripada semua kaum bukan keturunan bangsa Jerman tulen dan asli. Kaum yang menjadi sasaran gerakan pembersihan etnik itu adalah gipsi dan Yahudi, yang dianggap kaum merempat yang tidak mempunyai 'negara' sendiri.


Konsep atau ideologi 'nation-state' yang bererti negara yang terdiri daripada satu bangsa sahaja itu secara ironinya sedang dibina oleh kaum Yahudi di Israel. Mereka mahu dan sedang membina sebuah 'negara-bangsa' Yahudi, iaitu Israel yang penduduknya terdiri daripada satu bangsa sahaja, iaitu bangsa Yahudi.


Semua kaum lain akan dihapuskan atau kalau tidak dihapuskan mereka akan dijadikan kaum kelas kedua atau ketiga, kaum yang tidak akan diberikan hak dan layanan yang sama dengan 'bangsa Yahudi tulen'.


Saya katakan ini adalah situasi yang ironis kerana apa yang dilakukan oleh Nazi terhadap kaum Yahudi dalam kempen Hitler untuk menubuhkan negara-bangsa Jerman yang tulen kini sedang dilakukan oleh kaum Yahudi di Israel.


Bagaimana keadaan di Malaysia? Suatu hal yang perlu dijelaskan adalah, kalau mengikut takrif sosiopolitik Barat, seperti yang tersebut tadi, orang Melayu sudah menjadi bangsa atau nationsejak ratusan tahun dahulu, tidak hanya merupakan kesatuan etnik yang disebut 'kaum' sama seperti kaum-kaum lain di negara ini atau di rantau ini.


Alasannya adalah orang Melayu sudah mempunyai negeri atau negara sejak sekurang-kurangnya tertubuhnya kerajaan Melayu-Islam Samudera-Pasai dalam abad ke-13, menggantikan kerajaan Melayu-Srivijaya.


Kita lihat bagaimana, sebelum dan sejak abad itu, orang Melayu berkembang dari tahap satu kaum etnik Melayu menjadi satu kesatuan umat yang besar, merentas segala macam sempadan etnik dan sub-etnik Melayu setempat dan daerah, mendirikan kerajaan, membina negeri atau negara, siap dengan segala institusi undang-undangnya, sistem pentadbirannya, sistem keselamatan dalam negerinya, sistem pertahanannya, dan sistem pengurusan perdagangan di Selat Melaka, selain membina korpus ilmu dan persuratan yang cemerlang mulai abad ke-15 sampai ke puncak yang gemilang dalam abad ke-17 dan ke-18. Ia tidak sahaja di kawasan yang disebut 'Tanah Melayu' tetapi merentas sempadan di seluruh rantau yang orang Barat sebut the Malay Archepelago.


Bahasa yang digunakan untuk membina tamadun itu bukan dialek-dialek daerah bahasa Melayu tetapi adalah bahasa Melayu kebangsaan atau bahasa Melayu persuratan. Raffles menggunakan istilah 'the Malay nation', iaitu bangsa Melayu, tidak suku kaum Melayu.


Bangsa Melayu itu tidak lenyap, tidak terpecah atau dipecah-pecahkan menjadi kaum atau suku-suku kaum seperti kaum 'Red Indian' di Amerika, setelah datangnya tiga kuasa penjajah Barat iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris mulai awal abad ke-16 sehinggalah bangsa Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 di Tanah Melayu.Negeri-negeri Melayu dan kerajaan Melayu di Semenanjung Malaysia yang disebut Persekutuan Tanah Melayu dahulu, kekal hingga hari ini.


Bagaimanapun, istilah bangsa itu dari segi implikasi makna politiknya dalam sejarah tamadun bangsa Melayu lebih merupakan entiti atau kesatuan sosiobudaya, tidak dari segi makna politik-legalistiknya.


Kalau orang Melayu berkata dia 'megah bangsa' atau 'bangga bangsa' menjadi Melayu, ini adalah kesedaran sosiobudayanya. Tiada kaum yang tidak mempunyai perasaan 'megah kaum' atau 'megah bangsa' itu.
Bangsa Cina (di negeri China), bangsa Jepun, bangsa Korea dan semua bangsa lain di dunia mempunyai perasaan megah atau bangga bangsa sendiri.


Bagaimanapun, orang Melayu mempunyai istilah lain untuk membezakan diri mereka sebagai 'bangsa Melayu' dari segi makna sosiobudaya dengan konsep rakyat dari segi makna 'politik-legalistiknya'. Sejak negeri atau negara Melayu yang terawal ditubuhkan, penduduk dalam negeri itu disebut rakyat.


Pada zaman itu, rakyat bererti rakyat Melayu yang taat kepada raja dan negeri Melayu. Syarat untuk menjadi 'rakyat Melayu' di negeri Melayu atau rakyat raja Melayu itu adalah mereka yang berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam.
Pada zaman ini, istilah rakyat boleh disamakan dengan konsep 'warga negara'. Konsep atau istilah rakyat atau warga negara ini tidak sama lagi dengan konsep bangsa.


Apabila saya berkata bahawa saya adalah bangsa Melayu, ia merujuk kepada dua taraf saya iaitu pertama taraf dari segi asal usul sosiobudaya saya, dan kedua merujuk kepada taraf saya sebagai bangsa atau rakyat yang berasal dari negara atau negeri Melayu yang sudah ada di Tanah Melayu ini sejak ratusan tahun dahulu. Ertinya, nenek moyang saya tidak berasal dari negeri atau negara lain.
Jadi, saya mempunyai dua taraf iaitu pertama sebagai bangsa Melayu dan kedua sebagai rakyat negara yang disebut Malaysia. Taraf saya sebagai bangsa Melayu tidak boleh diubah menjadi bangsa lain kerana memang itulah keturunan saya sejak asal, dijadikan Allah sebagai bangsa manusia, sejak Nabi Adam.


Demikian juga kaum bukan Melayu, mereka tidak boleh mengubah keturunan etnik mereka, walaupun mereka boleh mengubah agama mereka. Tetapi saya dan sesiapa pun yang menjadi rakyat Malaysia boleh mengubah atau menukar kerakyatan saya, misalnya menjadi rakyat atau warga negara Jepun atau Britian atau Australia atau Cina atau India atau Indonesia.


Namun, keturunan saya sebagai bangsa Melayu tetap tidak berubah. Yang berubah adalah status kerakyatan. Begitu juga Yang Berhormat Lim Kit Siang adalah kaum etnik Cina - beliau tidak boleh mengubah status keturunan etnik Cinanya.


Tetapi beliau juga adalah rakyat atau warga negara Malaysia, bukan rakyat atau warga negara China.
Maka benarlah penjelasan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz baru-baru ini tentang perkara ini apabila Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang berkata bahawa dia adalah bangsa/orang Melayu dahulu, kemudian baru rakyat Malaysia.


Gagasan IMalaysia tidak bererti gagasan untuk mewujudkan '1Bangsa Malaysia'. Ini tidak mungkin. Gagasan 1Malaysia adalah konsep kenegaraan yang ada kaitannya dengan soal kerakyatan Malaysia, dari segi undang-undang dan Perlembagaan.
Ini bererti laungan untuk mewujudkan satu 'bangsa Malaysia' adalah gagasan atau cita-cita yang mustahil tercapai. Kita jangan terikut-ikut dengan konsep atau ideologi tentang 'negara-bangsa' atau 'nation-state'.


Ini konsep yang berasal dari sentimen atau sejarah nasionalisme Barat (Eropah). Kita tahu, di dunia ini tidak ada negara yang penduduknya terdiri daripada satu bangsa sahaja. Di seluruh Eropah, penduduknya terdiri daripada pelbagai 'keturunan etnik'.
Konsep yang sudah ada dalam tradisi bangsa kita di negara ini, sejak zaman dahulu kala lagi adalah konsep rakyat. Saya mengagak bahawa salah satu tujuan 1Malaysia adalah untuk memastikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu, makmur, aman dan damai tidak berdasarkan kepentingan etnik atau kaum tetapi berdasarkan kepentingan negara dan matlamat itu hanya boleh dicapai melalui sistem dan institusi negara, melalui dasar-dasar pembangunan ekonomi, sosial, undang-undang dan politik yang adil, seimbang dan saksama kepada semua rakyat Malaysia.


Sehubungan itu, kalau kita teliti Perlembagaan Malaysia dengan fikiran dan hati yang objektif, tanpa dipengaruh oleh perasaan atau kepentingan kaum, kita akan menyedari bahawa perlembagaan itu mengandungi isi dan semangat, secara tersurat mahupun tersirat, yang mengarah kepada tiga prinsip dan matlamat yang fundamental iaitu keadilan, keseimbangan dan kesaksamaan antara kaum, khususnya dalam pembangunan dan pembahagian hasil ekonomi negara.

Oleh DATUK DR. HASSAN AHMAD

14 December 2010

Wikitirih: seni kompang dan hadrah

Kepada musoh bang non jgn suka dgn perkembangan wikitirih ni.

Takutla keluaq cerita pasai musoh bang non pulak, lagi seronok membacanya. Baru lah berkompang dan berhadrah dua kem ini. Sekurang kurang, mengimarahkan seni.

Wikitirih ada juga paten setting. Kadang kadang saja tiris supaya tengok pola pesepsi ramai. Tgk sapa jumping lg tinggi. Kisah wikitirih tentang Bg Non ni cerita lama. Tok Him kata, penulis angguk 5 kali. Cuma penulis bayangkan kalau keluar kesah tiris tentang musoh Bg Non, nak ulas apa pulak?

Sebelum ni ada satu. Menteri Rumah belum dapat jawab. Siasat dulu lah perkaitan China dan Iran tu.

Jangan over gumbira. Sbb selama ni bnyk isu yg dipetik oleh PR, disambut, akhednya bidas dai. La ni sapa punya jerat yg terbaek. Hati hati geng Pekembaq nooh.

... Bunyi kompang kuat. Tp kalau hadrah turun, tenggelam bunyi kompang...

Member of parliament...


Or a court jester...

Dokter selaku penulis nak masok situ jenuh match tie, baju, jaket dgn nametag. Dress code. Respect the House. Tp yg bg masok budak pakai snow cap apah hai? Mungkin taman empat musim bukit cerakah kot? Ka penulis yg silap tengok. Mungkin tempat lain. Kalau jumpa kat Parlimen walaupun lobi, pakai la kemeja kekerusi. Snow cap bagai. Adehdeh. Bang E, hiang nak tunjok concern salah tapak lah. Ulang siar, kalau bukan d parlimen, bang e jumpa adik wee, ok no problem. My apology. Tp kalau kat the House, tak berapa cerdik. Ini hulubalang Pekembaq? Craazy.

Harap Awang Selamat ja yang emo. Keh keh.

Maybe lepas ni nak p parlimen pakai busana senaman ja.

12 December 2010

Primadona 99 - Revisited




Semasa peristiwa rampasan senjata olih kumpulan Al Maunah di Bukit Jenalek, Kuala Kangsar, Perak... pehak berkuasa telah menggunakan kaedah kaedah pujokan. Kaedah pujokan itu ternyata dapat membuat perhatian dan kekentalan anggota -anggota Al Maunah berpusing 270 hingga 360 darjah. Melalui corong speaker kenduri, disiarkan lagu Tan Sri P Ramlee dan rayuan daripada anak isteri anggota terbabit supaya meletak senjata dan menyerah diri. Terbukti tektik pujuk rayu keluarga atau menggunakan anggota keluarga dapat sedikit sebanyak melayukan semangat juang yang sebelom itu sangat inferno dan vibrate di dalam jiwa.

Kalau nak lihat full cerita, bolehla ke link ini : http://www.freewebs.com/shamzanafamily/

Link berkenaan merupakan kronologi peristiwa berikut. Sebagai makluman tambahan sahaja.

Pada hari ni (12/12/2010), penulis terkejut pula dengan kehadiran wajah Primadona 99 yang memang sudah sangat lama tidak keluar masuk suratkhabar. P99 ni dulu keluar masuk suratkhabar semasa perbicaraan kes liwath DSAI antara tahun 99 dan 2000. Dengan wajah yang sengaja diclose up kan di muka hadapan Mingguan Malaysia telah memberi kenyatan mengenai kekanda beliau, saudara Azmin Ali. Penulis tidak mahu mengulas panjang kerana umum tahu. Bacalah suratkhabar berkenaan.

Namun, penulis merasakan ada korelasi dengan tektik sebagaimana pasokan keselematan/pehak berkuasa memujuk anggota Al Maunah dengan ketiba tibaan Ummi Hafilda Ali terbit di muka hadapan Mingguan Malaysia. Atau sengaja meresurface kembali P99.

Mudah-mudahan berjaya kepada semua. Jangan pasang lagu Getaran Jiwa lagi sudah le. hehe

10 December 2010

Gambar hadapan blog ini

Gambar ini diambil semasa penulis pulang ke kampung. Kampung ini di mukim Kubang Rotan, Kedah Darul Aman. Musim bah yang agak sakan di wilayah utara. PAda masa ini, penulis dan sahabat terpaksa membuat lencongan tahap dewa melalui mukim Kubang Rotan untuk bypass laluan Kuala Sungai yang tenggelam ayaq bah. Pusing kalih pusing kalih akhednya tembuih di Sekolah Aloq Janggueh. Kami meneruskan perjalanan ke Indera Kayangan selepas kona kiri dari sekolah itu. Sekian

Enam (6) Kaedah melepas kemarahan.

1. menjerit perkataan BABI berulang kali sampai menatang tu tertunduk malu;
2. mengambil wuduk, kerana air itu menyejukkan. Bukan pi mandi Sunway Lagoon;
3. tumbok muka orang yang kita hangin tu;
4. menulis di dalam blog atau sebarang medium media baru atau surat khabar untuk menyatakan rasa tidak puas hati kita atas sesuatu perkara;
5. menyertai skuad tunjuk perasaan walaupon tunjuk perasaan itu nothing to concern dengan apa yang kita marah. Janji melepas rasa dalam keadaan kolektif lebih baik.

Dan yang terbaik, bagi clash dengan awek atau pak we, balik rumah lukis wajah awek atau pak we di dinding rumah cantik cantik. Selepas itu, jerit depan mural tu, KAU KEJAM KEJAM KEJAM sambil baling balin barang yang ada di sekeliling kita.

Sekian dari Dokter Wali.

09 December 2010

AChaaan

Hari bulan 16 Mei dah lama lepas. Tapi, penulis beranggapan nak menulis sesuatu tak perlu berlandaskan sesuatu peristiwa. Hari ini, penulis dalam proses mengingat kembali semua guru derjah dan guru tingkatan sepanjang 13 tahun menjadi pelajar sekolah. Ini adalah ingatan secara papan seluncur.
SEKOLAH RENDAH SERI INDRA
Derjah Satu Merah dan Dua Merah - Cikgu Salmiah
Derjah Tiga Merah - Cikgu Zulkifli
Derjah Empat Merah - Cikgu Salmah
Derjah Lima Merah - Cikgu Darus
Derjah Enam Merah - Cikgu Bakhtiar

SEKOLAH MENENGAH DERMA
Tingkatan 1 α - Cikgu Nyonya
Tingkatan 2 β - Cikgu Shahidan
Tingkatan 3 θ - Cikgu Mohd Noor
Tingkatan 4 SS II - ???
Tingkatan 5 Bistari - Cikgu Fairuz

Tetapi penulis dah menghubungi dua tiga orang rerakan untuk menyelesaikan masalah siapa guru tingkatan masa form 4, sungguh menggagalkan. Sungguh gagal. Patutlah form 4 dikatakan zaman honeymoon, namapun lupa dah haha. Sapa-sapa bulih jawab, penulis belanja ayaq nyoq Taman Sena Indah. Amacam. Bila naik kolah menengah, penulis jadi terpitam sekejap apabila sistem pengkelasannya mengunakan aksara Yunani. Tradisi SMD gitu. Lama kelamaan bila dah empat tahun di SMD, terasa memang best tradisi ini. Sayangnya, atas kehendak dasar pelajaran pada masa itu, tradisi berkurun ini dihapuskan dan diberikan nama yang lebeh kebangsaan. Ntah, awat pi tukaq? Bukan nak jadi Spartacus pun…
Para cikgu ini memberi pengalaman kepada penulis beraneka warna. Segala macam yang ada. Cuma penulis hanya tertumpu pada guru derjah dan guru tingkatan dahulu. Guru-guru lain akan diselitkan dalam kisah seterusnya. Penulis sebenaqnya tidak boleh nak dedicated apa-apa kepada mereka ini. Segala ilmu, cubit, berdiri di kaki lima derjah, beratoq sambil tadah tapak tangan kena piaaap tu penulih terima dengan penuh berlapang dada. Tidak ramai dalam senarai di atas yang berkesempatan untuk penulis bertemu kecuali Cikgu Nyonya di Facebook, Cikgu Shahidan memang dok sekampong hahah dan Cikgu Zulkifli yang pernah bertugas bersama di Sekolah Menengah Syed Alwi, Boq Lateh. Macam best, bekas anak murid menjadi guru bersama walaupun sekadar GSTT.
Kalau penulis ni ada peluang macam Datuk Lat, cikgu dia diabadikan dalam karya beliau.
Lat went to an English school in Ipoh in 1962, where his teacher Moira Hew supported his drawing skills.
Mrs. Hew was later immortalized as a best loved characters in Lats cartoons, the lady with the butterfly-rim glasses...

Begitu juga dengan sebuah kumpulan dari Amerika Sharikat, Lynyrd Skynyrd yang mengabadikan nama cikgu P.E, Leonard Skinner mereka sebagai nama kumpulan. Dari Wikipedia :
In 1970, Van Zant sought a new name. "One Percent" and "The Noble Five" were each considered before the group settled on "Leonard Skinnerd", a mocking tribute to a physical-education teacher at Robert E. Lee High School, Leonard Skinner,[4] who was notorious for strictly enforcing the school's policy against boys' having long hair.[5][6] The more distinctive spelling was adopted before they released their first album. Note that almost no Southern accent distinguishes between /ɛ/ and /ɪ/ before nasals, so the pronunciation of Leonard Skinner's name would have been /ˌlɪnərd ˈskɪnər/, which is why the 'distinctive' spelling of the name would have made sense to the band members. Despite their high-school acrimony, the band developed a friendlier relationship with Skinner in later years, and invited him to introduce them at a concert in the Jacksonville Memorial Coliseum.[7]
Skinner allowed the band to use a photo of his Leonard Skinner Realty sign for the inside of their third album.[8] Skinner died on September 20, 2010, at age 77 after a battle with Alzheimer's disease.[9]

Dua ikon seni ini berpeluang mengabadikan nama guru mereka dalam karya seni memasing. Bagi diri penulis dan orang lain yang tak berpeluang mempunyai cara lain, cara tersendiri, hikmat tertentu untuk mengenang cikgu-cikgu kita ni.
Ramai juga yang dah pergi dulu meninggalkan kita tetapi ilmu yang diberi akan berkekalan dan diamalkan anak-anak muridnya. Masing-masing mempunyai nilai sentimental dalam kehidupan kita. Bak kata pepatah orang Simpang Empat :
they arent dead, people just dont recognize it


Buah pengabih, Al Fatehah kepada Cikgu pertama dalam hidup penulis. Cikgu Yahya bin Pa@Mustaffa.

03 December 2010

Memuja Siren

Ejaan dalam piawai standard adalah 'neno neno neno'. Atau ada yang mempunyai pandangan lain? Ini adalah ejaan untuk menggambarkan bunyi siren.

Kalau di Kuala Lumpur, hari hari ada sahaja bunyi bunyi siren di sana sini. Motokar polis, ambulan, bomba malah pihak berkuasa lebuh raya pun ada memiliki siren sendiri. Sampai sudah tidak kisah dan lantak apa yang sebenarnya terjadi.

Penulis teringat 25 tahun yang lalu di mana perkara bunyi siren ini sangat 'rare' untuk telinga penulis. Tinggal pun di Simpang Empat. Kampung yang cool dari segala aspek sehingga sekarang. Sebagai satu perkara baru, bila terdengar sayup sayup dari jauh bunyi siren, penulis dah celapak lari ke halaman rumah. Jarak 5 saat dari pintu rumah ke halaman itu sarat dengan tekaan tekaan motokar apakah yang ampunya siren. Polis, Ambulan, Bomba. PAda masa itu, tidak pandai lagi nak beza bunyi. Cuma pandai beza bunyi ayam bekokok dengan bunyi kucing ajer.

Tepacaklah penulis dengan penuh takzim melihat lintasan deras, motokar bomba atau ambulan di depan rumah. Jarang pula melihat motokar polis bersiren semsa melintas di rumah. Kecuali berlaku adegan kejar mengejar dengan skuad pelari beras (beras seludup). Masa itu, Volvo 144 dan 244 adalah pilehan terbaik, skuad skuad berkenaan. Mungkin Volvo berbangga kerana ketahanan motokar buatan mereka yang mampu bawak 6 guni jaloq beras seludup. Sebagai rekod pernah sebuah motokar skuad ini, terjun parit berhampiran dengan rumah penulis. Kalau tak silap tahun 83.


Simpang Empat masih kampung yang cool dari segala aspek sehingga sekarang. Cuma bunyi siren pada masa ini mungkin sudah tidak cool lagi di kalangan anak anak kampung.

02 December 2010

Perenggan awal yang digemari

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan, bekalan air untuk warga seluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

 

JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

 

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis yang mana semua hak milik rakyat di bawah jagaan kerajaan dijualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata yang mana harta rakyat disonglap oleh para kroni.

 

Bagaimana? Begini :

 

Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar di mana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni dan mereka yang berduit untuk membeli saham.

 

Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup mudah.  Tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Kewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini.

 

Kementerian Kewangan mengeluarkan pink form. Tertera di pink form ini ialah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa pink form ini ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di pink form. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapungkan.

 

Sebelum ini Menteri Kewangan akan meletakan harga terhadap saham air di syarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan pink form akan dapat menjualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapungkan dan kerana dinilai murah maka apabila diapungkan, ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.

 

Maka tuan empunya pink form dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan dijalankan.  Bukan mee segera tapi duit segera.

 

Justeru, para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Kerana mereka semua ini mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.

 

Maka bukankah amat jelas bahawa dasar penswastaan (memfaraidkan harta orang ramai) ini adalah kerja merompak di siang hari?

 

Betul!!  Ini adalah satu rompakan rasmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh United Malays National Organisation. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tidak semena-mena telah dimiliki oleh Syarikat Syabas.

 

Kisah rompakan ini diteruskan lagi :

 

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, United Malays National Organisation telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Untited Malays National Organisation telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

 

Kenapa ini berlaku? Tidakkah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

 

Rompakan ini cukup licik. Orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaun yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang di swastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!!

 

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara. Lihat bagaimana Khir Toyo menggunakan pemandu peribadinya untuk menerima geran tanah seluas 200 ekar. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia Boleh!!

 

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan dinobatkan sebagai Akta Rahsia Kerajaan. Ini lah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

 

Hanya apabila kerajaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui. Tidak ada lagi yang berahsia rahsia.

 

Rahsia Syabas sudah kantoi!!

 

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal yang mana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk menjadi hak milik orang ramai.

 

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

 

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor diswastakan amat jelas ianya telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmah. Bukti ini muncul dari laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

 

Tahukah wahai  anak semua bangsa bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah RM 5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan?  Bayangkan jika RM5.1 juta ini ditukarkan kepada syiling lima sen maka penuhlah tasik di Hulu Langat.

 

Perlu juga diberitahu dari laporan audit ini, Syabas telah memberikan 72% kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat kroni melalui rundingan sap sap sui. Juga dari laporan yang sama telah diketahui bagaimana RM325 juta ‘tenggelam lesap’ entah ke mana.

 

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur kuat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta. Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama-sama rasa. Bukan hanya Tan Sri Ghazali sahaja yang dapat minum champagne Dom Perignon, malah seluruh warga Selangor akan dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

 

Apa yang sedang berlaku di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh kerajaan dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Elektrik, lebuh raya, hospital, klinik adalah diantara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

 

Wahai anak semua bangsa, kamu tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya membawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

Pilam itu memanusiakan manusia.



Filem yang mengambarkan semangat kekeluargaan antara masyarakat Malaysia, ESTET, arahan Mamat Khalid mendapat kutipan sebanyak RM 500 ribu setelah seminggu ditayangkan. Filem yang memenangi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ™ 23, oleh Shashi Tharan, sedang ditayang di 53 pawagam seluruh Malaysia. Filem ESTET dibintangi Farid Kamil, Jasmine Micheal, Shashi Tharan dan diterbitkan oleh Naga VXS Sdn Bhd.

Satu kutipan yang terok bagi seorang pengarah yang naik melalui Zombi Kg Pisang dan Man Laksa. Adakah kataan pedas beliau semasa FFM menjejaskan kutipan pilam beliau? Bagi penulis biarlah manusia itu beremosi, jangan diemosikan pilam manusia itu kerana kita tidak bulis memanusiakan pilam itu. Hanya pilam yang bulis memanusiakan manusia. Hey ! Manusia!

29 November 2010

Keliru atau tidak keliru.

Tempoh terdekat ini, penulis terlihat satu posting yang berlegar dalam komuniti mengenai:

Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi.

Sekiranya kita baca melalui link ini :

http://umiasha.blogspot.com/2010/01/keringnya-tasik-galilee-turunnya-nabi.html#comment-form

Artikel ini berakhir dengan :

....Dan ingatlah wahai Muslimin,
doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,
dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,
dari susurgalur Nabi Muhammad lah,
akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"),
yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,
percayalah,
di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,
kerana mereka berdua dari keturunan yang sama,
sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,
carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran)
dan kerana itulah,
Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,
akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu.


Lihat pula yang ini. Artikel ini ada tambahannya

http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=169863856368520&id=129693903750614
(by Brigade1 Zameer Fisabilillah on Monday, November 29, 2010 at 7:56am)


Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa Tamim ad-Dari disebutkan dalam Sahih Muslim:

Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari Amir bin syurahbil asy-Sya, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata:" Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w yg tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain beliau." Fatimah berkata:" jika engkau mahu, nescaya aku lakukan." Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku."

Fatimah berkata: Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w duduk dimimbar. Sambil tersenyum, beliau bersabda:" Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya." Selanjutnya beliau bersabda:" apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?" mereka menjawab: " Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui."

Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari, yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai'at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka di buai ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata:' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab:'Aku adalah Jassasah (mata-mata)' mereka bertanya:'Mata-mata apa?' Ia menjawab:'Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.'

Tamim ad-Dari berkata: 'Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.'

'Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:

'Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Ia menjawab: 'Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?' Mereka menjawab: ' Kami adalah adalah manusia dari Arab. Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan'. Maka kami duduk-duduk di pantai dekat perahu lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehinnga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.

Kami bertanya: ' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab: 'Aku adalah mata-mata' 'Mata-mata apa?' 'Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.' 'Maka kami pun segera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami tidak tenang jangan-jangan syaitan betina. Orang itu berkata:' Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!' [Nota:Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin]. 'Tentang apakah yang kamu tanyakan?' 'aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?' 'ya' 'Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah' Lalu ia berkata lagi:' Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!' 'Tentang apakah yang kamu tanyakan?' 'apakah tasik itu masih berair?' [Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6 batu2 . Airnya makin berkurang. Jarak Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis sekitar 100 batu] 'Ya, tasik itu masih banyak airnya' 'Sesungguhnya air tasik itu hampir habis' Ia berkata:' Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!' 'Mengenai apakah yang kamu tanyakan?' 'Apakah mata air itu masih memancarkan airnya dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?' [Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah isyarat dekatnya keluar Dajjal silaknat] 'Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.' 'Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf, apa yang dilakukannya?' 'Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib' 'Apakah orang Arab memeranginya?' 'Ya' ' Bagaimana caranya memperlakukan mereka?' 'Ia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya' 'Apakah demikian?' 'Ya', 'Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama empat puluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalkan kepalaku. Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.' Fatimah berkata:

"Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar Rasulullah s.a.w bersabda:

Ini adalah Taibah(kota Madinah), Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?" Orang-orang menjawab:" Benar" Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah. Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman, bukan dari timur, bukan dari timur, bukan dari timur,sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur" (Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba'ah al-Misriyyah, XVIII, hlmn 78-73)

Saya ada jumpa isian hadis ini yang lebih panjang lagi,insyaAllah saya akan bukukan segala hasil penulisan saya melalui buku itu yang akan dipasarkan di seluruh Malaysia pada pertengahan bulan depan.Untuk makluman lajut,bolehlah lihat pada nota saya BERTAJUK" INFO SEMASA BERKAITAN Brigade Zameer Fisabilillah"

UNTUK MAKLUMAN ANDA SEMUA,saya akan edit nota ini untuk tatapan bacaan anda kali kedua,mohon kerjasama anda melihat nota ini 7 hari akan datang lagi sekali kerana ada info tambahan pada nota ini yang lebih menarik.
INGATLAH!!!HARI INI TASIK GALILIE MAKIN MENGERING...
MAKIN MENGERING
MAKIN MENGERING....
BELUM LAGI MENGERING SEPENUHNYA LAGI....
INGATLAH! Tidak perlu online selalu, PERSIAPKAN KEKUATAN ZAHIR DAN BATIN ANDA UNTUK BERJIHAD NANTI kerana saya khuatir nanti anda terlupa!
PERSIAPKAN KEKUATAN LUARAN DAN DALAMAN ANDA UNTUK BERJIHAD NANTI kerana saya khuatir nanti anda terlupa!Jangan online terlalu lama kerana mengakibatkan mata anda rosak sekali gus menjejaskan mata anda untuk berfikir pada akhir zaman ini siapakah pengikut NABI PALSU(DAJJAL) dan pengikut NABI YANG BENAR(NABI ISA).

PERHATIKAN UPDATE NOTA "INFO SEMASA " YANG AKAN DATANG PADA SETIAP MINGGU(HARI SABTU atau AHAD)

Jika page ini dibanned,saya akan maklumkan pada nota ini dengan edit yang terbaru,Anda semua boleh baca sekali lagi pada masa akan datang...Harap Maklum


Penulis yang kurang arif ni hendak bertanya apa motif ayat :

Jangan online terlalu lama kerana mengakibatkan mata anda rosak sekali gus menjejaskan mata anda untuk berfikir pada akhir zaman ini siapakah pengikut NABI PALSU(DAJJAL) dan pengikut NABI YANG BENAR(NABI ISA)

Kenapa tidak Nabi Muhammad? Adakah teks ini dimanipulasi atau kaedah pemahaman penulis yang tidak seragam dengan orang lain?

Wujud ketidakseragaman maklumat. Lihat :

http://www.facebook.com/note.php?note_id=130224540363340&id=130114233707401#
(by Zameer Fisabilillah on Saturday, October 2, 2010 at 7:59pm)



Teks ini berlegar legar dalam dunia blog, forum dan FB,tetapi ada satu dua perkara yang mengeliru dan tidak mengelirukan penulis seperti yang penulis kongsikan di atas.

Wallahualam.

28 November 2010

Kerja mesti kuat


Pagi tadi penulis meneruskan rutin mingguan biasa untuk ke NAT Pekan Salak Tinggi. Sengaja perkataan NAT digunakan kerana teringatkan kampong halaman. Di tempat penulis, pekan sehari dikenali sebagai NAT.

Penulis sebenaqnya tertarik dengan kaedah perhubungan awam Pakatan Rakyat. Kenapa? Kerana mereka mengekalkan momentum dan dalam gaya yang sederhana dan bersifat keadaan setempat yang tinggi. Tidak dibuat-buat atau seolah olah sudah direncanakan.

Di tepi mulut NAT itu, terpacak relaks hemah Pendaftaran pemilih milik pakatan mereka. Tenaga kerja 5 orang. Satu akan berada di muka hemah untuk mendepani pengujung yang melintas lintus di situ. Tiada seragam tiada busana yang terjanji atau tersedia. Mungkin mereka tiada dana walaupun negeri sendiri kaya memerintah.

Tidak ada pulak hemah daripada Pakatan Nasional yang melakukan perkara yang sama. Sudah lama penulis pergi balek ke NAT ini. Tapi pelakonnya maseh sama. Hemah Pakatan Rakyat. Berbalek kepada UMNO, bercakap sana sini hendak memenangi pengundi muda dan membanyakkan daftar pemileh. Apa yang penulis tengok dalam pemerhatian 7-8 minit di situ, ada 5 bakal pengundi muda atau pengundi yang datang memastikan senarai pemilih mereka di mana nanti. Secara pendek akalnya elemen YAB PM 1Malaysia sudah diamalkan secara harafiah di hemah tadi.

Begitu juga keadaan yang berlaku di Sitiawan. Setiap minggu keadah sama dilakukan oleh Pakatan Rakyat di NAT NAT di sana. Tetapi kaedah ini tidak diikut oleh Pakatan Nasional. Sememangnya ada usaha dari Pakatan Nasional ke arah itu, tapi mungkin ada dasar keadaan tertentu seperti pertunjokan, ekspo atau perhimpunan yang dihadiri oleh pemimpin tinggi mereka. Bersiap sakan, trim misai,cukoq bauk yang segan nak tumboh, setereka baju sampai garis saiz timbul (kalau senerih buluh buat potong buat lemang), tudung kena seragam dengan baju.Last sekali mesti ada sesi bergambar di kaunter. Gaya ini tidak sesuai dinampakkan. Biarlah nampak sederhana walaupun duit 12 angka. Hati akar hanya perlu ditawan dengan baja yang baik. Bukan pagar atau tukang siram yang cantik menawan. Belajar berhemah dan berhemoi wahai Pakatan Nasional. Anda banyak lagi masalah dalaman. Jangan gembira melihat gegar rumah orang dari luar kerana kadangkala gegar itu bukan berantakan tapi ketawa guling guling mereka melihat bodoh sombong dan cerdik tak bulih tumpang orang yang di luar itu.

Bekerja lah kita sekueknyo. Usah diharap SPR sahaja membuat daftar pemileh yang bermusim itu dan beratas talian. Bertemu muka bertegur sapa dalam busana yang sederhana lebih menikam jiwa dan ternampak lebih ikhlas.

Sengaja tertulis Pakatan Nasional merujuk kepada Barisan Nasional. Pakatan Rakyat walaupun trouble diatas tapi di bawah ada yang akan jalan kerja mereka. Barisan nasional pula selesa mengharapkan orang lain buat kerja bagi mereka. Orang parti memang selo. Peruntukkan mau banyak. Output ciput.

Buleh ka kena tegoq? Ka terus melabel ka arah lain? Hangpa yang nak kosa. Tak kuasa penulis aihhh

26 November 2010

Naskah Tanjung Tanah

Semasa di Tingkat Enam dulu, penulis yang mengambil Bahasa Melayu, terajar tentang asal usUl Bahasa Melayu. Dari mana ke mana dan beRhenti di mana bahasa itu berevolusi. Itu pada tahun 1993 dan 1994.

Dalam semingu yang indah nan hujan ini, penulis yang sedang berkeliaran dalam dunia net ini untuk mencari rujukan tentang dialek Melayu, penulis terlintas dengan berita ini. Jap rr nak paste bawah ni...


03 July 2010 | 13:53

Naskah Tanjung Tanah merupakan kitab Undang-Undang yang dikeluarkan oleh Kerajaan Melayu pada abad ke-14 untuk menetapkan Hukum di Bumi Kerinci. Naskah yang ditulis di Keraton Dharmasraya dengan menggunakan tulisan Sumatera Kuno adalah naskah melayu tertua di dunia.

Filolog Belanda Petrus Voorhoeve telah menemukan naskah ini pada tahun 1941. Naskah itu itu kemudian ditransliterasi (dialihsarakan) oleh Prof. Dr. Poerbatjaraka. Pada tahun 2002 Prof.Dr. Uli Kozok membawa sampel naskah ini ke Wellington, Selandia baru untuk diperiksa di Laboratorium agar dilakukan Penanggalan Radiokarbon. Hasil Pengujian ini memperkuat dugaan Kozok bahwa naskah Tanjung Tanah adalah naskah Melayu yang tertua.

Untuk melihat isi dari naskah Tanjung Tanah yang telah dialih aksarakan.

http://www.hawaii.edu/indolang/lokakarya/ms/index.html

1Malaysia dan bahasa kebangsaan

Pada 26 Mei 2009 dalam Utusan Malaysia, Dr. Sharifuddin Lubis menulis tentang Gagasan 1Malaysia. Beliau memberi penekanan mengenai ketelusan dan ketulusan untuk semua kaum.

Kefahaman 2T ini membawa kepada pemahaman yang mengandungi dua semangat iaitu memberi dan menerima.

Dr tertuju kepada isu bahasa kebangsaan. Begini petikan :

"sejak 2007, bahasa Melayu diubah menjadi bahasa Malaysia. Pengorbanan mematikan bahasa Melayu supaya ia tidak dilihat milik Melayu sahaja, harus dihargai oleh semua kaum demi mencapai hasrat 1Malaysia. Jadi, gunakanlah bahasa supaya kita semua telus dan tulus."

Tapi seronok tengok iklan Petronas. Sungguh mengharukan...

25 November 2010

Postponed

Nampak gayanya kenalah penulis postponed dulu tulisan di sini. Penulis sebenaqnya berasa lorat nak drive sebab kurang rehat. Jadi sedang berehat di pejabat. Cuma jari dan otak sedang menjalankan tugas tanpa rehat. Nyaman berehat. Nyaman juga hendak drive pulang.

Kalau postponed begini tak mengapa kot? Kerana ada yang seriau dengan kata Postponed ni. Penulis hanya memandang adakah postponed ini satu manifestasi kepada pengecutan telor??? Penulis perlu berani untuk pulang dalam keadaan yang kurang rehat ni. Kalau pengecut wajarlah tidoq saja di bilik ini.

Aku harus berani. Allahumma'ana. (Selawat!!!)

Haru biru musim cuti sekola...h

Ahaaa... sebenaqnya sudah terposted dalam FB penulih pasai ini kisah. Seorang teman penulis berkongsi rasa mengenai omelan sahabat seofisnya yang betapa susah memikirkan prestasi menjaga anak-anak yang sedang dalam bercuti sekolah. Susah ke?

Susah katanya akibat daripada elemen pengawalan anak-anak sudah tertanggung kepada ibu bapa secara kontan sepanjang cuti sekolah ini. Sekolah dan pentadbir tersenyum riang kerana bebas seketika. Rupa-rupanya, pening kerana anak-anak tiba-tiba menjadi lebih bebas daripada masa sekolah. Ye la dengan bebas ke pawagam, bersendaan bersama kekaseh, bagi yang ada motorsikal, lagi panjang milage motor itu berputar dan segala macam lagi.

Pening itu rupanya bertambah tambah dengan kos belanja menjadi 3 4 kali lipat daripada masa persekolahan. Hari-hari mintak, hari-hari mintak lagi. Bengkok jugak mak bapak kan?

Apa susah. Hantar sahaja mereka balik kampuang. Biar mereka kenal adik beradik. Tersimpang sebentar risau anak melilau tak tentu hala. Biar mereka tahu asal usul. Ok laaaa... tapi ada yang3 keturunan sudah di bandar.

Tak mengapa. Kes terpencil.

Teruk benar juga kata sebahagian kerana reda hati mereka mereka itu menyusahkan atuk dan nenek di kampuang. Atuk dan nenek suka sahaj sebenarnya tapi letih disorok lah di reban ayam, kandang kambing atau tertambat di rantai johnny di pinggir rumah.

Susah jugak kerana dalam ekonomi asas kita terbelajar hendak menangani kos melepas.

Empangan betul kan?

Keletihan Mengekalkan

Keletihan Mengekalkan

Ini cuma nafas. Nafas yang dibarukan. Nafas yang sama.
Kuala Lumpur maseh hujan dan kesesakan lalu lintasnya. Sememangnya semua perkara seakan sama. Tidak berganjak jauh antara satu sama lain. Melucukan

21 September 2010

Apa kata mereka

Malaysia Beli Obligasi China
Senin, 20 September 2010 | 17:03 WIB

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Bank sentral Malaysia telah membeli obligasi dalam denominasi renminbi untuk cadangan, sebuah laporan mengatakan Senin (20/9/2010), meningkatkan ambisi Beijing untuk internasionalisasi mata uangnya.

The Financial Times tidak menentukan ukuran investasi dan bank sentral Malaysia menolak untuk mengomentari masalah ini, sesuai dengan kebijakannya yang tidak membahas pengelolaan 95 miliar dollar AS dalam cadangannya.

http://internasional.kompas.com/read/2010/09/20/17035890/Malaysia.Beli.Obligasi.China








Presiden SBY telpon TKI asal kampungnya

WASPADA ONLINE

(indonesiaheadlines.com)





















PENANG - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menaruh perhatian besar terhadap perlindungan TKI yang disiksa dengan menelpon langsung seorang pembantu keturunan Pacitan, Jawa Timur, saat dikunjungi oleh Dubes RI untuk Malaysia Da`i Bachtiar.

"Bapak presiden punya perhatian besar terhadap TKI bermasalah di luar negeri. Ia menelpon langsung seorang pembantu yang disiksa dan diperkosa di Penang untuk memberikan dukungan moril," kata Dubes Da`i Bachtiar Minggu (19/9).

Presiden juga telah memberikan instruksi kepada KBRI Kuala Lumpur dan KJRI Penang untuk memberikan advokasi maksimal kepada TKW yang bermasalah atau menerima siksaan dari majikan.


http://www.waspada.co.id/index.php?option=com_content&view=article&id=144027:presiden-sby-telpon-tki-asal-kampungnya&catid=16:internasional&Itemid=29

02 September 2010

53

Happy Birthday Malaysia

Pekan Sungai Besi dan Pusat Pentadbiran Putrajaya


Satu Petikan :

Seluruh kawasan sungai besi (SB) tu dulu adalah kawasan perlombongan bijih timah dan bijih besi.. Kebanyakan penduduk di SB juga adalah pekerja lombong bijih ni dulu.. Nama Sungai Besi ni diambil dari sebatang Sungai yang mengalir dan terdapat bijih besi dan timah didalamnya. Pekan Sungai Besi asalnya perkampungan Melayu sekitar 1930 an dahulu.. dan pekerja lombong bangsa Cina yang di bawa masuk turut berniaga dan dirikan bangunan-bangunan kedai yang ada sekarang.

Lombong bijih yang terdapat di Sungai Besi juga adalah lombong dedah yang terbesar di dunia (lombong dedah- satu kaedah perlombongan yang agak kuno jugak..)

Sebelum adanya Bandar Tasik Selatan, kat situ terletak sebuah perkampungan melayu, KAMPUNG SELAMAT namanya..Kem Sungai Besi plak wujud sekitar tahun 1950an.. masa tu untuk penubuhan FMC Federation Military College (Sekarang RMC=Royal Military College)...



Tapi, sejak bila sudah berubah nama-nama jalan yang old school di situ. Penulis menetap dan pernah berkeliaran sebelom menetap di situ. Ada beberapa nama yang penulis ingat seperti Merdeka Drive dengan Post office Street. Post Office Street ni kalau pada keadaan sekarang adalah nerai depan pejabat Pos Sungai Besi sekarang. Kalau bulan posa, kawasan param Sungai Besi lah.

Sebatang jalan lagi ialah Merdeka Drive. Penulis difahamkan bahawa nama jalan ni diberi kerana Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Hakikatnya pada masa ini, bagi setengah pehak agak geli mata dengan percampuran bahasa penjajah kot? Untuk pengetahuan pembaca, Merdeka Drive ni jalan utama yang menghubungkan Bandar tasek Selatan (Kg Selamat) ke Pekan Sungai Besi yang melalui RMC dan Merdeka Drive ni tamat di simpang tiga Merket Pekan Sungai Besi (Market Street). Tapi sejak diubah namanya menjadi Jalan Suasa 6, penulis secara peribadi rasa tak best lagi. Kalau nak ubah nama Post Office Street, Market Street, please go ahead. No offence. Lagi pun dah buat dah pon. Dah pacak tiang baru dah pon. biru putih lagi. Kalau dulu hitam puteh jeerr. Eloklah dikekalkan MERDEKA DRIVE tu sebagai sebahagian daripada entiti kemerdekaan negara ini. Walaupun sumbangannya ciput bagi setengah pehak, namun MERDEKA DRIVE adalah tempat laluan berapa ramai tokoh hebat yang pernah dilahirkan oleh RMC.

Sekarang sudah jadi R.Azmi... ayooooo so sad man.

12km ke selatan Pekan Sungai Besi pula tersergam sebuah kompleks pentadbiran yang maha kala dewata tersusun dari infra dan frasa dan memang satu pembikinan yang penuh pandangan jauh oleh arkitek yang terlibat. Seronoknya di sini adalah kepelbagaian pandangan dan budaya diterapkan dalam jiwa dan semngat Putrajaya. Jalan-jalanannya cantik, tersusun, terjaga lagi kemas. Anehnya di Putrajaya ini, kadang-kadang seakan berada di New York City dengan kehadiran Precint, precint menggantikan nama-nama kebangsaan. Cha kita tukaq boh nama Parit 12, Parit 16. Ok dak?

Sungguh kesian sebatang jalan yang panjang tidak sampai 450 meter ditukar namanya atas keseragaman bahasa di pekan kecil lagi tidak terurus ini berbanding dengan batang batang jalan yang sungguh dewata raya beda bahasanya di sebuah lingkungan kompleks pentadbiran kerajaan persekutuan.

Selamat Hari Kemerdekaan Yang ke 53 MALAYSIA!!! yeah!!!

OLD NAMES OF ROADS IN KUALA LUMPUR

OLD NAMES OF ROADS IN KUALA LUMPUR

Ampang Road - Jalan Ampang

Ampang Street - Leboh Ampang

Batu Road - Jalan Tuanku Abdul Rahman

Birch Road - Jalan Maharajalela

Bluff Road - Jalan Bukit Aman

Brickfields Road - Jalan Sambanthan

Campbell Road - Jalan Dang Wangi

Cecil Street - Jalan Hang Lekir

Church Street - Jalan Gereja

Clarke Street - Jalan Mahkamah Tinggi

Club Road - Jalan Parlimen

Cross Street - Jalan Silang

Dickson Street - Jalan Masjid India

Davidson Road - Jalan Hang Jebat

Foch Avenue - Jalan Cheng Lock

High Street - Jalan Bandar - Jalan Tun H S Lee

Holland Road - Jalan Mahkamah Persekutuan

Hospital Road - Jalan Chendersari

Java Street - Mountbatten Road - Jalan Tun Perak

Klyne Street - Jalan Hang Lekiu

Malacca Street - Jalan Melaka

Market Street - Leboh Pasar Besar

Old Market Square (Macao Street + Hokkien Street) - Medan Pasar

Petaling Street - Jalan Petaling

Pudoh Street - Jalan Pudu

Rodger Street - Jalan Hang Kasturi

Shaw Road - Jalan Hang Tuah

Station Street - Jalan Balai Polis

Sultan Street - Jalan Sultan

Swettenham Road - Jalan Mahameru

Theatre Street - Jalan Panggong

Treacher Road - Jalan Sultan Ismail

Venning Road - Jalan Perdana

Victoria Avenue - Jalan Sultan Hishamuddin

Weld Road - Jalan Raja Chulan

30 August 2010

21 Ramadhan Yang Lalu

Lebeh kurang 21 tahun yang lalu, Kg. Batas Lintang merupakan dunia penulis. Suasana bulan posa tidak sehebat di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan yang dilengkapkan dengan pelbagai program sebelom sahur dan selepas iftar. Cuma pada masa itu, moreh masih dilakukan dengan intensif di Masjid Putra, Simpang Empat. Sebagai nota kaki, Masjid Putra Simpang Empat lebeh awal lahir berbanding Masjid Putra, Putrajaya hehe. Saban malam misti ada moreh di situ. Biasanya dijalankan oleh satu keluarga atau secara share-share antara 2-3 keluarga. Penulis difahamkan amalan ini maseh diamalkan di tempat lain. Namun, di masjid ini, sudah tidak diamalkan. Sekarang hanya bergantung kepada nak buat. Tidak 29 hari derek macam dulu.

Sepanjang karier penulis bertarawekh di Masjid Putra ini, secara konsistennya sistem rakaat di sini adalah 8-3. Biasanya break pada rakaat ke-8 dengan sedikit tazkirah. Then sambung 2-3. Kita ni masa budak budak mana penah penuh tarawekh. Buat 4 then hilang. Join balik selepas tazkirah. satu lagi yang seronok bila Pak Long Salim (Tok Imam senior) baca surah Al A'la dalam witir. Tu tanda nak habeh dah tarawekh hehe.

Kehidupan pada bulan posa di kampong adalah biasa. Agak luar biasa bila beranjak petang. Aktiviti mula rancak. Biasanya lepas Asaq, bersama kawan-kawan akan buat projek masin masin. Satu projek yang best masa pi kedai Pak Lang. Tarikan pada masa tu selain penjualan bunga api dan mercun (pada masa tu mercun ok lagi) adalah main judi tikam bunga api dan mercun. Best sungguh dok tikam natang ni. Sekali cabut kertas di papan tu kena bayaq sekupang. Tengok la no apa yang ada dalam tu. Kalau kena bunga api king Cat, lekkeh sangat la. Dapat mercun gasing yang sepeket 6 biji tu, best tak sangga dah.

Kalau tak silap penulis, grand prize, mercun thunder clap. Mercun roket tahap apollo 13 pada masa tu. Habeh juga duit pecah bekalan sekolah main natang judi tikam ni. Aduiii laaah. Entah ada dak lagi tikam bunga api ni tapi penulis percaya di kedai kedai kampong ada lagi. Fun main tikam ni masa dapat barang ja, tapi yang habeh 3-4 ringgit bukan ingat pun. Kalau pi kedai Hong Kang di pekan Simpang tu, bulih beli seguguih bunga api dengan mercun. Apa nak buat, itu lah kesotiman berjudi.

Bila malam selimuti kampong, mula gerakan baru. Main perang perang antara dua puak bertelagah. Nak berperang pon bukan antara geng kampung seberang atau kampung sebelah, tapi sama sama kawan kawan jugak. Just for fun kalau bahasa kampong penulis. Baju, kain pelikat jangan kiralah berapa lubang terhasil.


Biasanya penulis selalu missed the bus sebab kerahan bertarawekh oleh almarhum tok ayah. Kalau ada masa skip masjid, bleh la join. Tapi bila usia meningkat, bertarawekh adalah pilihan sendiri. Pi pi jugak tapi ratio paham paham la. Sehingga kini, penulis cuba untuk bertarawekh di Masjid Putra walaupun peluang terhad kerana dok cari makan di tempat orang. Mudah-mudahan malam 29 Ramadan ni, penulis akan akan pulaih paip amik wuduk di sana. Amiiiiiiiiiiiinnnn...

Wen-Ta

Istilah ini penulis asainya tak comprehend pun. Biarlah dengan tak comprehend itu. Atas dasar keperluan tertentu, penulis nak share karier penulis sebagai pemakai spek mata yang konsisten sehingga kini. Rakan blogga penulis, suka adok panggil spek donat. Donat tak mana tak tau?? Semasa masuk kolah pada tahun 1982, penulis maseh dalam keadaan seadanya belum berspek mata. Tapi selepas 3-4 bulan, Cikgu Derjah pada masa itu, Cikgu Salmiah dok my tanya dengan andaian penulis tak dapat menumpukan perhatian dengan papan hitam di depannya. Bagi penulis, pening-pening lalat dengan kekaburan terkawal mula mendatangi diri pada masa itu.

Jadinya, pergi cek mata di gedung dan dapat keputusan mata penulis perlukan kaca tambahan untuk melaraskan imej-imej pandangannya. Sampai sekarang apabila penulis melintas Main Road Kangaq, penulis akan ingat kedai spek pertama penulis, Tat Ming Optical. Kepada pembaca yang biasa dengan pekan Kangaq, Tat Ming Optical ni selang dua tiga buah dengan kedai Highlander kangaq. Berdepan dengan Klenet Dr Por Choo Chor. Bermula dari situlah, penulis mula mengenakan wen-ta sehingga kini.

Wen-ta itu adalah istialah thai untuk spik mata

Mereka bukan pelancong, mereka lokal maka mereka tidak terpakai pemakaian itu hhehe

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ) telah lama menyiarkan fatwa ‘hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam masjid.’

Berikut petikan fatwa berkenaan:

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”

Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM

Fatwa Tentang Hukum Wanita Haid Dan Nifas Masuk Ke Dalam Masjid

Keputusan:

(1) Wanita yang sedang haid dan nifas adalah tidak dibenarkan duduk diam di dalam masjid walaupun dengan tujuan pembelajaran semata-mata.

(2) Hukum wanita haid dan nifas yang masuk ke dalam masjid adalah
dibenarkan untuk sekadar melintasi atau melalui sekali lalu tanpa berulang-alik untuk keluar melalui pintu yang dimasukinya.

Status Penwartaan:

Diwartakan
Nombor Rujukan: Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM
Akta/Enakmen: Sel. P.U. 28
Negeri: Selangor

25 August 2010

DERJAH 1


Beg swan kaler kunin. Yeah beg swan kaler kunin. Beg pertama penulis semasa alam persekolahan. Masa tu dan sampai masa sekarang, kalau bawak beq memang tahap sebeban. Ibarat tanggong guni jaloq pi sekolah. Berat sungguh. Orang ramai tengok kami kami ni pi kolah* ibarat sungguh sungguh mencari ilmu tapi sebenaqnya, kami bukan tau apa pun. Bawak ja semua yang berkaitan. Kalau buku Ilmu kesehatan tu sebijik, buku tulih ada 3 bijik, bawaklah kesemua. Tu belom diheytong dengan mata pelajaran mata pelajaran len lagi. Berat sungguh laaaa. Aduiiih teringat zaman kolah rendah dulu.

Penulis masa Derjah Satu (ni kurikolom lama-depa sebut derjah) pukoi 6.15 pagi dok tepacak tepi jalan dah tunggu bas kolah. Cuma the best moment sepanjang karier sebagai penumpang bas kolah adalah dapat melihat Comet Halley pada tahun 86. Pagi pagi buta dok nampak di langit. Nak tengok pulak 75 tahun lagi. Kalau panjang umoq, Allah bagi kesehatan yang baeek bulihla tengok lagi pada tahun 2061. Amiiiinnn.

Kaler - colour

Kunin - kuning

Kolah - sekolah

Diheytong -dihitung

Guni jaloq - guni padi tahap rasaksa